Thursday, October 30, 2008

sunBurn..uhuk..

Sebenarnya semalam aku baru je balik dari Kursus BTN lanjutan di Kem Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak. sengal-sengal di badan pun masih tak lekang lagi. almaklumlah aktiviti yang di jalankan agak memcabar ketahanan fizikal dan mental kitorang.

Aku ke sana dengan ditemani rakan2 seperjuangan lain seperti olo, k.ecah, alan & roy. turut tak ketingalan beberapa teman lain yang juga dari UKM dan universiti lain seperti UUM, USM, UMT dan Twin Tech, Bangi.

Hari pertama, ktrg dah kena meredah utan belantara untuk sampai ke tapak perkhemahan. time tu waktu dah merangkak ke senja, daripada belakang aku berjalan ttbe tanpa aku sedari aku dah emmotong barisan. tau2 aku dah berada di hadapan sekali bersama Pak Abu dll. time tula kitorang terserempak dengan seekor 'babi' yang betul2 melintas di hadapan kami. perjalanan yang beronak duri tu juga turut di selangi dengan suara jeritan dak2 p'puan yang kena pacat. yang tak kena pacat pun menjerit gak bila tgk org lain kena pacat. pelik la aku..lelama aku jd bengang gak, rasa nk sound je, nasib baik aku ni penyabar orgnyer,paham2 mst 1st time msk utan ni..huhu

mlm tu, lepas main bom iklan ktrg rehat n esknya pd hari ke-2 ktrg bermula dgn dgn sesi ceramah (lbh cam diskusi) then de LDk sblh ptg. hari ni cam ok la gak, lagi bes sbb Pak Mazli bg chance mandi sungai, aku pn x melepaskan peluang...sejuk sey...tp malang bagi aku sbb subang aku hilag sebelah...ish...sdey la..lps LDK tamat ktrg berpindah dgn menaiki bas ke tempat seterusnya (mmg mcm nomad)

ptg tu, dekat senja gak ktrg dirikan khemah kt tepi sg. Perak. dala hati excited gak tgk air, rasa nak terjun tp aku tau BAHAYA dihadapan..huhu, then mlm tu trs ad xtvt ala2 hidden agenda la gak..bes gak la mlm tu, bersemangat roy nampaknya memperjuangkan pendapat dia yang langsung tak mendapat sokongan..hahaha

esok paginya, lepas kawad, ktrg pn buat rakit masing2..rsau gak time buat tu. takut2 rakit pecah plak dlm perjalanan nt. then, kitorg mula wat water confident. kalau tgk dr darat, jaraknya jauh gak, tapi masa hanyut tu, rasa cam sekejap je dah sampai. mgkn sbb da ad pengalamn dalam UPSM, so water confident tu kira ok je la..lps tu, ktrg mula berakit...cuaca sangat panas, terik...tp kayuhan dayung tetap diterukan, kami mendayung dan sampailan ke JPS Perak. di situ kami dirikan khemah lagi. oleh kerana sgt letih aku x sedar bila masanya ntah aku ttdo. kat atas meja plak tu. sedar2 je, org keliling aku da xde, rupanya da genap sejam aku tdo. aku pn mandi, time mandi pn derita gak, sbb muka yg 'terbakar' tu pedih rupanya kalu di sentuh..pergh..sabo je la...

ptg tu ktrg kena msk sndr, mula2 aku n da geng dlu yg gerakkan xtvt tu sbb tgu yg lain, pergh lmbt..tp ble da start rmi plak yg berlagak mcm chef. bila da ramai2 ni, aku start mls da, rmi sgt yg pndi msk, last2 aku tgk je dorg msk, sesekali aku tlg la anginkan bara..klu x smpi esk pn x msk..huhu...mlm tu ada mss LDK gak, muka msg2 da penat glerr..tp diskusi ttp berjln dgn hangat gak, tp bg aku lak, d'ujung2 diskusi tu aku da start lost da...xlarat sey, smpi bergaru2 kepala gak la rime menjawab pertanyaan A.Bob..huhu..mlm tu aku x sedar pkl brp aku tidur, apa yang aku ingat lps aku mkn penadol, letak je kepala trs aku x ingt pe2..sedar2 je da kena kejut..night walk rupanya

time 2, aku rasa ok jela..xla seram sangat kot, maybe sbb aku pn da byk kali wat n da pernah jd skuad rikki, so..ok je la..tp dlm x seram tu pn, aku cuak gak la kdg2 sbb aku tau xde urusetia yg jaga sepanjang perjalanan tu, yg ada hanya lampu kelip2 yg x bernyawa..huhu..hbs tu aku tdr lg bersama embun.

pg esknya, ntah knp bley kte semua org bgn lmbt. aku antara org yg bgn awl pg tu, so memandangkan xde org aku pn angkut la air tuk msk breakfast. sme mcm semalam, bila segala keje2 mengangkut n membasuh settle brula ade prg2 menyibuk2 kt tmpt msk tu..hey..lantak dorg la, yg penting breakfast pg tu siap huhu...pagi tu kami meneruskan perjalanan berakit utk smpi ke Ulu Kenas semula. Pak Mazli menjanjikan hamper untuk pemenang tempat pertama & kedua, semuanya tuk ktrg lbh smgt mendayung..


matahari kali ni aku rasa lebih terik..panas sey..tapi kami teruskan juga perjalanan, natijahnya, kumpulan aku dapt tempat ke-2, bes wooo...then, after lunch ktrg kena jln kaki sejauh 4 km sblm smpi ke jln bsr n tgu kenderaan tuk angkut kami balik ke kem Ulu Kenas. oleh kerana perjalanan yg sangat jauh, mcm2 aku buat bersama geng2 termasuk menyanyi, main bola, n ntah ap2 ntah..huhu so xla penat sgt...

smpi kem, Pak Mazli bgtau yg ktrg bley tdr kt katil mlm ni..wa..bes....so, ptg tu ktrg rest je, sbb mlm nnt ad majls penangguhan kursus n BBQ..serius...aku sgt bes sepanjang kursus ni..huhu...esoknya lps breakfast ktrg pn balik...

smpi je ukm, ktrg yakin mst ramai yg akn tegur 'kehitaman' kitorang ni..huhu..besela SunBurn..hehe..skang ktrg msh 'itam' lg, entah bila la nk pulih blk ni..huhu..

kt cni nk ucap TQ pd sumer yg terlibat drpd urusetia (Abg jai & da geng), Pak2 jurulatih (Pak mazli & da Geng), Fc2 ( Abg Bob & da geng), team aku (Che pa, Qish, Azim, Khairul & Acap) & semua yg terlibat...korg mmg bes!!!

warna-warni d'Aidilfitri



Salam Aidilfitri semua. sewaktu entry ni ditulis sebenarnya Aidilfitri da pn hbs. hari ni da 1 Zulqaedah pn. bukan nya apa, aku yang tak sempat nk tls entri walaupn perancangannya da seminggu berlalu.




last week, 'family' aku yg kt ukm ni wat open house, bg aku ni la open house yg plg bes sbb ktrg bley kmpl senoirs n juniors walau x semua dalan 'rumah' kami tu. so, 'rumah' yg da lama sunyi sepi tu nampaknya riuh rendah dengan org ramai. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. tapi apa yang aku harapkan kemeriahan dan kemesraan pada malam tu tak lah terhenti sampai di situ sahaja. aku mengharapkan akan ada sinar yang lebih ceria lagi pada masa akan datang. semoga warisan kami akan terus berkembang dan terus mempertahan 'keluarga' yang telah di bina oleh orang2 terdahulu. bagaimana aku menyayangi 'rumah' & 'keluarga' kami ni, begitulah juga aku harapkan warisan kami akan menyayanginya.




Thursday, October 23, 2008

cukuplah sekadar....

"...dah tak ada istimewanya pada dia, Olo. Dia dah sama dengan yang yang lain.."

Chapter 1

Aku tak tahu nak menghuraikan apa yang aku rasa sekarang macam mana. Yang penting aku perlukan seseorang untuk berkongsi tentang nya. Macam-macam perasaan bersarang dalam minda dan dada aku. Sedih, kecewa, kesian dan sekarang aku rasa aku da mula hilang respect. Selama ni, aku selalu anggap dia istimewa, lain dari yang lain, tapi baru aku sedar, dia sama dengan yang lain, tak ada yang istimewanya... Biasalah, ini lah yang dinamakan lukisan hidup.

Chapter 2

Aku faham perasaan dia. Dia tak salah. Sebab aku pn pernah berada di tempat dia walaupun tak lah seteruk dia. Tapi....entahlah...Mungkin aku ni dulu seorang yang berhati-hati. Pernah aku di tempat dia, tapi mujur tembok pertahanan hati aku ampuh lagi. Itu pun sebab aku dah ambil pelbagai langkah berjaga-jaga. Dulu bila aku mengalaminya aku selalu membanyangkan seperti aku berdiri di tepi pantai yang luas. Aku harus berhati-hati sebab pantai atau laut bukan boleh dijangka. Maka aku hadkan diri aku untuk berdiri di gigi pantai sahaja. Sesekali aku mengacah juga ke tengah pantai. Bukan apa, bila ombak besar datang aku dah bersedia untuk lari ke darat. Aku takut...Aku takut lemas, Aku takut sakit, Aku takut kecewa sebenarnya....

Chapter 3

Sekarang dia di situ. Di tengah lautan. Mungkin sedang berjuang untuk naik ke darat semula atau sedang menanti layar menyelamatkannya. Aku tak pasti. Namun maaf sekali, aku tak mampu buat apa-apa lagi. Aku terlalu serik. Terlalu serik.... Aku masih lagi berdiri di gigi pantai. Menjerit dari jauh, memberi semangat. Adalah sekali-sekala aku ke tengah menghulur kayu. Hajat untuk membantu, tapi bila ombak besar datang semula aku segera berlari semula ke darat..... Kejam kah aku sebab tak membantu..?? Teruk kah aku kerana tak mahu lemas bersama. Maaf sekali lagi, aku tak mahu terjerumus lagi, kerana dulu aku pernah..aku takut untuk sakit lagi...

Chapter 4

Aku yakin. Dia mampu melakukannya. Tapi aku, cukuplah sekadar di sini, melihat dari jauh..tapi, kalau dia betul2 memerlukan jeritlah padaku, aku pasti akan membantu, walaupun terpaksa karam di lautan, kerana dia sahabatku, kerana Dia bersamaku..

Monday, October 20, 2008

Saturday, October 18, 2008

YES!!

akhirnya.....saya jumpa juga sambungan komik "Kasih, Bukan Kau.."....kini..."Kasih Hanya Kau"


WANTED!!!!


aku tak tahu anak sapa yang sesat ni. aku tengok dia merayau-rayau...sampai letih..aku ajakla dia rehat...lepas minum susu gain plus yang olo bagi dia terus lolap...huhuhu sian tol la kan???

ssape yang mengenali dia boleh menjemputnya pulang!!...sob3...

Tuesday, October 14, 2008

da joUrney...

Assalamualaikum.

waktu entry ini ditulis aku baru je 2 hari balik dari Negeri Terengganu. Penat dan rasa sengal2 di pinggang akibat perjalanan yang jauh masih lagi aku rasakan penangannya. bukan aku sorang je, Olo pn turut terkena tempiasnya..tapi demi tugas yang harus digalas, kami RELA!!! huhu

walaupun tak lah ke mana sangat kunjungan aku ke Terengganu ni, tp sempat la juga aku pergi ke beberapa tempat yang org dok sebut2 kt Kuala Terengganu tu. merasala juga aku pergi Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, kampung Losong (tmpt jual keropok lekor smpi x tau nk plh kt kdai mne) dan yang pastinya mestilah Seberang Takir. aku tak tahu kenapa, cuaca kat sana panas gler..terik sangat, smpi penin'2 kepala aku time wat mass marketing with kwn2...anyway...besss...hihi

anyway thanks alot la kt Shawal n family coz bg ktrg 'menumpang' kt rumah dia sepanjang ada kt Terengganu...meh tengok gegambar sepanjang kt sana....








d'Pantai Batu Buruk






d'belanja keropok lekor oleh 'cikgu'









d'McD Kuala Terengganu




with Shawal's family

tunggulah time OPKIM Dec ni....aku datang lagi ea...huhu

Friday, October 10, 2008

Semangat Baru

Setelah hampir 2 minggu pulang bercuti untuk berhari raya, kini aku telah kembali ke kampus untuk meneruskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki. Apatah lagi, beberapa mid term yang tertangguh telah menanti...huhuhu...patutlah macam berat je kaki aku nak melangkah meninggalkan halaman rumah hari tu. hihihi...

namun, apa yang aku harapkan kepulangan aku kali ini ada suntikan semangat baru, semoga aku rajin pergi kelas (muka aku rajin gak ponteng kelas...hehe), dan lebih semangat untuk buat kerja-kerja opkim dan D'BORN...hehe...

Dengan semangat ini, aku harap aku juga boleh kembali kepada fitrah diri aku yang asal. Macam dulu-dulu...matang dalam membuat keputusan, berfikir dengan lebih kreatif dan kritis (tetiba teringat manuskrip aku yg tak siap2 lagi tuh...hihi), dan serius dalam kerja....

go..go...Ecah boleh!!!!