Friday, April 29, 2011

~Preview : Penunggu Istana



pagi2 lagi seusai solat subuh ak pasang niat. ye, hari ni aku nak tahu jugak misteri disebalik pelakon2 Penunggu Istana ni. Serius, blk aje mlm td mmg aku teringat2 jln ceritanya sampai tetido..(nasib xmsk dlm mimpi)

so, pepagi gajah yang sejuk dek hujan renyai2 ni aku pon memulakan langkah kajian. cari punya cari, search sana search sini, klik lagi..klik2 lagi....sam
pai kembang2 mata aku...akhirnya misteri! memang pihak produksi nmpknya menyembunyikan identiti/kisah palakon (pengkaji2) dlm filem tu. aku try gak cari watak amar ke mus ke fira ke....xada...yg ada hanya sara. kt kosmo bley plak kuar citer psl minah ni, mcm2 citer keluar...

cari, punya cari punya carik...last2 aku jmpa fb AMAR! terus aku add as friend.


saja nak tengok. klu dia x accept, ada 2 kemungkinan. 1, m
gkn betul dia hilang. 2, memang dia xnak accept ak nye request. tp klu dia accept ada 3 kemungkinan. satu, dia masih hidup dan wujud. 2, mungkin dia hilang dan org lain yg tlg jd adminnya. 3, dia fesbuking dari 'alam' lain. who knows...tunggu punya tunggu punya tunggu....amar memang x accept lg request aku tapi aku nampak ni kt wall

maknanya acc fb dia aktif.....hehehe

ok, aku stop dlu smpi cni, pencarian aku akan teruskan lagi dari semasa ke semasa...

"aku x suka biarkan diri aku di selubungi misteri"

Thursday, April 28, 2011

~the storyboard


"Hidup kalau x ada rancangan dan hala tuju, samalah macam SONGSANG!"

ye,
dalam sejam, dua jam yang singkat
saya sedang merangka storyboard kehidupan
mula dari hari ni, esok, minggu depan dan lepas tu

mak kata,
hidup kena hadapi cabaran
bukan senang nak senang
orang susah sbb nak senang
so, mak suruh saya bangkit!!!

ye,
kawan2 pon kata
saya pengecut!
korang nak saya yang dulu ye

ok,
dlm jangka masa beberapa hari/minggu dari sekarang
saya akan pulangkan balik diri saya yang dulu
hey, saya bukan yg cepat kalah tau
saya akan bangun dari kegagalan
ye, itu saya
jarang2 jatuh
tapi sekali jatuh,,,gedebuk!
lagi teruk dari nagka busuk!

ye,
nak sangat tengok???
the Real Me is back!!
keke



Wednesday, April 27, 2011

~hujan gula-gula



saya tak baca pun lagi novel tu. tapi hujan gula-gula, best ke?
sebut aje gula-gula org akan terbayang rasa manis, tp sbnrnya x....
ada gula2 rasa pedas, ada rasa masam, ade jugak yg rasa pahit2 sikit
ha, kan x semuanya manis

kalau ada hujan gula-gula
anda nak gula-gula berperisa apa?
kalau anda ditimpa hujan gula-gula yang anda tak mahu?
anda nak ambil x?
nak makan?
hurm....

tapi hidup kita memang selalu ditimpa hujan gula-gula kan?
hari ni, anda dapat hujan gula-gula perisa apa???

apa-apa pun perisa yang anda dan saya dapat
apa kata kita try rasa dlu
kadang2 walaupun pahit, tp hujung2 dia ada manis2 sikit kan??
dari manis2 lme2 kena kencing manis! heh~

jom nikmati hujan gula-gula!!!

~To Love is To Lose



it happen to me 2 times
regretful
oh....

please,
i'll never dumb myself into it again

think before you say YES!!!

To Love Somebody, You Lose Somebody
and
That Buddy is that Buddy!

Huh!

(pening? haha...malas nak eloborate)

Tuesday, April 26, 2011

~tekanan oh tekanan


what a dull tension day....

nape entah
saya jadi benci
benci giler
saya benci diri saya
bila saya asik buat
benda yg saya tak nak buat
tapi...buat lagi
saya dah ingatkan diri sendiri pagi2
tiap-tiap pagi
tiap-tiap hari
tapi......buat lagi!
dalam hati menjerit2 kata "jangan buat"
tp.....buat jugak!!!!

Ya Allah...
kuatkanlah hati
come on la...
saya tak nak nangis lagi!!!
no, saya tak kan!!!

aishah, just say NO

Monday, April 25, 2011

~Preview : Nama aku N


actually ni buku chicklit pertama yg saya ada/beli/baca. Actually banyak dah buku chicklit kat pasaran tapi semua dari penulis barat (ada yang KarnaDya dah translate) tapi saya saja nak pilih buku karangan Aina Emir ni. just pembuka selera dan rujukan sbb saya plan hujung tahun ni saya nk siapkan manuskrip utk chicklit (ya, saya mesti!)

nama aku N. ye, N... huruf selepas M dan sebelum O dalam alphabet. membaca kisah N membuatkan saya merenung balik diri sendiri. ye, nama panggilan saya Ain....huruf selepas zho dan sebelum ghen dalam huruf2 hijaiyyah....

walaupun latar belakang saya xlah seteruk N, tapi kronologinya hampir sama...kisah N dan Z buat saya percaya dan yakin bahawa cinta pandang pertama memang susah untuk dilupakan. maksud saya, cinta..ye, cinta yang betul2 serius, cinta yang berlandaskan batas-batas agama. Dari N, saya muhasabah balik diri saya sendiri.

N, pemalu..pendiam, suka termenung, berkhayal, kuat berangan, diam apabila dia mahu diam dan ramah bila dia mahu ramah. dan N... pengecut!

ye, saya terima watak N yang 'pengecut' kerana saya melalui dan memahaminya. tapi saya kagum kerana akhirnya N tidak 'pengecut' lagi. Dia keluar dari kepompong takut dengan meluahkan apa yang dia rasa dengan satu ayat yang lancar, tanpa ulangan atau...gagap!

Nama Aku N. Sebuah cerita ringkas tentang orang yang sangat biasa..... extraordinary.... seperti saya, kamu dan kalian. jadi apa salahnya saya belajar menjadi N.

Congrates to writer.... saya bagi ***** (dah lama x bg * kt preview..hehe)

Thursday, April 21, 2011

~alahai bondaku


Namaku Anis (bukan nama sebenar). Lebih kurang sebulan lagi 25 la umur aku (tapi selalu perasan baru 17 tahun hehe). Semalam bondaku telefon dari kampung :

Bonda : Tadi bonda jumpa ibunya dan mak cik itu di rumah arwah encik itu. Ibunya kata dia sudah bertunang.

Anis : So?

Bonda : Tak adelah. Ibunya kata dia bertunang dengan orang dari negeri itu. Katanya "dulu teringin juga nak berbesan dengan orang se-usul. tapi tak jadi. yang ini, emaknya tak memilih. senang". dalam hati bonda, "eh, dia ni nak kata bonda memilih ke?"

anis : Habis, bonda kata apa?

Bonda : Bonda diam aje.

Anis : Alah bonda, manalah kita tahu. Entah apa yang dia dah cerita pada ibunya.

Bonda : tu lah. hah anis, kamu bila pula nak bertunang?

Anis : Hahaha.... nak buat ape bertunang?

Bonda : Iyelah, kamu tak ada sesiapa ke? Kalau tak ada nak ke bonda carikan?

Anis : Hahaha...bonda..bonda... TAk adalah bonda. Belum ada masa nak cari. Kalau bonda nak, bonda carikanlah.

Bonda : Tak kan kamu tak nak bercinta-cinta.

Anis : Hurm..tak mahulah bonda. Rasanya macam buang masa, buang duit, buang tenaga.... baik sekali harung aje....ekspres..senang! hehehe

Bonda : kalau macam tu nanti bonda bincang dengan Bonda yang beliau. beliau tu pun nampak ok aje.

Anis : eh, bonda. tak kanlah..kami dah macam adik beradik. Ish, tak kan kot.

Bonda : apa salahnya. hehehe

Anis : hurm..... entahlah bonda. tapi buat masa ni anis betul2 x ada. kalau bonda jumpa mana2 yang sesuai, terpulanglah pada bonda. itu pun klu bonda nak cepat lah...hehehe

Bonda : iye la tu. bonda ni kalau boleh tak nak masuk campur urusan anak-anak. Iyelah cita rasa kamu dengan bonda bukan semuanya sama kan. lagi satu ibu nak tanya. dia dah bertunang, kamu tak sedih ke?

Anis : hahaha....tolonglah bonda. tak kuasa anis nak sedih2 pasal benda ni pulak. ok bonda anis kena sambung kerja. Assalamualaikum.

demikianlah kisah telefon antara aku dan bonda tercinta. kepada ibunya, janganlah nak perli2 bondaku, kerana beliau tidak bersalah. mungkin dia telah memutar belit fakta kisah kami kepada ibunya. yang beliau pulak, hurm...xmolah...hahaha

apa-apa pun, bonda...jom kita sama2 berdoa agar anak bonda ni bertemu dengannya...ameen... sayang bonda!

Dari Kerana Dia :
Sejujurnya saya faham perasaan Anis. Dia bukanlah serik, jauh sekali terhegeh-hegeh apatah lagi desperate. Anis bukan tak mahu, jauh sekali ingin menolak fitrah. cuma baginya masanya mungkin belum tiba. Mungkin belum masanya Allah limpahkan rezeki yang satu itu.

Dan sejujurnya saya juga faham perasaan bondanya. Sebagai bonda tentu sahajalah dia mahu anak gadisnya hidup bahagia bersama org2 tersayang, jauh daripada maksiat seterusnya menjadi isteri solehah insyaAllah...tapi iyelah jodoh kan rezeki dan ketentuan Dia. kalau kataNya "belum...belum tiba masanya" maka tak adalah. Kpd ibu2 diluar sana yang mempunyai anak seperti Anis, bersabar dan teruslah berdoa. InsyaAllah berkat doa ibu....semuanya akan berjalan lancar.

Saya sayang emak saya sangat2!!!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

~ikat baru tau!


huh
boleh tahan degil jugak saya ni
dah banyak kali pesan dekat diri sendiri
jangan buat!
jangan buat!
tapi buat jugak!
haish degilnye lah!
lepas tu sure menyesal
lepas tu nekad lagi kononnye
lepas tu buat lagi...

hey, saya!
please la..jangan lah buat lagi
ignore aje sumer rasa ingin tau
yang mengedik2 dlm sanubari tuh

hey, saya!
banyakkan istighfar~

ok, pergi sebok kan diri denagn benda lain!
Chow!

Monday, April 11, 2011

~the upside down: keping-keping 20 sen


20 sen...
apelah sangat kan...tapi 16 tahun dulu 20 sen tu bley sedap2 beli jajan atau sebatang ais krim tau.

ye,
dan sebab keping2 20 sen tu la saya sanggup memandu lebih 2 jam...

dulu time sekolah rendah, asal cuti sekolah panjang je, saya ni selalu kena culik ngan mak cik/ pakcik g umah atuk/ nenek kat kampung. kalau tak ke sg.panjang ke sg.samaklah saya di kelanakan....hurm tapi time tu enjoy aje....kenapa saya yg terplilih? hehe i like that question, ofkos la sbb gua yg plg kiut the kiut hahaha...ceh sbb saya ni yg plg x byk songeh kot..so easy to carry ler..kui3

sbnrnya kenangan bercuti di rumah nenek sg.samak (aka nenek bagan lalang) x banyak tp saya still ingat lagi.... dulu, nenek laki (arwah nenek saleh) selalu minta pijak belakang lps dia blk kebun, upahnye dpt la 20sen...kadang2 dia up sampai singgit hehehe....

dan lagi, mase tu rumah nenek baru tukar zink baru so, mse nak pasang ceiling(kanvas biru...ala memang org kampung gune tu je tuk buat ceiling) saya la yg jadi pengukur dawainya... sungguh berdedikasi saya ketika itu hehe....

hari tu masa kenduri tahlil nenek saleh, saya duduk memandang ceiling, oh kenangan....
semoga Arwah nenek saleh ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin

hurm semuanya berlaku dalam saat2 genting ni

"Allah menguji hamba-Nya mengikut tahap keimanan masing2"

~the upside down :Oops...lebih muatan


"oh, dah terlebih muatan....kenderaan berat sila ikut kiri"

oh,
dulu masa dlm UPSM
ayat ni selalu diulang2
dari bibir ke bibir
dan terngiang-ngiang di kedua belah cuping telinga saya

sebab tu,
sampai hari ni saya masih ingat

"kalau tak dapat nak senangkan orang lain,
jangan susahkan orang lain"

ye, saya masih ingat
terima kasih sebab ajar saya quote tu

tapi saya dah kena bahananya

tak rasa bersalah ke korang kalau menyusahkan orang lain?
korang ni tak ade jiwa tak ada rasa ke?

adakah anda BUTA JIWA??

Astagfirullah al-azim




~upside down!


fuhhh (bukan nk iklankan awal ashaari k!)

setelah sekian lama, baru hari ni dalam mengadap lembaran blog ni. rindu nk nulis tp apa kan daya tiada ruang dan peluang yang tepat.

ye, dengan lebih tepat lagi, saya sedang melalui detik2 getir yang penuh mencabar kredibiliti mental dan fizikal saya sebagai SAYA!

bermula dengan kerja yang lebih muatan, carita nenek laki, mihas, pemberotakan jiwa dan semuanya... dah tergumpal2 dlm sanubari saya nih

insyaAllah semuanya akan saya catat kembali dalam n3 yg berbeza.

oh, bukan nk suruh kamu baca sangat la, cumanya saya suka buat gitu, just to built up myself. itu cara saya, saya menulis untuk saya, motivasi saya, cara kamu...ikut kamu!

adios! assalamualaikum!