Friday, August 6, 2021

Rutin jaga kucing sporo.

 Helo semua. Sehari dua nk kes Covid-19 di Malaysia dah cecah 20k. Allahuakbar. Tak tahu dah nak react macam mana sebab angka-angka ni memang expected akan keluar due to new variant. Negara-negara lain pun dah ada yg lockdown balik. Huhuhu 

Marilah kita berdoa kepada Allah semoga segera Dia angkat segala sakit dan masalah yang melanda dunia hari ni. 

Baiklah, kembali kepada topik utama kita hari ni. Masa aku tulis post ni, hari ni dah hari ke-14 aku rawat Atan yang kena sporo. Hari ke-1 sampai hari ke-12 alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Gabungan inox + ps herbs memang membantu. Dari luar dah nampak kering cuma ada beberapa bahagian yang luka besar ada air sikit.  (Apa jadi pada hari ke-seterusnya?—- tunggu....)

Rutin aku akan bermula dengan bersihkan cage dulu. Since dalam rumah ada 5 ekor kucing lain selain Atan, so benda yang paling utama sebelum memulakan rutin ialah pastikan tak ada kekucing lain dkt area cage Atan. 

Sebenarnya kami tempatkan Atan dekat hujung wet kitchen, hujung wet kitchen tu memang ada satu area tersorok tempat ‘toilet’ kucing. So tak jauh dari situ kami letaklah cage Atan. 

Mula-mula nak letak dalam rumah je sebab kesian nanti dia boring, tapi husband aku tak nak dia kata macam x proper la untuk kita yg dah pernat kerja seharian yg memerlukan ruang untuk berehat-rehat yg wangi dan selesa. Maka aku pu redhoooo.

Dekat belakang pun, Atan tak terabai ok. Aku pasang kipas hala ke dia 24jam, dan pasang ubat nyamuk juga 24jam. Selain dari tu kalau ada masa terluang aku akan lepak depan cage dan belai-belai badan dan kepala dia sikit—- lepas tu cuci tangan dengan sabun tauuuuuu. 

Ok sambung balik. Lepas dah pastikan kekucing semua tak dak, barulah aku pakai sarung tangan dan keluarkan Atan.Masa tu dia berlegar-legar dalam ruang dapur sekangkang kera tu. Aku biar je, at least dapatlah dia berjalan banyak tapak sikit. 

Lepas tu aku siapkan makanan dia. Aku beli Cindy Recipe yang tin kecik 80g banyak-banyak buat stok. Sebab murah dan kekucing aku suka. So aku tuang 2/3 dalam mangkuk makanan dia, pecahkan ubat selsema kepada 4 dan sorok-sorok dalam makanan tu. Ubat inox tu aku tabur je atas wet food tu. Lepas tu bagi dia makan. Lagi 1/3 buat apa? Ha saba jap. 

Sementara atan makan, aku bersihkan litterbox dia. Since aku guna tofu, takdelah bersepah sangat pun. Buangan dia pun x banyak biasanya ada sejemput poo dan sejemput pee je hhehe. Yang bestnya pakai tofu ni, selain x sepah, tak berdebu, bau busuk pun hampir tak dak ok. 

So sebelum masukkan balik litterbox dia, aku spray semua keliling cage tu dengan air bancuhan clorox. Especially area yang ada possibility dia sandar dan sondol. 

Keliling cage (bahagian luar) aku sembur dengan K.O insect. Tujuan dia untuk bunuh / halau semut dan lalau mahupun serangga-serangga yang akan memudharatkan. K.O insect ni aku beli dari ayah Ainul Mardhiah. So far, aku suka sangat sebab dia natural takde bahan kimia dan sebagai baker, memang selamat sangat digunakan. 

Ok, lepas tu aku tukar air, top up kibbles (kibble aku x letak banyak sangat sebab dia dah makan wet food biasanya tak makan kibble sangat lagipum aktiviti fizikal dia apalah sangat.) yang penting air kena selalu renew at least sehari sekali dah make sure sentiasa banyak sebab kata orang inox ni buat dia nak minum banyak. 

Lepas tu barulah apply F7, P1 dan cream S3. Macam mana nak apply? Ha yang ni part yang paling mencabar sekali dalam rutin ni. Proses nak apply ubat ni bermula dengan sparay F7 lepas tu tabur P1. Masalahnya luka Atan ni dekat tepi badan. Nak spray xde masalah, tapi nak tabur serbuk tu jenuh weh. Memang kena buat berdua. Sbb mungkin serbuk tu pedih sikit, Atan selalu mengamuk-amuk bila kena. Aku kesian...tapi demi kebaikan dia aku kuatkan juga hati 😭😭😭 cream S3 tu sapu tang hidung ja. So far luka kat hidung dia x teruk. Punca ada tu pun sebab dia sondol-sondol dinding cage. Jadi melecet dan seterusnya—-hmmm begitulah. Perlu diingatkan bahawa kucing yang dah kena sporo sekecil-kecil luka akan jadi teruk dan lambat baik. Sebab tu kena careful. 



Ok lepas tu barulah tukar collar dan masukkan dalam cage balik. Collar tu aku beli banyak hahaha. Tukar setiap 1-2 hari. Lepas cabut rendam dalam clorox 1 malam, esoknya cuci dalam mesin basuh letak clorox lagi, dan jemur sampai kering. Then biar jelah dia rest dalam cage tu. Kadang tu x rest pun, mengamuk lebih. Nak keluar, nak menggatal pun maybe juga. Huhu

Malamnya barulah aku keluarkan baki 1/3 wet food tadi untuk bagi ubat selsema sebiji lagi. Teknik ni aku guna time ni je. Kalau bukan sporo memang aku jolok direct dalam tekak dia. Huhu



Begitulah rutin harian menjaga Atan yang terkena Sporo. Buat uols yang sama-sama dalam perjuangan menjaga anak sporo ni, gambate!!!! Kita boleh melakukannya! 


Monday, July 26, 2021

Atan kena sporo T_T

SPORO. Sepanjang bela kucing inilah antara penyakit yang paling aku takut kalau-kalau terkena pada kucing. Sebab melalui pembacaan, penyakit ni boleh menjangkit dekat manusia. Dari pembacaan, dulu-dulu kucing macam ni orang akan buang jauh-jauh sebab takut menjangkit dan tak tahu cara nak rawat. Tapi sekarang selain rawatan klinikal ada juga rawatan alternatif yang boleh rawat penyakit ni. So JANGAN BUANG KUCING!!!!

Apa itu sporo? Sporo atau nama penuh dia SPOROTRICHOSIS ialah jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat sporothrix schenckii (baca lanjut dekat sini). Asalnya Atan ni suka keluar malam dan tak nak balik. Sesekali je dia balik untuk makan dan nap. Bila dekat luar dia ada bergaduh dengan kucing lain.

Suatu hari Atan balik dengan luka di badan dan belakang telinga. Asalnya kami biarkan je sebab macam tak teruk sangat, dengan assumption yang luka tu akan baik sendiri. Lagi pun Atan dan complete vaksin. Dari pembacaan, kucing yang dan vaksin ni kalau luka boleh cepat baik, hurm entah fakta atau auta.

Hari berganti, luka tu still basah lagi dan ada yang makin besar pula. yang dekat telinga pun nampak makin besar sebab dia suka garu. Masa ni dia masih selalu keluar-keluar rumah. Sesekali kami bagi dia makan jelly gamat, sebab pengalaman sebelum ni, kalau kucing luka dari bergaduh kami sapukan dan bagi makan jelly gamat luka cepat baik. 

Tapi, dah bersilih minggu, luka dia nampak makin basah dan besar. Dia pun asyik tidur je. Maybe sebab sakit kot. Jadi kami nekadlah nak bawa ke vet. Memandangkan tengah PKP yang tak berkesudahan, semua vet kena buat appointmnt dulu sebelum datang. Aku pun whatsapp Puteri Oasis Veterinary Clinic untuk appointment. Masa tu hari Rabu. Staff dia kata, slot penuh sampai jumaat. Maka dapatlah slot Hari Sabtu petang. Tak apalah janji dapat. 

Tapi aku tanya juga sementara nak tunggu Sabtu, saya kena buat apa dengan luka ni. So dia kata kena cuci dengan iodine dan pakaikan collar. Kebetulan collar corong bekas 'Arwah' Aminah masih ada, so pakaikan lah. Masalahnya Atan tak selesa dan dia susah nak makan dan minum pulak. haish....mulalah aku skrol shopee nak cari collar bantal (ellizabeth collar). Makan terjumpalah sorang seller ni dia based di Kota Damansara. Aku terus deal untuk minta Lalamove pick up. 

Collar tu ada saiz S-L, aku beli saiz M dengan harapan ok lah. Tapi rupanya dia still boleh capai luka yang dekat peha hujung sekali. haish..

Hari appointment pun tiba. Masa sampai tu, doktor Sameerah tengok Atan. Dia tanya, "Sporo ke?". Masa tu aku tak terfikir tu sporo sebab gambar-gambar yang selalu aku tengok, luka sporo start dekat hidung. So dengan yakin aku cakap "Rasanya bukan, sebab luka-luka ni dia dapat sebeb bergaduh".

Tapi sebab aku rasa was-was, aku pun minta untuk cek sama ada sporo ke tak. Sebelum tu aku tanya dulu "mahal tak?" hahaha doktor kata, "tak lah. RM25 je." so aku proceed je lah. Sebelum dapat result tu doktor dah shave tempat luka tu dan bersihkan guna iodine. Memang mengamuk-amuklah si Atan. Pedih kot. huhu kesian Atan.

Tunggu punya tunggu, Dr Sameerah masuk dan bagi tau "Confirm Sporo", sambil dia tunjuk gambar dari mikroskop. Masa tu aku cuba nak rasional diri sendiri. Aku takut tapi perasaan kesian dekat Atan tu lebih lagi.

First aku tanya doktor tentang cara nak handle, cara nak rawat, ubat apa kena bagi, berapa lama nak sembuh. Semua aku tanya. Yang bestnya tentang doktor-doktor dekat Puteri Oasis, (especially Dr Sameerah), diorang memang akan jawab je apa2 persoalan dengan tenang dan berhemah. Kadang aku tanya berkali-kali pun dorang layan. Almaklumlah, 1st time. Memang men-cuakkan.

So, apa yang Dr cakap ini yang aku dapat take note.

1. Balik rumah kena asingkan dari kucing lain. Kurung dalam sangkar.

2. Kena cuci luka daily dengan iodine. Pastikan pakai collar, kalau tak nanti dia asyik jilat susah nak kering luka.

3. Sangkar kena cuci hari2 guna clorox.

4. Handle Atan kena pakai sarung tangan, elakkan dari kena cakar atau kena gigit sebab boleh menjangkit.

5. Kena bagi ubat Inox, half tablet daily. Tak boleh skip. Ni ubat yang paling murah iaitu RM3.50/biji. Slow sikit nak sembuh dengan ubat ni sbb ni bukan ubat yang kuat. Lepas sebulan-dua, tengok progress. Kalau lagi teruk kena bagi ubat lain, yang tu mahal sikit around RM15/biji. Cuma kelemahan Inox kalau makan lama2 akan affect pada liver dan maybe kena ambik ubat for liver juga nanti. fuhhh...

Lepas tu aku tanya, "kalau menjangkit dekat kita macam mana?" Doktor jawab, "kita kena makan ubat yang dia makan". huhu

So, total kena bayar that day RM200, sekali dengan service cuci luka dan check up new kitten, named Anum. Masa tu aku bayar je sambil dengan otak yang kosong. huhu. 

mempersembahkan...rawatan atan yg dalam kotak merah tu. Total untuk dia sahaja RM200-RM30, kiralah sendiri.

Dalam kereta aku explain dekat husband apa yang kena buat bagai. Jadi, on the way balik tu kami terus beli pet pad sheet, top up tofu dan beli extra collar. Kenapa pakai tofu? Sebab kalau pakai pasir, if pasir terkena pada luka, luka boleh jadi lebih parah. Collar pun aku beli yang saiz L terus. beli dua supaya boleh basuh dan tukar ganti.

Sampai je rumah, husband terus set up cage. Atan memang kami tak keluarkan lagi dari carrier. Plannya nanti keluar je carrier terus masuk cage. So bekas poo dan siap set up, bekas makanan dan air dan lapik guna pad sheet. So, cage dah settle, aku terus tukar collar Atan dan masukkan dalam cage.

Kesian sebenarnya. Sebab kucing-kucing kami selama ni hidup bebas. Cage tu pun dah bertahun tak dipasang. Aku kurang kisahkan tentang kami yang kena uruskan Atan setiap hari. Tapi kesian betapa stressnya dia nanti. Financial pun aku kurang kisah, bukan sebab aku banyak duit, tapi kucing-kucing ni dah macam family, selagi ada yang boleh korek, kami akan korek nanti. Yang penting Atan mesti diselamatkan.

So, malam tu as expected, aku tak boleh tidur. Dok skrol blog dan fb nak cari kekuatan dan kumpul maklumat lagi pasal Sporo dan cara rawat. Antara blog yang aku baca ialah Niki Ada Abdullah , Dhia Vivadea  dan terjumpa pula pasal rawatan alternatif dari PS Herbs . Yang PS HErbs ni, Niki Ada pun guna untuk rawat kucing dia si Pippin.

So, pukul 2 pagi aku whatsapp terus PS Herbs ni untuk tanya. Dan esoknya terus beli produk yang dia rekomen since aku tengok banyak juga testimoni kucing yang sembuh dari sporo. Masa tu En Amin (founder PS HErbs) minta tengok gambar Atan. Sebelum aku bagi gambar tu, aku cakap yang luka-luka dia di badan dan belakang telinga je, hidung tak ada. Sekali time aku ambik gambar aku tengok hidung dia dan start bengkak dan calar-calar sebab dia mengamuk dalam cage dan sondol-sondol besi cage tu huhu.

Tengoklah hidung dia dah start ada calar. Ni masa pagi Ahad. Pad sheet dia dah basah sebab dia mengamuk-amuk dan tumpahkan air. Malamnya pangkal hidung dia tu dah bengkak sikit. Muka kesian kan Atan sebab nak minta keluar. Kesian sangat.

Yang belakang telinga ni luka yang paling besar sekali. 

Luka dekat badan. Nampak macam kering sikit sebab semalam doktor dah kasi injection juga selain dah makan inox hari ni. Tapi dekat pad sheet tu ada juga kesan darah.

Melalui pembacaan aku, kebanyakan yang bagi makan Inox ke kucing akan bagi juga makan supplement untuk liver called Himalaya Liv.52. So, aku pun texted la vet tanya tentang keperluan supplement ni. So dia kata, "semalam doktor dah explain, lepas sebulan baru perlu". Lepas tu aku reply "sorry banyak tanya, sebab semalam tak ambik nota 😅" Lepas tu dia reply "Kalau inox lepas sebulan dua baru perlu ambil (supplement). Of course kalau nak ambil sekarang pun ok cuma liver supplement tu mahal sikit. Jadi kalau tak ada keperluan tak perlu dulu." Aku pun tunjuk gambar supplement liv.52 tu tanya boleh bagi ke, dia reply "boleh".  So, aku macam nak beli jugalah dari shopee nanti.

So, yeah. Bermulalah episod kami sekeluarga merawat Atan yang terkena Sporo. Mohon doakan ATan akan segera sembuh, kurang kesakitan dia, semoga dia tak stress dan kembali menjadi Atan yang nakal. InsyaAllah kami akan dokumentasikan pengalaman merawat Atan ni dan semoga kita sama-sama beroleh ilmu. Wallahua'lam.