Thursday, September 30, 2010

~bertunang??


tahun 2010
mungkin tahun rezeki murah

saya merasainya

mungkin juga org lain
rezeki saya ke arah lain

rezeki anda??
anda yang tahu


tahun ni juga menunjukkan
peningkatan yang ketara
ke arah koleksi kad perkahwinan

x kira dalam peti surat kt kmpung ke

tagging di FB ke

x kurang yang melalui tangan ke tangan

dan jemput mulut
pun ada

alhamdulillah
murah rezeki mereka

yang kahwin dah sampai seru mereka

yang nak bertunang pun
x nak kalah

ada yang mencanang memukul gendang

ada yang senyap2

ada juga yang mention gitu2
alhamdulillah lah juga
tapi sebenarnya wajarkah hal pertunangan di hebahkan?


saya mencari jawapannya

dan saya temui di sini
untuk extraction

cukuplah sekadar memetik kata penulis,


"
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib."

jadi, tepuklah dada

tanya diri sendiri...

bagi saya pula,
proses pertunangan adalah proses

untuk kedua2 belah pasangan
mengenal hati budi masing2
bukan terbatas kepada diri pasangan itu saja tau

tapi keluarga masing2

ingat bila berkahwin

dunia kita bukan berdua

tp melibatkan semua
penerimaan
dan restu kedua belah keluarga pun penting


"kami dah lama kenal. keluarga kami pun rapat."

buat apa nak dilambat-lambatkan

berkahwin sajalah

kan senang
mudah lagi terhindar dari maksiat,
insyaAllah


tapi terpulanglah kepada cara dan tindakan masing-masing
ada juga yang bertunang dahulu
sementara
mengumpul duit untuk kenduri
almaklumlah jumlah hantarannya mahal benar..huhu


ringkasnya,
perihal pertunangan
mungkin tak perlulah dihebahkan
macam memukul gendang gamaknya
kalau tak jadi??...jawablah sendiri

adat melayu,
bila bertunang
jari manis biasanya
tersarung cincin belah rotan
anda nampak?
jadi faham-fahamlah (baca gaya adibah nor..hihi)

"eh, dia dah bertunang? sampai hati tak beritahu kita. senyap2 je"


janganlah berkecil hati pasti
ada sebab yang konkrit tu

insyaAllah majlis kahwinnya pasti anda akan dijemput
yang penting doakanlah agar hubungan mereka
baik
dan terpelihara dari dosa, amin...


anda nak bertunang??


Alhamdulillah, teruskan.


Semoga hubungan anda kekal dan terpelihara ke jinjang perkahwinan seterusnya ke anak cucu...amin.. ^_^



~Preview : Cinta 3 Suku


alkisahnya
pemergian saya ke MPH

nak cari buku yang tajuknya Eksperimen Cinta

keluaran KArnadya
alih2 bila nampak cover buku ni

terus amik dan bawa ke kaunter

isk...skuter pink tu membuatkan saya rindu Align Center rindu pada incik Icon
yang mungkin tengah berbaik2 dengan emak
di kampung


alkisahnya

bila baca tajuknya
saya letakkan expectation yg tinggi da
"mesti interesting dan penuh drama2 spectra ni" hehe
tapi.....hurm........mmm

nampaknya x reach mind kpi saya ler

walaupun begitu msh bukan di bawah par

cewah....

saya suka juga dengan Nur Iman ni

hampir sama dengan perwatakan
Nurul Ain nanti
harap2 saya tak ter'copy karektor la ye

tapi Iman memang best
gayanya ala-ala macam....hihi (adalah) kiki

kredit tuk Herna Diana
Karya sulung anda masih tidak menghampakan

saya bagi
****
(Cik Herna, awak pernah ter'inspired by me ke? hehe....perasan jap)

(sebenarnya inilah novel alaf21 pertama saya beli semenjak setahun dua ni, dah lama stop beli keluaran deme semenjak karnadya dan kaki novel berjaya mengambil hati saya....)



Tuesday, September 28, 2010

~One step foward....


alhamdulillah
setelah seharian memerah otak
ter'abnormal'kan tingkah laku
dan hampir me'nyenget'kan fikiran
saya kini mendapat rentak
semoga apa yang saya usahakan
akan berjaya

yeah!!! You go girl!!

Monday, September 27, 2010

~Kalau saya senyum...awak...??




Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

~Gaya apa?


penat dah tau
dari satu gaya ke satu gaya yang lain
saya ubah teknik penulisan
saya suka teknik yang tu
tapi ramai orang tak boleh terima teknik yang baru tu
letih saya
berkajang-kajang kertas saya dah bazirkan
isinya dah berkembang dalam otak saya
hari2 berkembang
tapi penulisannya cuma terhenti
pada papan-papan kekunci
dan hujung-hujung mata pena
adui
ramai yang dah bertanya
"kelab kipas"
penerbit
kekawan lagilah
lama dah ni
mood bila nak mari???

~Will You Marry Me??


kontroversi tak tajuk n3 ni? hehe

sebenarnya bukan apa
musim2 raya macam ni
sure jumpa sedara mara dan sahabat handai
tak lupa juga jiran tetangga
yang gaya sume nye mngalahkan
michelle si wartawan melodi tu
soalan "cepu cemas' dorg
"BILA NAK KAHWIN"
sure ramai yang berkongsi situasi yang sama
ada rasa gembira dengan soklan tu
tak kurang yang sensitif
pokok pangkalnya
nak tunggu org kata
"will u marry me" tu
ingat senang..hihi

kepada yang sedang dalam 'buffer area'
menanti saat untuk diijabkabulkan
mabruk alaikum la ye
semoga hubungan masih terpelihara
sampai waktunya tiba

kepada yang masih mencari pasangan jodoh
mabruk jugalah
sekurang-kurangnya anda ada cita-cita
untuk mengikut sunnah Rasullullah tu

saya??

Friday, September 24, 2010

~Preview : Magika


Masa nak beli tiket, was2 jugak. entah bes entah kan tidak. Cik Pizah tu da berapa kali nguap besar. Dia kata entah2 tak bes..boleh tido....

tapi...bila start je....pergh macam tak percaya, mata saya taknak terlepas satu pun scene. CGI nya...cantik bangat...ceria....real...(walaupun ade la yg nmpk mcm x logik) tp it's acceptable...huu

sebab ni filem muzikal..so...saya bg 5 bintang jugak untuk semua lagu dan suara2 penyanyi nya yg best dan sesuai....pendek kata...bes..sampai saya x bley nak detect any ketidak bes'an dan muvi ni....

To KRU...gud job....***** (5 star)

Wednesday, September 22, 2010

~dedicated to my luvly Olo...


Ni la kisah bes fren saya
si olo
mula2 kenal masa jd adk beradik angkat
masa program OPKIM di Kedah
masa berlalu
akhirnya sampai tahun 3 kami akrab
atas ihsan dia jugak
dapatlah saya menyetinggankan diri di bilik nya masa final yr tu
hehehe
olo ni kalau masak kreatif
makan maggi dengan nasik la
lagi..hurm..ape2 ntah..hehe
beberapa bulan lepas tamat belajar
kami ditakdir pula duduk serumah
rumah sewa kami di Pinggiran Subang
tapi xlama
mungkin x sampai sebulan
sebab lepas tu saya berhijrah duduk dengan kakak
lepas2 tu kami semua buat haluan di tempat kerja masing
saya di ttdi
pizah di bangi
olo....masih training di BNM
boleh dikatakan hampir hari olo mngadu
nak dapat kerja yang best
kerja tetap
saya dan pizah hanya boleh nasihat je la
bagi motivasi..walaupun saya rasa...saya pon terkontang kanting
alhamdulillah
dah berapa lama berdoa dan usaha
akhirnya olo dapat kerja tetap di kampung halamannya
mungkin inilah kerja impian nya
rezeki dia
hari ni dia dihantar oleh syarikat dia
untuk buat kajian
dekat KOREA tau
wah....jeles pulak saya
tapi saya yakin...ni rezeki masing...

saya...olo....pizah....
masing2 yakin bahawa
rezeki, jodoh, dan ajal di tanganNYa
kita x tahu
bila, di mana, bagaimana, banyak mana, dan apa2 pun tentangnya
kalau Allah katakan sesuatu tu akan terjadi pada kita
maka terjadilah
kami percaya pada takdir

Olo, semoga selamat sampai, selamat bertugas, dan pulang kembali dengan selamat
baru berapa jam x dengar kabar olo
kami rindu sudah...

OLO....we luv U....

Tuesday, September 14, 2010

~ceritera Aidilfitri....I


hujan masih renyai-renyai di luar jendela office saya. sejuknya sampai ke tulang gigi geraham (eh, ade ke? hehe). Office masih senyap lagi, yang ada cuma saya, encik Mahasan, alep si dak practical Kak Raja (My CEO) n Raja Nazrin. sunyi wey, parking kat bawah tu pun memang kompem2 lah kosong...ape nk di buat rini ye....

alkisahnya aidilfitri tahun ni satu kelainan buat saya. almaklumlah ini kali pertama beraya seorang yang dah bekerjaya kononnya..hehe..apatah lagi berkereta..(ceh tetiba)....jadi sebarang kemungkinan mungkin terjadi tanpa dipinta nanti

ceritera saya bermula beberapa hari sebelum syawal lagi. alkisahnya, oleh kerana musim perayaan menjelang tiba maka pusat2 servis kereta perodua di sekitar shah alam penuh semuanya. akhirnya terpaksalah saya buat temu janji pd 29 ramadhan tu. time tu borang mintak cuti dah siap di conteng..approve ke tidak, saya tetap akan tiada di opis..nekad neh...dan seperti yang saya rancang, kereta saya selamat diservis buat pertama kalinya. tapi sesuatu yng diluar perancangan ialah panggilan untuk kembali ke opis membantutkan misi untuk balik kampung terus hari tu.

30 ramadhan. saya dijadualkan untuk bergerak balik kampung seawal pagi yang mungkin sebab emak dan mengecop saya untuk membuat kuih raya. barang2 dan bahan dah siap sedia katanya. tapi memandangkan ayam untuk membuat rendang belumdi beli. so, plan blk terpaksa di delaykan. malangnya pulak, penat saya memusing satu shah alam mencari ayam, tapi semua tempat tiada ayam yang ada hanya papan tanda "stock ayam tiada". Dari pasar sampai ke tesco, sampai ke tesco extra, sampai ke giant semua xde....saya da gelabah. mana x nya, xkan la raya tanpa ayam, maka tiadalah rendangnya...alohai....talian kecemasan disambung kepada emak dan kak long. mujurlah emak kata kat Behrang still ada jual ayam lagi. maka saya pun mintak jasa baik mak untuk menerjah ayam2 tu dulu....fuh..perjalanan saya teruskan....

alkisah sampai di rumah, adik2 melompat2 menyambut saya balik. bukannya apa, sebab dorg dah terpoyo excited nk buat kuih raya tu sebenarnya...so, kesempatan ni saya ambil tuk meragging dorg basuh incik WUF4594 tu..hehe...seharian duduk buat kuih, ahirnya kami berjaya menghasilkan biskut tat nenas (jam mak buat sedap tau) dan almond london..ha...terangkat tau sedapnya..(ceh perasan) habis jersi australia saya jadi warna kelabu dek tepung..hehe..malamnya kami 'menganyam' ketupat palas pulak. tergelak2 bila tgk hasilnya...ade yang gemok...ade yg cinonet..ade yg jantan..ada yang betina..haha apeda..

takbir raya 1 syawal bergema....dak2 yang tak berapa kecik kt umah ni dah mula menadah tanan mintak dwet raya..tapi actually saya pun sme je....n tak sangka gak abang n mak still nk bg gak kat saya...hehe....seb bek saya cumel..(ceh perasan)....raya pertama saya...dull wey....sbb family k.long n k.ngah blk esok ptg...so, kami hanya tgk tv smbil tunggu org dtg je la...dekat petang barulah ade sedara belah abah dtg...itu pun kami tak kenal sorg pon..haha...time tu nk bersuai kenal pon x sempat, ye la...sure2 kena duk dapur buat air la, potong ketupat la, ape2 la...
hurm..jejaka berbaju merah??? jeng3...shhhh...hensem kan zue?? kikiki (jgn gtau mak ktrg tau..hihi)

raya kedua bersilih menggantikan 1 syawal yang dah berlalu. petang ni kami tahu, bau2 ramai tetamu dah mula menerobos ke hidung...dan tidak syak lagi, lepas zohor, halaman rumah dah dipenuhi dengan kereta (sampai ke seberang2 jalan)...ruang tamu, beranda dah penuh ngan org...saya? masih di dapur laa gamaknya....melayan karenah ketupat dan lemang juga rendang2...letih, berlengas dan....zzzz....huhu

raya ke-3, sepatutnya hari ni kami blk kampung di sg. panjang. tiba2 emak mengumumkan bahawa raya de tour hari tu terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. maka banyaklah bantahan2 yangberlaku termasuk dari sy..sebagai langkah memujuk, emak bagi pelepasan kepada saya untuk keluar beraya hari ni...hurm...apa lagi..kebetulan konvoi reunion yang di conduct oleh incik Eg akan berlangsung pg tu..maka saya pon terus bersiap...

ceritera konvoi...tak banyak yang nak diceritakan....tp best gak la dapat jumpa kawan2 sek men yang dah lebih 9 tahun tak jumpa (wah..tuanya aku)

tapi yang plg best ialah, bila balik kampung hari raya ke 4 tu, sebab saya ada misi. nak tahu apa kesudahan misi tu? tunggulah edisi seterusnya...kiki... (dah penat mengarang ni)

sekian...bersambung

Wednesday, September 8, 2010

~Cintaku: Semoga bertemu lagi


Cintaku kian pergi meninggalkan aku
Saat yang berdetik
mendebarkan detak jantungku
waktunya kian hampir
namun
aku Redha Ya Allah
Kerana aku tetap yakin dan beriman
dengan Rukun Iman ke-6
Qhada' dan QadarMu
Duhai Cintaku Ramadhan
datanglah padaku lagi tahun hadapan
aku pasti merinduimu
akan ku sambutmu dengan senyum
dan ucap selamat
Tuhan,
aturkanlah pertemuan kami lagi
semoga pertemuan kami Kau mulakan dengan baik
dan Kau sudahi ia dengan baik...
ameen...
Cintaku....semoga kita berjumpa lagi

Syawal....Hadirmu aku alukan
Kau lambang kemenangan
tapi....apakah aku layak meraikannya??

~Kompilasi Kisah-kisah Ramadhan 1431 H


  1. Seminggu sebelum Ramadhan saya naik Gunung Stong. Time tu jugak dapat berita yang menggembirakan dari Shah Alam.... Loan lulus...Alhamdulillah
  2. Beberapa hari sebelum raya saya dapat kunci WUF 4594 (no yg da byk kali saya terlupa...kiki)
  3. Ramadhan.....banyak azam saya tanam. Target : Khatam 30 juzu' sekurang2nya sekali. Strategi : Sehari 1 juzu'.
  4. Hari2 Ramadhan saya dihiasi dengan catatan2 dari langit Illahi. Sungguh memotivasikan diri saya. Saya menginsafi diri sendiri. BEtapa kerdil dan hina nya saya di dunia ini.
  5. Alan resigned. Fuhh...abisla xde geng nak berkongsi cerita..huhu... last2 sume org tegur... Department saya sunyi...haha
  6. ChloropHyll Drops : 5000 botol buat dalam masa x sampai 5 hari...jawabnya....OT...seminggu gak la saya balik lps kul 10pm....huu~
  7. Project Run Away..... jawoh wooo.... sampai selatan tanah air saya lari.... Cik pizah yang culik...hehe... Tenkiu kepada tuan rumah; Cik pjah, Olo, Che mah, Zin & Amcik
  8. Sedar x sedar Ramadhan dah nak berakhir, saya sgt positif mngatakan yg saya akn pose tahun ni...sume org jeles. hehehe
  9. Balik tarawikh....selalu skodeng dak2 cni men meriam tin yg bunyi nye kauat cket je dari mercun pop pop..haha...ape da...x advanture langsung...
  10. x best.... lagi 3 hari nak raya..tiba2 bendera merah naik...frustnya...lagi frust bila tersekat di juzu' 28....hadoi....x sempat khatam...sedihnya
  11. 29 Ramadhan.....servis kereta...bes...(apa yg bes? ha...ade la...haha)...in the same day g makanan buka pose kt KFC...giler ramai...ayam asik x ada je....isk... sampai waktu berbuka de sorg pakcik ni ckp kuat2 kt sume yg ada "dah azan ye!"...saya hanya mampu senyum jek...sbb kebanyakannya tgh beratur, n xd pe untuk di bukakan...langsung x macam iklan mee segera tu...bagi la cket supaya sme2 dpt bbuka..heh
  12. esok.....balik kampung!!! Hoyay

"Dikesempatan ni, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf daripada semua yang mengenali diri saya walaupun saya tak mengenali anda"

Selamat Hari Raya 'Eidulfitri
Maaf Zahir dan Batin


Monday, September 6, 2010

~Cintaku pergi


28 Ramadhan 1431H

Sekian lama aku menyebut namamu
Sekian lama aku menanti ketibaanmu
Ku baca kisah2 mu
Ku hayati kesukaan2 mu
Aku mula merancang
Merancang rencana agak dapat aku mendampingimu
serapat yang boleh
aku ingin bercinta denganmu

Akhirnya
Saat yang ku nanti tiba jua
Di bawah sinar rembulan yang samar
Aku tersenyum menyambut kedatanganmu
betapa bersyukurnya aku
Kerana Dia menemukan aku jua dengan mu
cintaku

Bersama dengan mu
aku cuba sedaya upaya
menghayati mu
mengimarahkan mu
semuanya demi Dia juga
aku ingin menghargai
setiap detik yang tinggal bersama dengan mu
kerana aku sedar
walau sedalam mana aku cinta pada mu
perpisahan akan menjemput mu jua
semuanya telah tercatat olehNya
Cintaku

Malam ini
aku jadi syahdu
hari perpisahan kita semakin hampir
aku takut
takut tidak dapat bertemu dengan mu lagi
tahun yang akan datang
Kerana Dia tidak menjanjikan aku
tentang itu
kerana aku beriman dengan rukun yg ke-6

Cintaku
di saki baki waktu yang ada ini
ingin aku mendakap mu dengan tilawatul quran
dengan solat, tarawikh, zikir dan selawat ke atas junjungan
aku ingin sempurnakan apa yang camping

Ya Allah
pertemukan aku lagi tahun hadapan
dengan Cintaku
Ramadhan al-Mubarak

Thursday, September 2, 2010

~Kerana Dia...aku hidup


hari ini, cuba anta melihat kalender yang tergantung di dinding atau yang menempek senang-lenang di atas meja. Berapa usia anda hari ini? Belasan? 20-an? 30-an? 60? atau??? berapa?? dari itu cuba kita renungi satiap masa lalu yang kita lalui. berapa juta kenangan telah kita cipta untuk diri sendiri, untuk orang lain. dan berapa juta pula kenangan yang orang lain cipta untuk kita.

~semuanya tersimpan di rongga ingatan~

kenangan manis selalu buat kita tersenyum, buat kita terimbau, buat kita terasa seperti hendak mengulang tayang semuanya di layar kehidupan. lalu skrip2 cerita kian bercambah lebat di dalam fikiran, bunga2 kehidupan kembang berseri di kiri dan kanan, rama2 berterbangan, kicau burung kedengaran, angin pula tidak lepas menyapa....ah..indahnya

kenangan pahit buat kita menangis, buat kita rasa bersalah, buat kita rasa seperti hendak membelah kepala, mengikis sedikit kesan kenangan yang terlekat pada plat memori....setiap terkenang, kita murung, muncung.... ah...kenapalah semua itu terjadi dulu? ah, kenapalah aku teringat lagi dengan perkara itu....kita merungut...mengaduh..menangis...pemandangan sekeliling terasa semak, gelap, kusam, sang gagak seperti merenung marah, udara pula terasa panas sekali...

~kenangan itu bisa membunuh~

ya, sungguh dasyat penangan kenangan. Senjatanya halus tapi berbisa. Bisanya menyengat, meresap ke seluruh urat2 saraf, lalu di hantar ke seluruh anggota jasad. tidak ada satu pun yang terkecuali daripada terkena bisanya...sistem neuron badan tidak gagal menjalankan tugasnya.... sungguh2 berbisa kerana bila sampai di hati, hati boleh luka, berdarah, berkudis, bernanah....kering dan akhirnya mati....

~itulah penangan sebuah kenangan~

oleh yang demikian, sebagai hambaNya yang sering mengharapkan redha dan kasih sayang Allah, berserahlah...kerana sesunguhnya setiap kenangan itu telah Allah catatkan dalam lipatan takdirNya untuk kita. Teruskan berdoa, kerana Allah tahu mana hati yang menangis, mana hati yang gembira. Dia tahu kerana dia yang melorongkan setiap sesuatu. Dia yang menunjukkan jalan kepada kita semua.

Kerana Dia....aku hidup

Alhamdulillah, syukur Ya Allah

"hidupku, matiku...semuanya keranaMU"

~Tenanglah Jiwa, Damailah Hati.....

Alhamdulillah, berakhir sudah Ogos..si bulan kemerdekaan. Hari ini saya masih bersyukur kerana Allah masih meminjamkan nafas untuk saya hidup di September. Hari-hari berlalu menjangkau usia yang kian melanjut. Kita semakin 'tua'. Saya, kamu...mereka. Mehnah dan tribulasi x pernah lekang dari mengintai kita...kadang2 kita jadi gundah, kadang2 kita jadi kuat, kadang2 kita menangis, kadang2 plak kita ketawa berdekah-dekah dan acapkali itu kita terlupa banyak perkara...

sekadar perkongsian dari pembacaan saya di laman tetangga......

Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.

Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.


Rasa keperluan untuk berpaut?

Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.

Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.

Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.

Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?

“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.

Ya,

sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.

Rupanya, Allah sentiasa ada.

Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.

Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.

Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.

Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.

“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

MasyaAllah…

Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.

Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.

Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.

Tidakkah jiwa terasa tenang?

Damailah hati

Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.

Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah Al-Mulk ayat 2.

Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?Surah Asy-Syarh ayat 1-3.

Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…

Allah, Allah, Allah.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.

Percayalah.

Penutup: Sudah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.

Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.

Sudah.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

Sumber : Langit Ilahi