Monday, March 28, 2011

~wahai cik petihartakarut



petikan kt bawah ni saya amik dr blog dia, x kira dia bg ke x ke, saya ttp nk publish kt sini gak... (jagan marah ea...rifa)

tapi sblm tu saya nk dia tau yang entri2 selalu buat gusi saya basah, selalu buat saya gelak x hengat, dan selalu jugak buat jiwa terbuai2 mengimbau kenangan...cewah...pewwit2!!

terimalah....
"Matahari Terbenam Tetap Indah Walaupun Kita Berpisah"


Saturday, March 26, 2011

~lohong yang gelap


ya,
saya nak keluar dari lohong ini
lohong ini sungguh gelap
saya cuma nampak sikit cahaya
dari lubang2 karat yang ada
ya,
saya betul2 sudah bersedia untuk keluar dari lohong ini
kerana saya rasa peluang untuk saya selamat di sini
semakin tipis
saya tiada makanan, minuman, nafas pun semakin sesak
ya,
saya mesti keluar!

habis bagaimana dengan mereka yang masih ada di dalam lohong itu?

tidak,
lohong itu sungguh gelap
mereka dah tak boleh harapkan saya
untuk menarik mereka keluar
tidak,
saya tidak mampu lagi
jangan,
jangan tuduh saya pentingkan diri
walaupun ianya kelihatan seperti itu,
ya,
saya perlukan nafas yang baru
saya mahu bebas daripada kongkongan lohong yang gelap ini

saya mahu berlari di bawah cahaya!!!


Monday, March 21, 2011

~a decision to make

ingat senang ke
banyak benda kena di fikirkan
banyak muka2 yg dtg dlm kepala otak saya ni
argh!!!!!!

today,
a step to make the decision
the decision i make
i make the decision
(giler sudah..haha)

"...bila tiba masanya, aku akan berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang lagi..."

Thursday, March 17, 2011

~Preview : Hikayat Merong Mahawangsa


...sampai masa tiba waktu;
redup hati kamu berdua;
bila dua jasad bersatu;
hidup mati jadi bersama...

Tahniah KRU!!!

Saturday, March 12, 2011

~ya, sudahlah!


pagi sabtu yang best,
saya breakfast dekat bakery pusanika ukm
pagi ni daoat berita gembira sikit,
pastu bakery ni pasang lagu ni plak
cam best....
so enjoy!

ya, sudahlah...

Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY

yo..Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum berakhir

satukan langkah..langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yg ditunggu
BAHAGIA..HINGGA UJUNG WAKTU..

~rasa redha, di mana dan bila?


memang sudah menjadi hobi sejak azali agaknya
suka betul saya melihat gelagat-gelagat mereka

ya,
satu pagi saya melihat seorang uncle sigh, gesture badannya...hurm...besar. Sedang memakai baju pegawai keselamatan lagaknya dan dia sedang menunggang sebuah motorsikal yang saiznya....hurm...mungkin agak kecil.... sedang memboncengnya seorang budak lelaki...mungkin remaja... memakai baju sekolah. motor kecil yang menampung berat kedua-dua jasad tadi bergerak agak perlahan. saya perhatikan...

menarik.
dari riak wajah mereka berdua saya lihat tenang. si bapa tidak mempamerkan riak kesusahan. si anak juga langsung tidak menunjukkan riak tak puas hati. kedua-duanya nampak 'redha'. saya tersenyum pagi itu, huh..'macam drama'

redha.
di manakah letaknya?
dan,
bilakah datangnya rasa itu?

saya tidak menepuk dada untuk bertanya pada selera
tapi saya cuba pejamkanmata
merenungi sedalam-dalamnya
kenapa saya menjadi seperti saya hari ini?
apa yang membuatkan saya berada disini?
mengapa hal itu dan ini menimpa saya?
kenapa? kenapa?
saya soal...dan terus menyoal
dan segalanya berputar ke belakang
seperti pita kaset
yang mungkin sampai masanya
terpintal-pintal dan sukar diurai....

dalam doa.
saya pohonkan agar Tuhan berikan jawapan dan petunjuk
sehinggalah saya terjumpa pangkalnya

ya,
pokok pangkalnya bermula dari REDHA
kenapa saya mempersoalkan?
tidak redhakah dengan ketentuan Allah

Redha.
tapi tidak bermakna tingkat usaha terhenti.

Sunday, March 6, 2011

~preview : 127 Hours


wuhuuu~
memang dah lama saya teringin nak tengok cerita ni. nak tunggu cik olo email full movie tak juga sampai2. so, saya mengambil keputusan utk tengok jugak cerita ni mlm td. biarlah xd geng pon...hu~

serious, saya memang berdebar2 dari awal cerita ni start sebab saya dah tengok rakaman "Aron Ralston Dsperate Days in Blue Canyon di Youtube. serious, nak tenagok sangat version filem, tapi nervous.

dari permulaan cerita, watak Aron digarap dengan baik. pandai pulak pengarah dia ni carik pelakon yang muka lebih krg sama dgn muka mak dan ayah Aron Ralston...huhu. actually memang dari kecik ayah dia dah bawak dia tengok pemandangan dekat canyon ni, maybe sbb tu la di plan nk habiskan weekends dia dengan menawan Blue Canyon!

dan semestinya apabila waktu2 mendebarkan tiba, saya adalah org yang akan mencari apa sahaja untuk menutup mata. mangsa saya kali ni adalah sekeping tiket..jadilah~

seroius saya tak sampai hati tengok Aron terpaksa menadah air kencing sndiri apabila dia kehabisan bekalan air, tak sangka jugak bila dia boleh melawak dalam keadaan ketika itu 4 hari hidup dengan tangan tersepit tanpa air dan makanan, dan yang paling tak sangka mestilah apabila dengan beani dan tanpa was2 dia patahkan tulang lengan (arm) 2x, potong daging dengan blade dan playar, dan akirnya potoh urat sarafnya....fuhh~ tak sangka lagi lps tu dia boleh berjalan, melakukan repelling dia Big Drop, dan berjalan lagi ditengah panas gurun..... dia memang luar biasa....

satu yang tahu pasal Aron Ralston dalam cerita ini ialah, akhirnya dia digambarkan sebagai percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu bila dia berkata (lebih kurang yang ni) "saya memang di takdirkan tersepit disitu. batu tu telah menunggu saya beribu2 tahun. sejak dari kecil saya seolah-olah di tarik ke arahnya. "

so, apalah yang nak dibisingkan dengan pengalaman 22 jam di gunung angsi sedangkan Aron Ralston ada rekod 127 jam di blue canyon...wat a life~

so, to all hikers!!!!
don't ever never give up
think!
don't lose control
and always,
always make sure someone knows where you are

^_^

Friday, March 4, 2011

~menjaga adab


dulu masa sekolah rendah
subjek akhlak
kita semua mesti belajar bab adab kan
apa itu adab?

membaca blog MALAY STUDENT, memang banyak pengertian adab yang dijelaskan di dalamnya. tapi secara tuntasnya apa yang saya faham, adab adalah seolah-olah satu tingkahlaku, akhlak atau perbuatan yang perlu dipenuhi dengan ciri2 mulia, baik, sopan dan sebagainya.

contohnya, org yang beradab adalah orang yang memulakan makannya dengan bismillah
maka, orang yang tidak beradab pula ialah orang yang memulakan makannya tanpa bismillah

orang yang beradab makan dengan penuh tertib dan sopan
orang yang tidak beradab makan dengan gelojoh dan sungguh kurang sopan!

begitulah kefahaman ringkas saya tentang adab. kerana kalau hendak dirungkai satu persatu dengan selitan contoh tiapnya, subhanallah....tak tertulis dibuatnya...kajilah adab Rasulullah, nescaya anda menangis apabila membayangkan betapa jauhnya perbandingan adab antara kita dengan baginda.....masyaAllah

kenapa saya utarakan tentang adab?

di masa kecil, emak selalu ajarkantentang adab....(sampai sekarang pun sebenarnya) bukan secara teori bernota dan berpapan tulis, tapi lebih secara praktikal. emak mengajar dengan cara tersendiri, 'silibus'nya dengan jelingan, bebelan, cubitan dan marah..... hahaha...lucu untuk dikenang, tapi itu yang memandu saya melihat dan melalui hari ini, esok dan seterusnya

hari ini, apabila saya membuka mata melihat gelagat manusia, saya runsing. ke mana adab mereka??? adakah mereka tidak mendapat 'silibus' pendidikan adab seperti saya dahulu? indahkah hidup mereka tanpa adab? lupakah mereka pada Rasul pada Tuhan? na'uzubillah~

ya Allah
lindungi aku daripada dosa
berkati dan rahmati ibu-ibu dan bapa-bapaku
ingatkan aku selalu tentang adab
semoga aku menjadi manusia beradab
di pertemukan dengan insan beradab
dikurniakan zuriat yang beradab
supaya dapat kami sebarkan ADAB
keseluruh pelusok alam mayaMu
aminn~

Wednesday, March 2, 2011

~adakah dia..??

dia
yang tak sempurna
di sini sana cacat dan cela
seperti aku juga

dia
cukup sederhana
parasnya tidak sekacak mana
tapi sedap dipandang mata
pakaiannya tidak mahal bergaya
tapi elok seadanya
berharta tapi tidaklah kaya
beriman, soleh, penyayang tetapi tegas
harap itu peribadinya

dia memang sederhana
hikmah kata-katanya
pedoman buah fikirannya
peringatan tiap tegurannya
tapi dia kekal sederhana

di manakah dia?
adakah dia?
mungkinkah dia?

Ya Tuhan,
aku tahu
aku tidak sempurna
dan mungkin tidak layak untuk sang sempurna
kerana itu aku mohon yang sederhana
aminnn~

ainulanique
020311