Monday, August 25, 2008

Ogos yang akan diingati...

Sekali lagi kita bertemu dengan bulan Ogos. Seperti tahun-tahun sebelum ini, bulan Ogos adalh antara bulan yang sangat diingati oleh kita semua kerana padamm penghujung bulan ini kita bakal menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan nega kita, Malaysia iaitu pada tanggal 31 Ogos.

Namun, apa yang saya sedihkan hari ini ialah tentang semangat rakyat Malaysia yang seakan-akan telah pudar kepada sambutan hari merdeka. Entahlah, masing-masing mungkin ada alasan yang tersendiri untuk dinyatakan atau mungkin masing-masing sudah ada cara sendiri yang mungkin lebih berkesan untuk menyembut hari bersejarah ini.

Namun bagi saya, apa yang saya lalui di kampus hari ini sangat berbeza dari beberapa tahun sebelum itu. Saya masih ingat ketika saya di tahun satu, banyak sungguh aktivi-aktini yang dijalankan oleh pihak kolej dan universiti untuk meaikan hari yang memnwa sejarah dalam negara kita ini. Antara yang saya masih ingat ialah larian merdeka, tayangan filem2 tentang perjuangan dan pengorbanan serta pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan. Mana tidaknya, saya turut menjadi wakil kolej pada ketika itu.

Tapi apa yang saya perhatikan hari ini, sudah hampir tiada aktiviti-aktiviti seperti itu. Saya tidak pasti puncanya. Apakah pihak perwakilan pelajar di peringkat pusat dan kolej sudah ketandusan idea atau mungkin tiada masa yang sesuai untuk melaksanakan apa2 aktiviti lagi. Saya tidak pasti. Jalur Gemilang yang dibanggakan juga hampir kelam dari pemandangan kampus.

Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah apabila mendapati yang dikalangan mahasiswa hari ini (sering dilabel sebagai golongan intelek oleh masyarakat) sudah lupa akan hari yang bersejarah ini. Saya pernah berborak dengan seorang junior dan ada satu ayat beliau yang mengejutkan saya "eh..hujung bulan ni, kita sambut merdeka kan? lupa pulak!!" sampai begitu sekali Ogos dilupakan dan mungkin hampir ditinggalkan. Saya sangat kecewa, kerana sebagai orang yang cintakan negara ini, serta bernaung di bawah persatuan yang berjuang meningkatkan mutu bangsa sendiri, pernyataan seperti itu, amatlah mengecewakan.

Mungkinkah ini semua berlaku akibat pergolakan politik yang berlaku dalam negara kita hari ini??? Apakah kerana itu, kerajaan lupa untuk melakukan kempen kemerdekaan secara radikal seperti tahun2 sebelumnya, atau apakah juga kerana pening memikirkan masalah ini, semua warga universiti pening kepala dan hilang semangat untuk menyambutnya?? Kalau benar, memang pergolakan politik kali ini begitu besar maknanya kepada semua rakyat Malaysia. Ia mungkin akan menjadi sejarah dalam peta Malaysia. Apa-apa pun, saya masih belum pasti.

Cuma sekelumit harapan saya utarakan di sini. Biarpun tiada sambutan yang 'grand' seperti tahun2 dahulu, janganlah sampai rakyat negara ini lupa akan sejarah merdeka, janganlah sampai lupa akan sejarah2 wira bangsa kita, janganlah sampai hilang semangat juang dalam diri kita.

Kepada semua rakyat di Permatang Pauh, lakukanlah kewajipan anda dengan sebaik mungkin. Mintalah petunjuk daripada Allah. Semoga kita semua di golongkan dalam golongan hambaNya yang diberi petunjuk, amin... Sedarlah bahawa anda bakal mengubah nasib negara kita jika salah membuat pilihan....

p/s : tak payahlah gantung bendera terbalik ye...sedih saya melihatnya..
putuscinteputuscintesedihsedih. dan cubalah baca catatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya..http://test.chedet.com

Thursday, August 21, 2008

Tuesday, August 19, 2008

biLa kasiH bUkan miLikku laGi

hari-hari yang berlalu terlalu payah untuk dilupakan

kenangan demi kenangan adalah menjadi satu milik abadi

yang terselit sampai mati di sanubari

cinta bukanlah mudah untuk dijadikan sebuah lukisan

ukiran, mahupun tulisan

senadainya ingin menyatakan perasaan itu kepada sesiapa pun

maka ianya terpendam jauh ke dalam lubuk hati

sehingga kadangkala menimbulkan rasa resah, gelisah

dan perasaan bagaikan bergelodak

maka ianya terpendam jauh hingga ke dasar hati

sehingga mampu mewujudkan sebarang teka teki yang gila-gila

maka lahirlah rasa suka, duka, rindu, kecewa, cemburu, hampa...


ianya ibarat api dan bara

jika di padam, kita kesejukan

jika dibiarkan pula,

bisa membakar diri

laksana jarum yang menusuk ke dalam hati

jika dicabut, tetap terasa sakitnya walau sedikit

jika dibiarkan pula, sakitnya akan menusuk perlahan-lahan

sehingga akhirnya menjadi barah yang sukar diubati


Allah akan bersama hambaNya yang tulus

ikhlas dan berhati suci dalam percintaan

biarpun kekasih telah menjadi milik orang lain

biarpun kekasih telah menjadi orang lain

"kalau kekasih itu milik kita..."kata takdir

maka dialah yang diciptakan untuk kita selama-lamanya...

Sunday, August 17, 2008

bunga Api

hai..... ha...malam tadi kan, aku g tengok pertandingan bunga api kat Putrajaya, bes.... tapi penat je, datang kul 9.00 mlm, startnya kul 10 plak, persembahan tu dari China, setengah jam persembahan dia, bes ar...mcm2 formasi ada....klu korg berkesempatan, dtg la...tp jln nk g n blk jam sket la..huhu
senyumkenyit

Saturday, August 16, 2008

tak Siap2 lagi??

hai...sebenarnya aku tengah pening gak ni, novel yg aku buat ntah bila ntah nak siap, dah nk msk 3 bln dah ni, huhu..tula..dlu beria2 sgt aku ni nk publishkn idea dlm bntk novel, skang timelah padahnya, huahua....bikan aku x mo wat, tp xde mse, ble ader mse lak, kering idea...adus!!! xpe2...cepat bg semangat kt aku!!!

Hari- hari Yang Memeningkan

uisk! da lama rasanya x update blog aku ni. huhu, bukan pe, aku cam xde mse cket, almaklumlah semenjak berkecimpung di arena tahun 3 ni, bz aku bkn main lagi, kne berulang-alik g FUU (fakulti Undang2) lagi tuk cari kes2 dan sebagainya la. fuh...penat sey....tu belom lagi aku pk psl prog2 aku yg byk lg utk di follow up, x abes ngan kursus, D'Born (Delegasi muhibbah ke bumi borneo) n O'Ganu (OPKIM terengganu) plak menyusul, aku pegang post yg penting plak tu tuk kedua2 prog besar tu... alamak....hancus aku!! huhuhu



dalam pd masa sibuk2 tu, aku kne plak wat keputusan yg plg pntg dlm idop aku. apa dia?? huhu biarlah aku je yg tau, cukuplah aku ktekan yg keputusan tu mmglah sgt pntg, sebab dia mmg menentukan kehidupan aku di kemudian hari, pergh...sakit sey nk wat keptusan cam tu, x pe la, aku still doa lagi ni tuk mohon petunjuk, harap2 Allah tunjukkan. amin....



hmmm.....sbnrnya aku tgh miss ngan kengkawan aku yg tgh berLAI ni...Bam, Yana, Pzah, Cdot n Zin, msg sibuk la tu, dorg ni pn 1, bkn reti nk dtg UKm, dlu time aku LAi aku trn gak time weekend, huhu...tp xpe, hopefully ktr jmpa time TOT nnti ea??

sebut psl TOT teringat lak, TOT ngan en. jamal next week, cuak je, camne la gaya yg dia nk buat, teror tul pak cik tu, klu dia nk wat pe2 cam petik jari jek, on terus...cayalah...alah....org ader kuasa, haruslah boleh kn???

aku pn da x tau nk merepek pe lagi..sebenarnya aku kena tinggal sorg kt blek ni, dak2 lain sumer g kenduri kak zana n abg razi (super senior aku yg kawen dlm batch)..huhu...hmmm...xpe la, x sabo nk tgu dorg blk..k, aku chow dlu..wslm

Tuesday, August 12, 2008

Soal Hati???

Kau hanya wajah biasa di mataku
Pasti lenyap sederas tibamu
Tak perlu aku memikirkanmu selalu
Kau tiba paa waktu tak terduga
Dalam mimpi dan di dalam jaga
Sehingga aku bukan diriku yang dulu
Soalnya hati, sukar dimengerti
Apa terjadi diluar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan rindu
Kau yang biasa kini istimewa
Engkau membuat hidupku berubah
Yang ku cari-cari selama ini
Telah ku temui

....lagu ni pernah juga jadi kegemaran aku masa aku sekolah menengah dulu. Sebabnyer, lagu ni ada kat dalam satu novel tu. So, aku pn dok ngapal la lagu tu...bes plak maksud dia kn?? cam kena jek dengan kehidupan seharian kita..huhu

Monday, August 4, 2008

tahniah abangKu

Alhamdulillah....tengahari tadi aku dan keluarga dah selamat menghantar rombongan meminang untuk satu-satunya abang aku. Huhu..macam tak percaya je abang akan berumah tangga gak akhirnya. Iyelah, bila nak ingat zaman kami kanak-kanak dulu, betapa nakalnya dia...sekarang dah nak pikul tanggungawab yang besar pula.... good Luck la bang!!!

teringat jap kat zaman kanak-kanal dulu. Siapa kawan abang, dialah kawan aku gak. Dia main berudu, aku join..G cari buah berangan, aku join gak, g main gelongsor kat parit lembu pun aku join, x dilupa g tangguk udang kat kolam wak Mehat pun aku join..hahaha....sebab tulah terhasilnya aku yang sekarang n...lasak dan ..tut..tut..hahahaha...

Tapi tu semua kenangan yang memang bes, bila dah besar, pandai pulak aku malu dengan kawan2 dia dulu, padahal dulu selamba je main sesama. Aku ingat lagi, abah siap ada buatkan pondok kecik lagi kat belakang rumah. Yang besnya pondok tu siap ada toilet lagi. Sanggup pulak kitorang angkut2 air demi nak simpan air kat 'toilet tu'. Pondok tu tak ada dinding, so bila nak ujan aku ingat lagi mamat (kawan abang aku) dia amik secarik kain untuk tgk mana arah angin. pastu kitorang pun amik daun pisang tuk buat dinding..pandai kan kitorang..hahaha

pastu, bila lapar pulak, kitorang pun amik makanan kat rumah masing2 n bawak ke pondok tu...bes nye.... bila dah lama2 kitorang dah boring main tu, pondok tu pun mak dah buat macam stor. sumer barang tak guna dia sumbat kat situ (ntah apa2 ntah), so kitorang berhijrah ke arena khemah2 plak... masa tu kitorang ske sgt makan jagung dlm tin tu. so ktrg pun collect la dwet sorang cket demi nak beli jagung tu, harga dia time 2 RM2... makan pun sorang cket jek, sebab takut abis...padahal bila lama2 abis gak benda tu...huhuhu

banyak lagi pemainan yang bes time tu, semuanya kenangan dgn abang, time tu kreatif betul sampai aku rasa apa yang kitorang lalui bukan main2 tp mcm real. kitorang pernah main jual2 sayur, masa tu kitorang amik raga dan letak kat belakang basikal. Dalam nyer kitorang letak daun ntah apa2, ingat lagi abis bunga ati2 mak kitorang petik, nasib mak x perasan sgt...hahaha... selain tu, kitorang selalu main rounders, kutik (@ nama proper dia konda-kondi), main pasir,buat2 kek...byk la lagi...bes la....yang lagi bes, ktrg dah belajar main pentas dunia da time tu, lagi canggih tau, siap wat peta2 lagi tau, ada halangan2 la...kreatif gler...bayangkanlah, masa tu aku sekolah rendah lagi da boley wat sumer tu, bukan kecik tau kawasan dia, seluruh kawasan rumah aku sampai belakang2 rumah pun main...bes3!!!

sekarang sumer tu dah xde...adik2 aku pun dah x main benda2 macam tu, kalau dorg nak main pun msti mak aku marah. alasannya kotorla...nanti bercacingla...berkudis la....ala...budak zaman sekarang, rugi betul. tak macam zaman aku. lasak dan berani, ha...sebab tu la dorg ni manja, kena sket nangis....hahaha

kira rugilah , kalau zaman kanak2 korg x lalui sumer yg aku lalui ni, bagi aku semuanya bes....walaupun aku nakal n lasak time tu, akhirnya aku menjadi gak..(kot)hihi..masuk gak aku kt universiti ni, abang aku yang macam tu pun, dah nak kahwin gak....huhuhu...

ntahlah, aku cume nak kte yang korang memang rugi klu x lalui apa yang aku lalui..kui3