Monday, February 28, 2011

~tell me a story




apa saja adaptasi imaginasi anda
itulah ceritanya....

Tuesday, February 22, 2011

~guru sepanjang hayat

alam.....
bumi milik Tuhan



menjadi guru
sepanjang hayat

terima kasih Tuhanku
Ya Illahi....

Monday, February 21, 2011

~yang terbuang


dia sendiri di situ
menyimpan semua rasa
suka, duka, tawa dan tangis

dia milikku pinjaman Tuhan
tatkala menjadi telinga....luahkan
tatkala menjadi mulut...bisikkan
tatkala menjadi mata...pandangan

dia ada di sini
tawanya milik semua
tapi,
tangisnya hanya aku yang rasa

dia....tetap di sini dengan izin-Nya
milikku
belum di kongsi
kerana hanya aku
yang memahami dia

duhai hati
yang terbuang

ainulanique
210211

Wednesday, February 16, 2011

~wa....best2

tribute diz entry
khas untuk
PASAR MALAM SHELL BANGI!!!!

kerana semenjak 4 tahun yang lalu
kamu x pernah menghampakan saya!!!

haha

pasar malam terbest lah kamu!!

Monday, February 14, 2011

~ada apa dengan valentine???


ya,
lagipun ada apa dengan valentine
sejak saya mula2 mengkaji
sejarah dan silah
tentang valentine
saya mula jadi pemerhati
berdiri dari luar lingkungan
melihat kebodohan dan kebengongan (sorrylah kasar sikit)
manusia2 yang dilahirkan islam
menunggu tarikh 14 Februari setiap tahun
ke sana ke mari mencanang
"happy valentine" "selamat hari kekasih"

jangan lah kata anda tak tahu
dan hanya mengikut2 orang meraikannya
ilmu ada di mana2
malah dihujung jari berlegar2 segala maklumat
cuma antara kamu mahu atau tidak sahaja
atau kamu sebenarnya tahu
tapi kamu keraskan hati
agar tidak mengakui kejahilan kamu
meraikan valentine
astahfirullah....

14 februari 2011
ini bukan harinya
esok
12 Rabiul awal 1432
ya,
esok harinya

hari kekasih kita sekalian umat manusia
janganlah menjadi sang 'utopia'
yang tidak mahu mentamadunkan minda, akal dan rohani
Habibuna ya Rasulallah
Dia yang telah memulakan ketamadunan
adakah kamu mahu menjadi pemusnahnya???

nah,
ada apa dengan valentine???
ada apa dengan si paderi??

kerana,
kita rindu Maulidur Rasul
kita rindu kekasih sejati
Muhammad ya Rasulallah...


Allahumma salli 'ala saiyyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallim..

Thursday, February 10, 2011

~kadang-kadang saya....


....menjadi tamak
tak mahu berkongsi
'biar hanya saya
dan saya lagi.....


sampai muak
mual
muntah
dan mungkin akhirnya
saya hanya campaknya ke tepi

kadang-kadang saya itu
membuatkan saya rasa unik.....(ceh perasan..hak tuih!! hahaha)

Wednesday, February 9, 2011

~persepsi, interpretasi....


"asal plak nak pandang slek kt aku?"
"apa pandang2? ada hutang?"
"pandanglah...lihatlah...tubuhku yang langsing dan dadaku yang bidang"
yekkk..hak tuih... huhu

macam ayat clise seorang yg 'perasan' kan?
cuma sekadar nak berkongsi
dan mengajak semua membuat renungan bersama

kenapa marah orang memandang?
mereka ada mata kot~
atau lebih tepat lagi
siapa suruh mengundang mereka memandang???

so, pandanglah diri sendiri


tema : tgh xd mood nk menulis tp ada benda untuk ditulis sbb tulah ayat nya jadi .... hurm..ntahlah....xpaham dah...hu~

Tuesday, February 8, 2011

~the sometimes


and sometimes we feel 'down'

~nyum..nyum...sedapnya!!!

picture from eppoekitchen

nak masak benda ni rupanya sonang yo....
saya cuma perlukan
puff pastry
gula halus
susu cair/susu segar
whipping cream
telur
essence vanilla

nak masaknya pulak camni

campurkan sampai sebati semua benda dia atas (kecuali puff pastry)
sbb puff pastry tu kne potong bulat2
n msk dlm mangkuk dia
pastu letak bnda yg da gaul td dlm puff pastry yg dah dipotong yg dh diletak dlm mangkuk dia tu...(hehe ntah pape bahasa)
bakar selama 15-20minit
siap!!!!!

nak buat! nak buat!

Monday, February 7, 2011

~oh...seandainya masa itu kembali semula

actually saya baru balik dari Gunung Nuang
bila tengok blk gambo2 di sana
teringat plak topik yg cdot utarakan hari tu
boleh kah kami berdepan dengan situasi tersebut???

so, dgr lagu ni.....



di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa di hati
mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
ingin ku memiliki lebih dari itu

mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini

perpisahan yang tak kuduga telah terjadi
dirimu pergi biarku sendiri


huhu....

Tuesday, February 1, 2011

~i love you ^_^


Saya sedang suka dengan diri saya..yey!!!