Monday, January 24, 2011

~don't run, face it!

tatkala diri tak mampu menghadapinya
rasa menyesal yang tak berkesudahan
jalan mana yang harus di tuju
ke kiri? ke kanan?
namun masa yang sudah berlalu memang pasti tak dapat diundur
jadi.....HADAPILAH

JANGAN LARI

kerana selagi kita lari
selagi itu jiwa takkan tenteram
kerana ada persoalan yang belum terungkai
ada jawapan yang masih terpendam
dan ada hati yang rasa tertikam


Thursday, January 20, 2011

~cerita abah: rumah hantu!!!

alkasihnya begini, dek kerana kegilaan melampau pada gambar dan penggambaran maka saya dan cik pijah pun berpakat nak menerjah satu lokasi yang dah lama kami usha tp x berani nak pergi. Dekat mana??? ha sini...

Inilah dia...Kellie's Castle kat Batu Gajah, Perak

bukan apa, sebab pertama, jauh..perak kot...agak jauh la untuk diredah pakai terjah macam selalu. kedua, tempat tu sendiri..hurm..paham2 la...huhu

tapi dek kerana tekad dan nekad dan membara, maka kami pun memelan dengan baik punya. mengumpul info, study photo shoot photographer terdahulu, kumpul material and gadget2, and jangan lupa kira budget...kecing! kecing!

nak cerita pasal Kellie's Castle ni pun dah x larat dah, iye la sebab dah ramai org cerita benda yg sama aje kan, so, kami just enjoy the photo shoot session aje la. 3 jam lebih kitorang kt situ, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hasilnya....pewitt..pewwitt (perasan sendiri ni)

sebelum balik, tiba2 ada plan gila lagi. entah apa punya plan, kami boleh naik lagi terus ke Taiping??? semata2 nak juga try mee udang yang special kt sne n nak jugak shoot kat taman tasik Taiping (lokasi filem sepi....) walaupun dah dekat senja dan ala2 ujan....tp hasil gambar kami pon...ala2 cun jugak ape.... hehe

Taman Tasik Taiping

2, 3 hari blk dr Perak baru kami tengok balik gambar2 ritu. Itu pun lepas cik pijah upload kt fb. dan mula la cerita pelik dan misteri kami keluar...ha, klu nak ikuti kajian dan analisis gambar yang kami buat (ala2 seekers tau) klik sini.

2, 3 minggu lepas tu pulak masa kat kampung, bila buka pasal cerita ni, tiba2 k.long kata "eh, takkan x ingat masa kecik2 tiap kali nak pergi Tambun abah mesti bawak kita lalu. Abah kata 'Itu rumah hantu' tak kan x ingat?" penat aku perah otak sampi dah kering dah...ade ke??? ke aku dah hilang ingatan...tettt...tett....tuttt......erk!

last2 mse nk blk Shah alam baru aku ingat siap jerit kuat2 dlm kete."Ha, aku dah ingat!!!!" masa tu dalam tahun 1991. saya baru berusia 6 tahun x silap. kami naik kereta mazda abah warna biru. suasana dia cam petang2. saya ala2 mamai time tu. kita lalu jalan tu. Abah kata 'kejap lagi kita lalu rumah hantu'. time ala2 mamai tu pun saya boleh tunggu....ada sungai...and las sekali abah kata "Ha, tu rumah hantu". saya pandang kejap aje, sebab takut. sampai situ aje memori yang ada tentang cerita abah. lepas tu saya terus tidur kot...haha

ok klu nak enjoy some of the pic bley tgk cni jugak!!! babai!!!!

Thursday, January 13, 2011

~mendidik jiwa...memujuk hati....


rupanya bukan senang
melupakan yang lampau
memulakan yang baru
mendidik kembali jiwa
dan yang penting memujuk hati
agar menjadi lebih tabah
tabah berdepan yang lampau
tabah menghadapi yang akan datang

semoga aku lebih kuat

ainulanique
TTDi Jaya, Shah Alam

Wednesday, January 12, 2011

~Dear Diary : Diari Cinta 365



estimately started yesterday .....hu~

but it's ok ^_^

Wednesday, January 5, 2011

~itu bukan saya....


ternyata
itu bukan saya

bukan diri saya

bukan cara saya

tapi kenapa saya menjadi itu

mesti kerana 'sesuatu'


ciptaan agungNya..

tanpa rupa tapi boleh dijelmakan

tanpa suara tapi boleh diiramakan

walau itu bukan saya

tapi saya menjadi itu keranaNya


ainulanique
TTDI Jaya, Shah Alam
05|01|11 - 06:45pm

Tuesday, January 4, 2011

~anatar bisikan dan bicara


ada bisikan
bukan di telinga
tapi di hati
dari siapa?
syaitan?
atau petunjukMu

jauh...dalam...lubuk hatiku
aku mengharapkan
itulah petunjukMu

ya Tuhanku....
kita bicara
hanya AKU dan KAMU
istajibillah du'aai

ya,
bicara Aku dan Kamu

Monday, January 3, 2011

~hanya kerana DIA


rungut
dengus
tak puas hati
iri hati
itulah rasa dan perisa
yang sering berlegar dalam hati, minda dan jiwa kita
sebagai hambaNya
acapkali
acapkali di hadir
tak pernahkah sehari dalam hidup ini
kita bebas dari semua rasa ini??

siapa yang sempurna?
tiada yang lain selain DIA
kerna itu
di jadikan KITA
AKU dan KAU
jua MEREKA
agar kita hidup saling melengkapi
bahagia membahagiakan
selamanya.....

kau untuk ku
aku untuk mu

kita untuk DIA

Saturday, January 1, 2011

~bagai bunga api di hati


alhamdulillah
berakhir sudah 2010
tapi, last n3 for last yr, gagal di pos
but it's ok...hehe ^_^

recap 2010

macam-macam yang dah berlaku sepanjang tahun ni. permulaannya...hurm baik alhamdulillah... tapi ibarat lautan yang luas terbentang, iklim dan kondisinya sukar dijangka, ada air mata mengiringi ketawa gembira, ada segaris senyuman mengiringi air mata yang mengalir....

dapat kerja baru, beli motor dan kereta, accident dengan askar masa mlm birthday(trauma ni), hurm declaration (haha), khatam swimming lesson, sakit seminggu, kemurungan, project run away ^_^.... dan banyak lagi!!!

terima kasih buat semua yang berada di sisi saya, walaupun 2010 tidak berakhir dengan capaian KPI yang saya rancangkan....tersasar.... namun saya masih bersyukur kerana warna-warni kehidupan 2010 tidaklah semalap dan sepudar warna mendungnya awan...calit-calit cahaya dan warna2 alam yg ceria masih ada di sini sana... terima kasih semua.... saya sayang kamu...ya kamu juga =)

Harapan dan azam 2011

segala yang berlaku sepanjang 2010 menjadi satu garis panduan dan neraca timbang untuk saya menyusun dan merancang KPI 2011. Apa? saya dah merancang beberapa perubahan dan perancangan yang bakal dan mesti saya capai....my KPI.... tapi secara ringkasnya cukuplah saya katakan, KPI tahun 2011 adalah untuk menjadikan kehidupan di tahun 2011 lebih menarik dan berwarna-warni.... biarkan warna-warni bunga api, berkilau di hati..... ^_^

selamat tahun baru 2011 buat semua ^_*