Tuesday, December 30, 2008
credit to Mr. Fire @ ApiGolek..
Monday, December 22, 2008
congrates~~!!
mmg byk gak pengalaman yg aku dpt spnjg aku join Aug ni, berjumpa dgn org2 dr pelbagai negara, huhu dapat jugalah aku praktis BI aku yg da lama berhabuk tu, huhu...nk kata ttbe jd teror xla, tp..hmm boleh la...setakat nk bagi org paham..hihihi..tu la kerja dengan team buletin mmg btl2 best bg aku, byk bnda gak yg aku belajar psl berita, dptla kenal ngan org2 Bernama, RTM..hmm bley la nk wat networking sket2..keke
sbnrnya aku x tahu nk tls pnjg dakt cni, idea aku da byk tercurah kt tmpt lain nih, hehehe... pe2 pn...aku sgt bes spnjg aug.....jumpa lagu d' Asean University Games Cheang Mai 2010..
Monday, December 8, 2008
mak Ooiiii...!!
ok back tu da track...shadanlah kisahnya kan, kalau aku nk blk umah je, kompem aku kena tukar2 naik kenderaan awam...iaitu :-
- bas rapid KL
- Komuter
- LRT
- Bas Ekspress/ Tranasional/ Star coach (optional)
- bas Mara
nak dijadikan cerita kenaikan harga-harga tambang kenderaan tersebut adalah seperti berikut :-
- Bas Rapid KL - RM1 (masih kekal)
- Komuter ( UKM-Bandar Tasik Selatan) - RM2.50 (kekal)
- LRT (Bandar Tasim Selatan - Plaza Rakyat) - RM1.70 (kekal)
- Bas Ekspress Star Coach ( KL- Tg. Malim) - RM 7.00 (naik dari RM5.00)
- Bas Mara (Tg. Malim-Sg. Tengi) - RM 5.80 (naik dari RM 3.20)
ish...yang aku terkejutnya bukan apa...tp sbb...:-
- mengejut!!!
- banyak sangat
- perkhidmatan sama je
- yg paling penting HARGA MINYAK DAH TURUN BEB!!!!!
so, apahal nak naikkan tambang plak? bil api naik gak, tp tambang komuter ngan LRT Alhamdulillah tak naik juga..kepada pengusaha-pengusaha bas, bukan ke kerajaan menyeru anda untuk tidak menaikkan tambang bas sesuka hati??? hah? hah??
sekian..
Tuesday, December 2, 2008
akhirnya sempurna~~
Monday, November 24, 2008
dari puncak cameron part II
Bismillahirrahmanirrahim
Gerakkan Hati…
Hati gerakkan…
Pandanglah aku..
aku lah dia..
Kulitku tebal..
ku kebal..
ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang..
hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Pecah tembelang…
peta dah hilang…
bangau dah pulang…
suara sumbang..
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku bukubini ku pena..
tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati..
pena melayangdilihat dua layang pandang
tak lah sekarang takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul s
emua birat dan kalimah semua janji yang terikat
lebur disisimu
ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
Puisi hati mu… hati mu puisipalu hati ku palu hatiku
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang siniku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna….
sampai sekarang aku dok mangkaji apa sebenar maksud lagu ni...
Sunday, November 23, 2008
dari puncak cameron part I
kalau ikutkan aku bukan berada di puncak cameron sekarang ni. mungkin aku sedang berada di Kem Bina Negara Tanjung Rhu bersama peserta BTN yg lain, membincangkan senario politik yang semakin celaru..mungkin...tapi sekarang aku di sini. duduk berdiskusi dengan pelbagai lapisan orang yang berlainan genre malah berlainan fikrah tentang usul perbincangan. di sini setiap masa org berbicara soal duit...RM..RM...untung..rugi...huhu..
duduk di sini, jauh dari insan2 yg biasa mengelilingi dan mencambah fikrah aku buat aku berfikir lebih luas, aku mula merenung bait-bait lagu warisan anak kecil yang mengatakan ;
akhirnya aku kembali meghayati lagu terbaru M Nasir ft. Malique ;
(akan aku selitkan dalam entri berikutnya sebab cuaca sangat sejuk dan aku rasa aku kena masuk semula ke bilik hotel...rahmah sedang menanti..hehe)
entahlah, aku pun tak tahu kesudahan pemikiran aku malam ni. mungkin aku akan menyambungnya di bilik nanti bersama rahmah...(kalau akau tak tidur)
.....jauh kat sini, buat aku makin kenal erti rindu.....setia tak semestinya bersama kan??...
Friday, November 21, 2008
yeay!!!!
welcome to a new life
Sunday, November 16, 2008
iklan..
Wednesday, November 12, 2008
telefon..telefon berbunyi...
dlm kejadian tu, Pak Ude patah tulang rusuk & Pak Ahai plak patah kakinya (baca ala2 pemberita). malam tadi mase call mak, mak kata Pak Ude da mintak kuar hospital. nk g keje katanya...adoyai!! hurmm aku paham...
entahlah, takziah tuk mereka & keluarga...to Pak Ude & Pak Ahai, tunggu ea, weekend ni Ain blk kmpg bwk buah limau & epal..hehe
rindu
Sahabat…ingat lah kau slalu
Sahabat…aku rindu padamu
especially to those yg x dptkn hbskn 'perjuangan' ni bersama....i luv u all
Tuesday, November 4, 2008
bertukar....
Bersediakah aku???? blurrrrrrrr........&$@*%
Sunday, November 2, 2008
hobi baru..
Thursday, October 30, 2008
sunBurn..uhuk..
warna-warni d'Aidilfitri
Thursday, October 23, 2008
cukuplah sekadar....
Chapter 1
Aku tak tahu nak menghuraikan apa yang aku rasa sekarang macam mana. Yang penting aku perlukan seseorang untuk berkongsi tentang nya. Macam-macam perasaan bersarang dalam minda dan dada aku. Sedih, kecewa, kesian dan sekarang aku rasa aku da mula hilang respect. Selama ni, aku selalu anggap dia istimewa, lain dari yang lain, tapi baru aku sedar, dia sama dengan yang lain, tak ada yang istimewanya... Biasalah, ini lah yang dinamakan lukisan hidup.
Chapter 2
Aku faham perasaan dia. Dia tak salah. Sebab aku pn pernah berada di tempat dia walaupun tak lah seteruk dia. Tapi....entahlah...Mungkin aku ni dulu seorang yang berhati-hati. Pernah aku di tempat dia, tapi mujur tembok pertahanan hati aku ampuh lagi. Itu pun sebab aku dah ambil pelbagai langkah berjaga-jaga. Dulu bila aku mengalaminya aku selalu membanyangkan seperti aku berdiri di tepi pantai yang luas. Aku harus berhati-hati sebab pantai atau laut bukan boleh dijangka. Maka aku hadkan diri aku untuk berdiri di gigi pantai sahaja. Sesekali aku mengacah juga ke tengah pantai. Bukan apa, bila ombak besar datang aku dah bersedia untuk lari ke darat. Aku takut...Aku takut lemas, Aku takut sakit, Aku takut kecewa sebenarnya....
Chapter 3
Sekarang dia di situ. Di tengah lautan. Mungkin sedang berjuang untuk naik ke darat semula atau sedang menanti layar menyelamatkannya. Aku tak pasti. Namun maaf sekali, aku tak mampu buat apa-apa lagi. Aku terlalu serik. Terlalu serik.... Aku masih lagi berdiri di gigi pantai. Menjerit dari jauh, memberi semangat. Adalah sekali-sekala aku ke tengah menghulur kayu. Hajat untuk membantu, tapi bila ombak besar datang semula aku segera berlari semula ke darat..... Kejam kah aku sebab tak membantu..?? Teruk kah aku kerana tak mahu lemas bersama. Maaf sekali lagi, aku tak mahu terjerumus lagi, kerana dulu aku pernah..aku takut untuk sakit lagi...
Chapter 4
Aku yakin. Dia mampu melakukannya. Tapi aku, cukuplah sekadar di sini, melihat dari jauh..tapi, kalau dia betul2 memerlukan jeritlah padaku, aku pasti akan membantu, walaupun terpaksa karam di lautan, kerana dia sahabatku, kerana Dia bersamaku..
Monday, October 20, 2008
Saturday, October 18, 2008
WANTED!!!!
Tuesday, October 14, 2008
da joUrney...
d'belanja keropok lekor oleh 'cikgu'
Friday, October 10, 2008
Semangat Baru
namun, apa yang aku harapkan kepulangan aku kali ini ada suntikan semangat baru, semoga aku rajin pergi kelas (muka aku rajin gak ponteng kelas...hehe), dan lebih semangat untuk buat kerja-kerja opkim dan D'BORN...hehe...
Dengan semangat ini, aku harap aku juga boleh kembali kepada fitrah diri aku yang asal. Macam dulu-dulu...matang dalam membuat keputusan, berfikir dengan lebih kreatif dan kritis (tetiba teringat manuskrip aku yg tak siap2 lagi tuh...hihi), dan serius dalam kerja....
go..go...Ecah boleh!!!!
Sunday, September 21, 2008
episod : bila siren berbunyi
Balik dari berbuka puasa saya dan Jai terus menuju ke blok di mana bilik kami berada. Semakin kami menghampiri kawasan blok, kami makin gusar apabila melihat kelibat 2 ekor anjing di sekitar blok. Teringat peristiwa di kejar anjing dengan Olo, Jai tidak jadi masuk ke kawasan blok dahulu sebaliknya mengambil masa sedikit dengan berlegar-legar di kawasan sekitar. Mujurlah slps beberapa ketika, anjing2 itu beredar.
Selepas melepaskan lelah beberapa ketika, saya terus menemankan Jai menyidai pakaian yang baru dibasuhnya. Memandangkan kawasan ampaian yang agak gelap maka saya mencadangkan untuk menghidupkan suis lampu di koridor berhampiran.
Sebaik sahaja saya menekan suis tersebut, tiba-tiba satu bunyi seperti bunyi siren yang amat kuat kedengaran. Saya yakin, bunyi tersebut boleh didengar di seluruh kolej. Mungkin kerana terkejut dan takut, Jai terus lari dengan wajah yang amat 'cuak'. Saya yang gugup dan tekejut juga tidak dapat berfikir dengan rasional dan terus berlari mengikut Jai. setelah beberapa langkah barulah kami terfikir untuk memadam semula suis tadi. Fuh...nasib baik siren tadi berhenti.
Kami tidak jadi menyidai baju sebaliknya pulang ke bilik dengan gelak ketawa yang tak boleh di tahan..hahaha....Mujur semua orang sudah balik. Jadi tak lah malu sangat..hahaha
Jaemah...Selamat Hari Raya....
food poisoning....
Saturday, September 20, 2008
Salam Sesuci Lebaran
Kepada kawan-kawan sekolah yang masih setia berhubung, especially Eg, Ayer, Nad, Sharif dan lain-lain...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eg, kalau ko tak datang raya rumah aku tahun ni siap ko...huhu
Dan untuk 'Dia'....Selamat menyambut Aidilfitri di rantau orang. Tidak kira sehebat mana ujian Tuhan, hadapilah dengan sabar dan redho. Sesungguhnya, orang yang diuji dan tabah menghadapinya adalah hambaNya yang beriman. Ketahuilah, bahawa tidak ramai di dunia ini yang boleh bersyukur atas ujian Allah. Dan terima kasih juga, kerana sudi menjadi teman, berkongsi rasa dan masa, walau hanya di laman maya, terima kasih atas segalanya...kalau 'Dia' membaca...dia pasti tahu siapa 'Dia'...
Thursday, September 18, 2008
malang tak berbau
patah kakinya...
kaki yang telah lengkap di skru dengan besi...