Thursday, May 26, 2011

~padahal

aku diam aje bila kena paksa balik lambat
padahal malamnya aku nk g dating

aku diam aje bila kena paksa extand tarikh resign
padahal hati aku dah melompat-lompat nak balik kampung

aku diam aje bila selalu kena paksa (dgn cara yg misteri)
padahal aku tertekan!!!

Monday, May 23, 2011

~yang redha

gambar dari : Delicate

membaca dan mendengar kisah tanah runtuh yang melibatkan rumah anak-anak yatim di Hulu Langat benar-benar meruntun jiwa dan sanubari saya sebagai seorang manusia normal. Dalam hati berdoa, 'Ya Allah kuatkanlah hati mereka2 yang masih terselamat. Kuatkanlah hati waris2 keluarga yang terkorban. Tempatkanlah mereka di kalangan org2 yang beriman".

Ya, redha!
Pagi tadi dalam ulasan fedtri di MHI tentang kejadian tu, satu perkataan itu benar2 melekat di hati saya. redha. antara tingkat tertinggi dalam iman. Redhalah dengan ujian. Bak petikan filem Nur Kasih, "Bila Allah mengambil sesuatu, Dia akan turunkan rahmat yang lain". Jadi redhalah dengan ujian.

Bila sebut tentang redha. Sejauh mana takat redha kita? Jom renungi berapa bakul keluh kesah kita atas ujian Allah? berapa banyak ungkapan "kalaulah tidak begitu, mesti tidak jadi begini..." MasyaAllah... lupakah kita pada rukun iman ke-6 iaitu percaya pada Qhada' dan QadarNya? Astaghfirullah al-azim~ lupakah kita bahawa "setiap sesuatu yang terjadi di dunia ni, tak ada yang sia-sia. Semuanya akan ada hikmah di sebaliknya".

Saya di uji. Kamu pun di uji. Ujiannya kecil. Pun boleh jadi x makan x tidur. Ujian dan masalah diulang-ulang fikir. Sudahnya murung, menangis dan putus asa. Sedangkan Redha mengajar kita menjadi kuat, tabah, cekal dan sentiasa bangkit dari jatuh, keluar dari kegelapan.

jadi, Redhalah.
ya, dalam usaha menjadi yang redha, carilah dan berkawanlah dengan orang yang redha juga. Percayalah, apabila kita redha, jln di depan mata akan terasa lebih luas dan mudah.

Jom kita berusaha menjadi yang redha.
saya redha
kamu redha
moga bertemu dengan yang redha
dan yang Maha Redha

Friday, May 20, 2011

~menjadi yang tak apa-apa


Photo by : Saint - 27

susah.
payah.
untuk menjadi seorang
yang tak apa-apa
sebab pada hakikatnya
memang ada sesuatu
walaupun terpaksa
bibir manis mengukir senyuman
dalam hati terasa sembilu

baik2 menebang tebu
walaupun manis tapi ngilu

ye,
mulai esok,
saya ok!
saya akan ok!
dan sentiasa ok!

ye,
saya tak apa-apa
dan
tak kan apa-apa!

Thursday, May 19, 2011

~kerjaya pertama


picture by : Cel-Dreams



Khamis lepas adalah hari yang paling sibuk pernah saya alami. Hari tu, keupayaan saya sebagai seorang traveller memang teruji habis la. Dari Shah Alam saya drive ke rumah Cdot di Rawang. Lepas tido dalam 3 jam, seawal 4 pagi saya dah bersiap untuk temankan Cdot untuk ambil Jajai di Sg. Buloh. Lepas tu baru jumpa dengan Incik Hanafie di tol Bukit Beruntung. then bermulalah journey yg panjang. Bukit Beruntung - Ipoh - LCCT Sepang - Kota Kinabalu!. Fuhh~ Mujurlah Incik Hanafie tu nak jugak tolong menjadi 'pilot'. Thanks si abah!

Kerjaya pertama. Apa kerjaya pertama anda selepas graduasi? petani? kerani? pegawai? apa?

Di Ipoh, selepas keluar dari bilik temuduga, saya di panggil oleh seorang mak cik yg mne anak dia pon sedang dalam bilik temuduga. Dengan semangatnya mak cik tu bercerita tentang anak dia yang baru tamat belajar di UiTM Shah Alam.

mak cik : jawatan apa yang interview tadi dik?
saya : PFE. anak makcik?
mak cik : ntah, dia dtg surug interview aje (dalam hati; eh xkan dtg interview x tau). Anak mak cik tu banyak dapat panggilan interviw. baru-baru ni dia dapat interview di Hartamas. Tapi gajinya RM1600 aje.
saya : Dia terima tak?
mak cik: eh, sikit sangat tu. kalau dapat RM1800 sedap lah sikit (dlm hati : amboi demand). lepas tu dapat lagi kat tempat lain. basic RM1800 tapi kne keje shift malam.
saya : ok la tu. tapi dia tahan x?
mak cik : tak tahan. langsung dia tolak. (saya senyum aje)

kerjaya pertama. kenapalah memilih sangat? orang lain bukan main susah lagi nk dapat kerja lepas graduasi. huhu..

lepas2 tu, saya terus keluar dari bangunan tersebut dan terus berlari mendapatkan Incik Hanafie "Abah, org dah habis. Jom balik!"

dan perjalanan kami pun di teruskan. dalam hati masing2 cuak memikirkan. 'sempat ke nak sampai lcct sebelum pkl 3pm?'


Wednesday, May 11, 2011

~fight for it!!!


photo by : Brvno


ye, walaupun esok adalah antara hari yang tough dalam hidup saya..
saya rasa macam x sabar nak melaluinya
esok saya akan jd traveller
real traveller
rawang-ipoh-sepang-Kota Kinabalu!!!!

i believe i can fly!!!!
wuuuu~ (bunyik kapal terbang)

Monday, May 9, 2011

~emak suka la....


seronoklah balik bercuti. lagi-lagi bila k.long, k.ngah, abang & zue xde...emak menjadi milik mutlak saya lah jawabnya....hahaha... dari melangkah masuk rumah, sampai pejam mata...sembang..sembang..sembang... best sangat!!! (jgn mrh ye korg sumer..kekeke)

bila duduk berdua aje dgn emak ni, senang nak cerita. x ada la anasir2 luar nak ganggu gugat..kekeke... start dgn recap blk cerita "anis" sampailah cerita sawah, bendang, pokok cili, ikan wadik...hehehe...emak2...

emak saya emak terbest dalam ini donia tahu!
selamat hari emak walaupun sbnrnya hari2 yg sy lalui memang hari emak...
sayang emak
luv u...
mmmuah!!!!!

thanks emak sbb restu ^_^

Thursday, May 5, 2011

~drama sebabak


kelakar pun ada kesian pun ada. sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal cerita. hanya curi-curi jeling dan curi-curi pandang.

alkisah, semalam semasa menunggu 'Burger Ayam Special Ala Ecah' dekat satu stall burger ni (sebab kempunan nk memancuk hempalam), saya telah melihat satu drama sebabak antara seorang emak (saya syak dia emak sbb dia bahasakan diri dia emak) dengan seorang anak teruna (maybe, sbb dia bahasakan nama dia n panggil that woman emak).

antara ringkasan drama tu lebih kurang macam ni. Si emak mungkin telah mencarikan jodoh untuk si anak. Si anak hanya menyerahkan semua tugas2 tersebut kpd si emak. Tarikh dah ditetapkan, tapi mungkin belanja kahwinnya belum cukup. Si emak menyebut2 belanja catering, pelamin dll. Si anak buat muka x sure. Last2 si emak cakap camni " Tu la, dulu lagi emak dah kata. kalau kau bayar sikit2, masukkan dlm akaun emak mesti dah cukup". bila saya jeling lagi, si anak pun jeling kat saya. oopss...terkantoi sudah! haha

lepas tu saya dah tak dengar sangat intipati drama mereka sbb sibuk meneliti si abg burger menyiapkan burger special saya tu. almaklumlah, burger saya tu special sgt...tak mahu perasa tambahan seperti MSG, Black Paper powder atau BBQ sauce . Cukuplah sekadar sos cili dan mayonis. sayur pulak mesti di letak di luar roti...hahaha (banyak songeh x?) keke

*memancuk hempalam (terma bahasa banjar) yang bermaksud satu aktiviti menikmati buah pelam yang kadang2 di cecah dgn garam, kicap, atau kuah rojak. Aktiviti ini lebih enak kalau dinikmati di waktu petang yang damai, di atas pangkin yang didirikan di bawah pohon2 mempelam...wu~ bestnye!!!!!


Wednesday, May 4, 2011

~Choosen One


picture by : Vazaika


Pilihan. Ye, pilihan. Bila harus memilih. Ah, alangkah sukarnya. Padahal, pilihan ada di depan mata.

Sempurna. Tak. Tak semua benda sempurna. Aku tidak sempurna. Mereka? Ya, semua ada kekurangan. Sejauh mana kita mampu menerima ketidaksempurnaan. Pada diri sendiri. Pada orang lain.

Penerimaan. Jangan mengharapkan orang menerima diri kita seadanya. Seandainya kita sendiri tak mampu menerima orang lain seadaanya. Lapangkan dada, buka mata hati. Nescaya dunia kamu akan menjadi lebih luas dan lapang.

Istimewa. Ya, memilih yang istimewa. Dan anggaplah setiap yang kurang dan tidak sempurna itu sebagai sesuatu yang unik dan tetap istimewa. Biar apa kata mereka, kerana mereka tidak merasa. Lantaran mereka tidak memahami betapa istimewanya kekurangan itu.

Ye, terimalah seadanya.

Kerana kau dan aku...
Kita semua tidak sempurna...
Kita semua istimewa...

Tuesday, May 3, 2011

~kan dah kata


sekali aku melangkah, akan aku berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang lagi!

ye haa!!!