Sebenarnya, kalau diikutkan post ni agak dah terlewat keluar. Sebab, asalnya DM xde plan nak buat biskut raya pun tahun ni. Namun apakan daya, ada permintaan so DM pon open order hihi.
Saya sendiri sebenarnya kalau makan biskut makmur mesti terkenang arwah nenek. Arwah nenek rakan perniagaannya berbilang bangsa. Termasuklah India. Jadi, bila tiba deepavali, rakan2 India nenek akan beri bermacam kuih muih seperti maruku, kuih yg keras tu, laddu dan tak ketinggalan biskut makmur. Tapi, saiz biskut makmur yang saya makan masa tu, kecil betul. Macam saiz jeruk anggur sahaja. Tapi rasanya umph betul.
Resepi nak buat biskut makmur ni bukannya susah mana pun sebenanrnya. Cuma ia agak renyah sikit sebab memerlukan beberapa proses. Dekat sini saya sharekan sikit resepi asas biskut makmur ni ok.
Bahan :
1 tin kecil minyak sapi
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
Bahan inti:
2 cawan kacang tanah (disangai dan di kisar)
1 sudu besar gula icing
Bahan salut :
1 cawan gula icing
1/4 cawan susu tepung
Cara :
Gaulkan terus minyak sapi, tepung gandum & gula sampai jadi doh yang tak melekat. Bahan inti dan bahan salut pun sama. Gaulkan aje. Lepas tu ambil sikit doh dan masukkan inti kemudian bulat2 kan dan bakar oada suhu 170 darjah selama 20 minit. Lepas masak, sejukkan dan golek2 dalam baha salut.
Senang kan?
Tapi, kalau rasa susah juga nak buat, boleh je contact Dapur Manis. Biskut Makmur keluaran Dapur Manis menggunakan kacang tanah kisar yang diadun dengan homemade peanut butter. Rasanya biskutnya manis-manis manja sahaja dan sesuai dimakan oleh semua lapisan umur.
Untuk tempahan, boleh hubungi 011 1697 9818. InysaAllah nak sebelum raya/lepas raya pun xde hal lah . Hihi
Friday, June 16, 2017
Tuesday, June 13, 2017
Blog Berhabuk
Anyway, saya masih berterima kasih dekat pengikut blog ni yang masih lagi email dan dan whatsapp bertanyakan tentang DIY doorgift. InsyaAllah lepas ni, saya akan serius balik dalam bidang ni ok. InsyaAllah akan ada banyak perkongsian nanti.
Doakan saya semoga lebih banyak idea untuk menulis kat blog ni. Bukan apa, sayang juga bila nak ditinggalkan setelah banyak khazanah kenangan dan peristiwa yang dah dikongsikan di sini kan?
By the way, sekarang saya sedang aktif dengan bisnes 'baking' thats is why saya tukarkan nama blog ni dari Kerana Dia kepada Dapur Manis (nama brand). Selain di sini, anda boleh juga refer fb page Dapur Manis dan instagram hey.manis .
Ok sampai bertemu lagi di lain penulisan. Selamat meneruskan ibadah berpuasa & semoga amalan kita terus diterima, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)