Wednesday, December 8, 2010

~Review : Natrah - Cinta, Perjuangan dan air Mata


puas
itulah antara perasaan yang boleh saya gambarkan
setahun yang lepas saya kecewa apabila gagal dapat tiket
alhamdulillah, tahun ni Allah beri kesempatan

natrah,
mungkin benar apa yang ingin di tonjolkan
oleh eirma fatima dalam naskah kali ini
semua org memperkatakan tentang pergolakan, perebutan,
demi mempertahan agama, maruah dan negara
yang memang jauh berbeza dan bertentangan
tapi siapakah yang pada zaman itu
memandang
apa yang ada dalam hati seorang gadis
bernama Natrah....
kemahuannya
keinginannya
pilihannya



semua tahu, Adeline dan Hertogh mahukan Natrah
semua tahu, Che Aminah mahukan Natrah
semua tahu, Mansor Adabi juga mahukan Natrah

tapi apa kemahuan Natrah??
siapa yang tahu dan peduli???

sekarang mungkin baru kita tahu
sekarang mungkin kita baru peduli
setelah 60 tahun Natrah di bawa pergi ke Belanda
dan setelah lebih setahun Natrah meninggal dunia...

apakah semuanya sudah terlambat?
mungkin untuk Natrah
tapi semoga tidak untuk kita
ambillah pengajaran.....

Al-Fatihah buat Natrah Binti Maarof



Tuesday, December 7, 2010

~hijrah

aku perlu
ya, aku MESTI!!!!

melangkah
ke satu fasa
saya harapnya lebih baik
tekad ku....
oh Tuhan....
Allahuakbar!

Monday, November 15, 2010

~Bila Tuhan turunkan musibah...maknanya??

"Seseorang tidak mengenali tanda-tanda sehat selagi dia belum tertimpa sakit."



alhamdulillah
saya hampir sembuh sepenuhnya
daripada 'nikmat sakit'
yang Allah berikan
syukur
ternyata Allah sayangkan saya
demam, pening, muntah, pitam
semua yang Dia
mesti ada hikmahnya buat hambaNya
yang selalu leka, lalai lagi alpa ini
syukur Ya Allah
Alhamdulillah
dan kepada yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya
saya ucapan terima kasih yg dpt saya kirimkan
selebihnya saya mendoakan kalian
agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah
dan jauh dari kemungkaran

musibah
bila ia Allah datangkan
apakah maknanya?

kebetulan
lama saya bercuti di rumah
banyak juga hal ehwal semasa yang sempat saya telaah
musibah sana sini
banjir di utara tanah air,
gempa dan letusan gunung berapi di negara jiran indonesia,
wabak taun lagi.....

hayati dan fahami petikan-petikan di bawah :

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi?” (QS Al-Ankabut :2)

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,” (QS al-Baqarah: 155).

“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan menjadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya,” (QS Al-Infithaar: 1-6).

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar,(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi rojiun (Sesungguhnya semua berasal dr Allah dan akan kembali kpd_NYa). Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS.Al-Baqarah:155-157)

“Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(QS.Asy-Syura:30)

Dari Sahabat Abu Hurairah dan Abu Sa’id radiallahuanhu : Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (HR. Bukhari)

“Janganlah kamu mencacimaki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi” (HR. Muslim)




Wednesday, November 3, 2010

~tatkala hati terlalu ingin......

cik pjah...nak main puzzle gak la...hihi


sungguh
benar-benar saya teringin

semoga apa yang direncanakan akn menjadi realiti
semoga Allah pemudahkan

penantian 17 hari lagi
mungkinkah??

Monday, November 1, 2010

~geliga dalam bilau


kacau
bilau
stereng dan tayar berputar
harmoni
tuju???
samar
tapi
geliga itu datang juga
timbul...muncul...
idea!!!
minda dan tangan menari
seirama
lalu terciptalah satu ritma
kisah dan ceritera
untuk dia....

nantikan 19 hari lagi ^_^
hehe



Wednesday, October 27, 2010

~Biarkan ia pergi....


lagu2 aizat sedang bermain dicorong radio kereta
kau pergi.....pergi...
pergilah...pergi....
desiran air masih bermain di telinga
alunannya masih terasa2 di kaki
aku tenang
damai
tanpa itu dan itu
pergilah duka
datanglah bahagia
terima kasih Allah
masih ada jalan untuk aku

apabila aku lemas di permukaan
maka dasarMu yang luas itu aku selami
tenangnya kocakan air
terus menyerap ke tangkai hatiku
syukur Allah


Saturday, October 23, 2010

~jadilah diri sendiri? ada hadnya.....


ha...
idea untuk n3 ni tercetus
selepas melalui proses pillow talk
bersama cik pizah
tp actually imaginasinya bermula
masa saya berenang2 ptg td
(mmg saya suka berangan waktu swim pun)..hehe

ramai orang kata
kita x perlu berubah demi orang lain
jadilah diri sendiri
kalau org suka
org akan suka kerana diri kita sendiri
bukan kerana kita cuba menjadi org lain

anda setuju?
atau anda tidak?
saya?

saya setuju dan tidak sekaligus
kenapa?

secara jujurnya memang kita perlu menjadi diri sendiri
tak perlu berpura2 menjadi org lain
akibatnya nanti jiwa yang merana (cewwahhh)
tapi andaikata diri sendiri anda tidak begitu baik
x kiralah dari perilaku,
budi pekerti, adab, agama, ibadah, pelajaran dan apa sahaja lah
bagaimana?
masih mahu menjadi diri sendiri yang lama?
malas
penakut
lepas laku
tak mahu berusaha
pesimis
negatif
dan sebagainya la
bagaimana?
cuba tanya2kan akal anda tu
kerah sikit supaya berfikir beyond the limit...heh~

bagi saya x salah untuk kita berubah
kepada yang lebih baik
dan pastikan perubahan itu konsisten
supaya tidak di'cop berpura2
jadikan ia rutin yang akhirnya menjadikan 'itu' adalah diri anda
saya pernah mencubanya
dan saya sedang berusaha memperbaikinya
anda?
pasti boleh kerana anda semua lebih hebat daripada saya

kamu,
jadilah diri kamu sendiri
kalau kamu ada pendirian yang baik
sikap yang baik
tauladan yang baik
teruskan dan jadilah diri anda yang itu
anda perlu tegas untuk kekal pada diri anda yang itu

saya muak mendengar org yang hanya mahu menjadi diri sendiri
menyuruh org menerima dirinya seadanya itu
tak mahu berubah demi kebaikan
ibaratnya seperti
orang yang hendak beli sesuatu barang berjenama yang mahal
dengan gajji yg tak seberapa,mampukah?
mampu....syaratnya usaha kena lipat gandalah sikit kan
kerja part time ke
pinjam duit org ke
mencuri ke...oopsss jgn..berdosa..hehe
pokoknya berusaha
kalau nak selesa dengan diri sendiri
dan hanya nak jadi diri sendiri yang begitu
sampai bila impian itu akan dicapai????

saya macam lepas geram???
haha...
bukanlah
cuma nasihat untuk diri sendiri dan kamu juga

saya suka menjadi diri saya hari ini
jadi tiada sebab untuk saya berpura-pura
tapi saya lebih kenal diri saya
saya tahu di mana kekurangan saya yang perlu saya perbaiki
dan saya sanggup mengubah sesuatu yg sudah jadi kebiasaan saya
secara kekal
demi mencapai matlamat saya
apa2 pon (asalkan x berdosa tau ...hu~)

anda?
renung2kan dan selamat beramal ye ^_^

Thursday, October 21, 2010

~I just love my best friend......names Lonely...


masuk hari ni
saya kira secara rambang
dah masuk 2 bulan tinggal sorang
mula2 saya ok
sbb tau k.long akn blk
tp bila pasti yg k.long akn delay pembalikan dia ke rumah
saya rasa....rasa.... kesorangan
wahhh....

rindu la ngan baby hilmi
nak gadoh ngan dak haikal tu gak
ala....
balik rumah xd spe nk ajak cakap
dala broadband merosakkan dirinya
alohai....

akhirnya saya dapat kawan baru
namanya 'lonely'
terpaksalah saya bercakap sorg2
kdg2 klu rajin cakap gak ngan nasi ke
sabun mandi ke
sikat ke
ikutla.....
kalu nak gelak
gelaklah sorang2
(gelakkan diri sendiri)
hu~

saya da terlalu lama sangat kawan dengan si lonely ni
spe2 tolonglah culik saya wiken ni
plissss T_T!

......tapi saya belajar sesuatu, dengan bersendiri saya ada banyak masa untuk diri sendiri, mengenalinya, mangkajinya, merawatnya, memperbaikinya....insyaAllah...mesti ada kebaikannya ni...
i'm enjoy my lonely moment


~.....3 kali berlubang


memetik kata-kata hilal asyraf dalam blognya (kilik sini)
"sebetulnya jiwa saya sedang berlubang"
tapi mujur tidak terlalu dalam
kerana saya telah bersedia dari awal
saya tahu potensi untuk ianya berlubang ada
tapi saya terpaksa melaluinya
akibatnya saya tergelincir sedikit

3 kali
sepatutnya menjadi orang yang bijak
tidak mungkin terjatuh di tempat yang sama
ini kali ke-3
aduh.... pastikan ini kali yang terakhir

terima kasih Hilal atas n3 anda
saya mencuba
menjadikan nasihat dan pendapat org lain
sebagai perangsang yang positif
agar saya dapat meneruskan kehidupan
dengan lebih ceria, semangat dan optimis

yang penting saya ada ramai lagi
yang boleh menghulurkan tangan
bila saya tergelincir, jatuh dan rebah
terima kasih keluarga
teman dan sahabat
dan seluruh alam ^_^

saya sayang diri saya melebihi orang lain menyayanginya ^_^

Wednesday, October 20, 2010

~..pasal budak ni.......

ha....
saya jarang tulis n3 pasal spesifik org
tapi kali ni saya tls n3 tuk dak sorg ni


ni anak mak ni
manja x ngaku
tp ble bdua
org msti ingat dia kakak
kah3...
budget matured la tu
(lagipon sbb saya cumel kot)
hehehe

hei budak kecik
sila blajo bdikari ye ^_^


Tuesday, October 19, 2010

~menjadi manusia beradab....


Allahuakbar
teruji rasanya
semoga Allah kuatkan saya

adab
mungkin saya sendiri kalah dalam beradab
sampaikan saya terpaksa diuji
untuk berdepan dengan org yang tidak beradab

kalau anda
apa reaksi anda kalau berjumpa dgn org yg tidak beradab???

kalau saya??
...speechless...

bagi anda,
macam mana nak didik rasa beradab dalam diri sendiri
dan orang lain??

kalau saya???
saya masih menatihkan diri sendiri
entah layak atau tidak
untuk mengadabkan orang lain

hai manusia
jadi manusia yang beradab
dalam peradaban

ya Allah
didiklah daku dalam beradab.....amin


~cinta mentari dan pelangi.....

saya jatuh cinta
ah...tulun2
saya jatuh cinta
dengan album ini
sungguh saya cinta
kredit tuk mereka2 yg menjayakan hari itu
to allz....enjoy our moment on that visual =P


oh....
ttbe2 saya tersengih
apabila teringatkan emak
sebab mlm td emak saya
telah menjadi
gossip mummy xoxo
hahaha

saya??
in luv suda ^_^

Monday, October 18, 2010

~...kalau yang itu, siapa tak nak..??

dua tiga hari ni panas aje kan?
tapi alhamdulillah pagi td nmpknya
hujan renyai2 mbasahi bumi s.alam
dan mungkin kebanyakam kawasan sekitar lembah klang juga

lepas tu entah mimpi apa mlm td
bgn2 pg trus mnyanyi2 lg siti nurhaliza ni
jom layan kejap...zassss



ahha
jgn lah salah sangka
sje2 je nak nyanyi lg ni tau
entah ada kaitan ke tidak
hihi

tapi....
bila anda kena buat pilihan
(bukan mcm lagi di atas)
mcm mana ha
tawaran baik...siapa nak tolak kan?
tapi yang ini???
macam mana??

kalau saya?
entahlah...tengah dok pikior lagi...
^_^

Saturday, October 16, 2010

~Jom pergi kawen....


Oops....
kontroversi tajuk n3 ni ye
ye....
sempena bulan october yg istimewa ni
saya ingin umumkan
bahawa saya
telah menyusun schedule weddingthon
pada kalender saya....
ada jemputan kenduri kahwin kawan2
setiap hujung minggu...

oleh itu bolehlah saya katakan
oktober 2010
sebagai bulan
"JOM PERGI KAHWIN......(dot dot dot)"


Selamat pengantin baru semua ^_^

Thursday, October 14, 2010

~mmm....kalau bercinta....??




Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Wednesday, October 13, 2010

~pilihan emak......kenapa??


kenapa?
itu jawapan saya bila emak tanya soalan tu....
dan tiap kali tu emak mempersoalkan juga
kenapa semua soalan emak tentang itu
mesti dijawab dengan soalan juga?
entahlah emak....

bila diasak2... saya akhirnya mengalah
"emak ajelah yang cari"
aish..tak mahu pula..emak menolak
habis tu??
emak nak macam mana?

emak mula menyebut
pilihannya emak begini begitu
memang...bukan susah pun
rangenye pertengahan aje
emak sebut dah pun antara nama2nya
yang saya memang kenal
dan ade juga yang tak berapa kenal
tapi..... belom lagilah mak...
"nak tunggu sampai bila?"

tiap kali sampai ke stage itu,
saya diam aje....
mungkin diam saya tu yang buat emak makin tak puas hati

sorry ye emak
mesti mak risau tengok anak mak ni kan
macam xde perasaan je gayanya
relax mak,
anak mak ni normal ok
insyaAllah...emak doa aje lah
kalau dah TAKDIRNYA
tak ke mana ^_^

pilihan emak....selalunya bukan pilihan saya...kenapa?? (tapi...tak baik lawan cakap emak kan?? huhu)

Tuesday, October 12, 2010

~kronologi kes

gambar hiasan

111010
7.15pm :
park incik WUF 4594 kat tempat bese (lokasi : tepi surau, bawah lampu jalan). sume barang2 da amik kecuali telekung (mmg tgl dlm kete, senang nk travel.) kat rumah, xtvt cam bese.... tapi tgh mlm tu saya terjaga sebab tbe2 tsedak...lama gak terbatuk2....ble cam da ok cket...sambung tdo blk...

121010
8.30am :
bergerak ke kereta mcm bese. dalam hati dah plan nk beli roti canai dlu sbb lapo gler... sampai kereta.....tergamam jap..... hah!!! kaca memenuhi ruang sebelah penumpang depan....!!!! saya tawaf... perkara pertama saya tgk, cd player (radio) ada!! botol air bertaburan... cd holder lesap dgn cd2nya skali, laci tbuka...sah! kes pecah.... saya tawaf lagi... kol k.long...x angkat...kol lagi...x angkat...kol k.ngah plak... x angkat jugak...kol abg..br angkat... air mata da mcm ujan waktu tu....haish ujian..ujian... lps tu br k.long kol blk... spe yg kol saya pg tu sumer dpt dgr ujan dr chanel saya free jek...haha

9.45am :
lokasi : balai polis ss9.....
aik xd org pon...oh blom beroperasi rupanya..... bgerak ke balai polis lain...

10.00 am :
lokasi, balai polis ss6...
cool je saya buat report (almaklumlah pengalamn ke-2 buat report..haha)...pot..pet..pot..pet... "cik pergi ke balai polis ss11 jumpa dgn srjan Hamzah"...pulak... da la cermin kete xde, kaca masih bertabur dalam kete..panas lagi..hado...sabar je la...

10.30 am :
lokasi , balai polis ss11....
bersoal siasat plak ngan sarjan tu... "pagi tadi ada datin buat report kena pecah kereta juga...yang hilang pun telekung" ha...tu dia...adakah itu modus operandi penjenayah??? "cik ada musuh?" musuh??? mne de...kan?? pot..pet...pot..pet... amik gambo.... selesai...

11.00 am :
lokasi, parking kat umah...
jenuh la nak bersihkan kaca yg byk gler tu... hadiahnya amik satu kecederaan di jari...nasib...nasib... kol pusat servis perodua, stok cermin tiada...halamak!!! redah je la kedai mana2...

11.45am :
lokasi, pusat komersial ss7...
soalan pertama bila saya sampai "apa yang hilang??" aik tau2 je..."pagi ni pun dah ada dua kereta kena pecah dtg cni..." "apa yang ilang??" "cd and cd player" ha...ha.... sama....

akhirnya dalam pkl 1pm...sumernye selesai.... kena RM120... dalam time2 blom gaji ni...sakit gak la... huhu... bila saya tension...apa saya buat?? shopping..haha...

sekian....

"Allah menguji hambaNya mengikut tahap keimanan masing2"
"Setiap ujian yang menimpa mungkin adalah kafarah Allah atas dosa2 yang pernah dilakukan...Bermuhasabahlah...semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa ku"

Monday, October 11, 2010

~grooming


kata orang mencegah lebih baik dari mengubati
betul ke tu?
dan apa kaitannya dengan n3 saya kali ni?

alkisah 1....

ada seorang budak perempuan
lahirnya di kampung
yang ada pada dia semuanya sederhana
keluarganya, rupa parasnya, pendidikannya
semuanyalah
atas kesederhanaan yang ada pada dia
dia boleh menyesuaikan diri dalam banyak suasana
dia bukan pelajar cemerlang
tapi guru-guru &kawan2 senang padanya
tapi.....
dia bukan dalam senarai pelajar pilihan
yelah...dia cuma yang 'biasa-biasa"
bukan dalam perhatian sesiapa
cukup dengan menjadi diri sendiri

alkisah 2...

ada seorang budak perempuan
parasnya cantik, keluarganya agak senang,
pandai pula disekolah
kalau dalam acara olahraga...dialah juara
guru dan rakan memandang tinggi
almaklumlah orang dikenali
namanya disebut-sebut
almaklumlah menjadi perhatian ramai
personaliti harus sentiasa di jaga
kawan2 pon terdiri daripada org yag sme "class"nya

dalam dua kisah di atas
yang mana anda lebih suka
menjadi dalam kisah 1 atau kisah ke-2?
atau lebih tepat lagi
anda sebenarnya berada di kedudukan kisah 1 @ 2?
atau kalau anda diberi peluang untuk memilih teman
adakah dia memiliki sifat dalam kisah 1 @ 2?

grooming???

begitulah adanya....
pada saya...kekurang materi ataupun luaran boleh lagi di grooming2kan
tp klu kurangnya pd dalaman atau lebih tepatnya kejiwaan
mungkin payah sikit....
tp still boleh cuba kan....

habis tu,
macam mana ni?
yang mana satu.....??

fuhh!! @_@

Tuesday, October 5, 2010

~Hai...nak berkenalan?


ha....
siapa diantara anda pernah dapat soklam cepu emas ni?
ha..ngaku cepat...ngaku cepat?
ataupun anda pernah mengajukan soalan ni
pernah?
kikiki ^_^ malu lah tu

teringat saya
masa di sekolah rendah
ada sorang cikgu BM
namanya cikgu Shahadan
dia pernah cakap
"kamu ni sibuk nak ajak org berkenalan, kamu dah kenal ke siapa diri kamu tu?"
lalu adalah sorang classmate yg jawab
"apa pulak tak kenal, cikgu?"
cikgu shahadan jawab,
"ha, berapa panjang telinga kamu?"
maka terpinga-pingalah si budak tadi

oops,
jangan salah sangka
saya tak bermaksud jahat di sini
saya berniat baik
saya nak ajak anda berkenalan
berkenalan dengan siapa?

mari kita berkenalan dengan diri kita sendiri

berapa umur anda?
20an? 30an? 50an?
berapa?
berapa lama anda telah hidup bersama diri anda?
berapa banyak yang telah anda tahu
tentang diri anda?

kata orang,
'orang lain adalah cermin kepada siapa diri kita sebenar.'
is it true??

sekarang perhatikan diri anda?
siapa anda?
anda tahu?
atau tidak tahu?

sebenarnya bukan susah untuk berkenalan dengan diri sendiri
dan saya tak pula katakan ianya mudah
semuanya bergantung kepada
daya pemikiran kreatif dan kritis anda
asyik org lain je yg buat ujian personaliti buat kita
sekarang buat sendiri
tak perlu questionnaire berkajang2
tak perlu analisa panjang lebar
cuma perlu perhatikan sahaja diri anda sendiri

setiap hari kita akan lalui pelbagai perkara dan peristiwa
dari situ anda boleh cuba menguji diri anda
kalau anda tak cuba anda tak kenallah
cuba perhatikan apa yg org lain kata pasal anda
esok lusa bila anda terberada dalam situasi yg sama
cuba perhatikan diri anda
pastikan betulkah apa yang mereka kata tentang anda
kalau betul, buat 1 kesimpulan
kalau tidak, pon cuba buat 1 kesimpulan

semuanya macam eksperimen yg kita buat dulu2
masa kat sekolah
ada inferens, hipotesis dan...ape2 ntah lagi tu
last skali kan kne buat conclusion
ha..camtu lah

tapi secara jujurnya bila saya apply benda ni
hasilnya taklah kita dapat setiap hari
semuanya berlaku berulang-ulang kali

testimoni

sekarang saya tahu
saya elergi kepada makanan atau udara yg mcm mana
saya tahu reaksi yg wajar dan sesuai apabila berdepan dengan situasi tertentu
lagi..... saya tahu macam mana nak berdepan dengan certain2 problem..
lagi....saya tahu saya boleh kalah dalam situasi yang macam mana
yang lebih penting saya tahu dimana
kekuatan dan kelemahan saya ^_^

Sekian
(entah apa-apa kot n3 ni hehe)

Thursday, September 30, 2010

~bertunang??


tahun 2010
mungkin tahun rezeki murah

saya merasainya

mungkin juga org lain
rezeki saya ke arah lain

rezeki anda??
anda yang tahu


tahun ni juga menunjukkan
peningkatan yang ketara
ke arah koleksi kad perkahwinan

x kira dalam peti surat kt kmpung ke

tagging di FB ke

x kurang yang melalui tangan ke tangan

dan jemput mulut
pun ada

alhamdulillah
murah rezeki mereka

yang kahwin dah sampai seru mereka

yang nak bertunang pun
x nak kalah

ada yang mencanang memukul gendang

ada yang senyap2

ada juga yang mention gitu2
alhamdulillah lah juga
tapi sebenarnya wajarkah hal pertunangan di hebahkan?


saya mencari jawapannya

dan saya temui di sini
untuk extraction

cukuplah sekadar memetik kata penulis,


"
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib."

jadi, tepuklah dada

tanya diri sendiri...

bagi saya pula,
proses pertunangan adalah proses

untuk kedua2 belah pasangan
mengenal hati budi masing2
bukan terbatas kepada diri pasangan itu saja tau

tapi keluarga masing2

ingat bila berkahwin

dunia kita bukan berdua

tp melibatkan semua
penerimaan
dan restu kedua belah keluarga pun penting


"kami dah lama kenal. keluarga kami pun rapat."

buat apa nak dilambat-lambatkan

berkahwin sajalah

kan senang
mudah lagi terhindar dari maksiat,
insyaAllah


tapi terpulanglah kepada cara dan tindakan masing-masing
ada juga yang bertunang dahulu
sementara
mengumpul duit untuk kenduri
almaklumlah jumlah hantarannya mahal benar..huhu


ringkasnya,
perihal pertunangan
mungkin tak perlulah dihebahkan
macam memukul gendang gamaknya
kalau tak jadi??...jawablah sendiri

adat melayu,
bila bertunang
jari manis biasanya
tersarung cincin belah rotan
anda nampak?
jadi faham-fahamlah (baca gaya adibah nor..hihi)

"eh, dia dah bertunang? sampai hati tak beritahu kita. senyap2 je"


janganlah berkecil hati pasti
ada sebab yang konkrit tu

insyaAllah majlis kahwinnya pasti anda akan dijemput
yang penting doakanlah agar hubungan mereka
baik
dan terpelihara dari dosa, amin...


anda nak bertunang??


Alhamdulillah, teruskan.


Semoga hubungan anda kekal dan terpelihara ke jinjang perkahwinan seterusnya ke anak cucu...amin.. ^_^



~Preview : Cinta 3 Suku


alkisahnya
pemergian saya ke MPH

nak cari buku yang tajuknya Eksperimen Cinta

keluaran KArnadya
alih2 bila nampak cover buku ni

terus amik dan bawa ke kaunter

isk...skuter pink tu membuatkan saya rindu Align Center rindu pada incik Icon
yang mungkin tengah berbaik2 dengan emak
di kampung


alkisahnya

bila baca tajuknya
saya letakkan expectation yg tinggi da
"mesti interesting dan penuh drama2 spectra ni" hehe
tapi.....hurm........mmm

nampaknya x reach mind kpi saya ler

walaupun begitu msh bukan di bawah par

cewah....

saya suka juga dengan Nur Iman ni

hampir sama dengan perwatakan
Nurul Ain nanti
harap2 saya tak ter'copy karektor la ye

tapi Iman memang best
gayanya ala-ala macam....hihi (adalah) kiki

kredit tuk Herna Diana
Karya sulung anda masih tidak menghampakan

saya bagi
****
(Cik Herna, awak pernah ter'inspired by me ke? hehe....perasan jap)

(sebenarnya inilah novel alaf21 pertama saya beli semenjak setahun dua ni, dah lama stop beli keluaran deme semenjak karnadya dan kaki novel berjaya mengambil hati saya....)



Tuesday, September 28, 2010

~One step foward....


alhamdulillah
setelah seharian memerah otak
ter'abnormal'kan tingkah laku
dan hampir me'nyenget'kan fikiran
saya kini mendapat rentak
semoga apa yang saya usahakan
akan berjaya

yeah!!! You go girl!!

Monday, September 27, 2010

~Kalau saya senyum...awak...??




Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

~Gaya apa?


penat dah tau
dari satu gaya ke satu gaya yang lain
saya ubah teknik penulisan
saya suka teknik yang tu
tapi ramai orang tak boleh terima teknik yang baru tu
letih saya
berkajang-kajang kertas saya dah bazirkan
isinya dah berkembang dalam otak saya
hari2 berkembang
tapi penulisannya cuma terhenti
pada papan-papan kekunci
dan hujung-hujung mata pena
adui
ramai yang dah bertanya
"kelab kipas"
penerbit
kekawan lagilah
lama dah ni
mood bila nak mari???

~Will You Marry Me??


kontroversi tak tajuk n3 ni? hehe

sebenarnya bukan apa
musim2 raya macam ni
sure jumpa sedara mara dan sahabat handai
tak lupa juga jiran tetangga
yang gaya sume nye mngalahkan
michelle si wartawan melodi tu
soalan "cepu cemas' dorg
"BILA NAK KAHWIN"
sure ramai yang berkongsi situasi yang sama
ada rasa gembira dengan soklan tu
tak kurang yang sensitif
pokok pangkalnya
nak tunggu org kata
"will u marry me" tu
ingat senang..hihi

kepada yang sedang dalam 'buffer area'
menanti saat untuk diijabkabulkan
mabruk alaikum la ye
semoga hubungan masih terpelihara
sampai waktunya tiba

kepada yang masih mencari pasangan jodoh
mabruk jugalah
sekurang-kurangnya anda ada cita-cita
untuk mengikut sunnah Rasullullah tu

saya??

Friday, September 24, 2010

~Preview : Magika


Masa nak beli tiket, was2 jugak. entah bes entah kan tidak. Cik Pizah tu da berapa kali nguap besar. Dia kata entah2 tak bes..boleh tido....

tapi...bila start je....pergh macam tak percaya, mata saya taknak terlepas satu pun scene. CGI nya...cantik bangat...ceria....real...(walaupun ade la yg nmpk mcm x logik) tp it's acceptable...huu

sebab ni filem muzikal..so...saya bg 5 bintang jugak untuk semua lagu dan suara2 penyanyi nya yg best dan sesuai....pendek kata...bes..sampai saya x bley nak detect any ketidak bes'an dan muvi ni....

To KRU...gud job....***** (5 star)

Wednesday, September 22, 2010

~dedicated to my luvly Olo...


Ni la kisah bes fren saya
si olo
mula2 kenal masa jd adk beradik angkat
masa program OPKIM di Kedah
masa berlalu
akhirnya sampai tahun 3 kami akrab
atas ihsan dia jugak
dapatlah saya menyetinggankan diri di bilik nya masa final yr tu
hehehe
olo ni kalau masak kreatif
makan maggi dengan nasik la
lagi..hurm..ape2 ntah..hehe
beberapa bulan lepas tamat belajar
kami ditakdir pula duduk serumah
rumah sewa kami di Pinggiran Subang
tapi xlama
mungkin x sampai sebulan
sebab lepas tu saya berhijrah duduk dengan kakak
lepas2 tu kami semua buat haluan di tempat kerja masing
saya di ttdi
pizah di bangi
olo....masih training di BNM
boleh dikatakan hampir hari olo mngadu
nak dapat kerja yang best
kerja tetap
saya dan pizah hanya boleh nasihat je la
bagi motivasi..walaupun saya rasa...saya pon terkontang kanting
alhamdulillah
dah berapa lama berdoa dan usaha
akhirnya olo dapat kerja tetap di kampung halamannya
mungkin inilah kerja impian nya
rezeki dia
hari ni dia dihantar oleh syarikat dia
untuk buat kajian
dekat KOREA tau
wah....jeles pulak saya
tapi saya yakin...ni rezeki masing...

saya...olo....pizah....
masing2 yakin bahawa
rezeki, jodoh, dan ajal di tanganNYa
kita x tahu
bila, di mana, bagaimana, banyak mana, dan apa2 pun tentangnya
kalau Allah katakan sesuatu tu akan terjadi pada kita
maka terjadilah
kami percaya pada takdir

Olo, semoga selamat sampai, selamat bertugas, dan pulang kembali dengan selamat
baru berapa jam x dengar kabar olo
kami rindu sudah...

OLO....we luv U....

Tuesday, September 14, 2010

~ceritera Aidilfitri....I


hujan masih renyai-renyai di luar jendela office saya. sejuknya sampai ke tulang gigi geraham (eh, ade ke? hehe). Office masih senyap lagi, yang ada cuma saya, encik Mahasan, alep si dak practical Kak Raja (My CEO) n Raja Nazrin. sunyi wey, parking kat bawah tu pun memang kompem2 lah kosong...ape nk di buat rini ye....

alkisahnya aidilfitri tahun ni satu kelainan buat saya. almaklumlah ini kali pertama beraya seorang yang dah bekerjaya kononnya..hehe..apatah lagi berkereta..(ceh tetiba)....jadi sebarang kemungkinan mungkin terjadi tanpa dipinta nanti

ceritera saya bermula beberapa hari sebelum syawal lagi. alkisahnya, oleh kerana musim perayaan menjelang tiba maka pusat2 servis kereta perodua di sekitar shah alam penuh semuanya. akhirnya terpaksalah saya buat temu janji pd 29 ramadhan tu. time tu borang mintak cuti dah siap di conteng..approve ke tidak, saya tetap akan tiada di opis..nekad neh...dan seperti yang saya rancang, kereta saya selamat diservis buat pertama kalinya. tapi sesuatu yng diluar perancangan ialah panggilan untuk kembali ke opis membantutkan misi untuk balik kampung terus hari tu.

30 ramadhan. saya dijadualkan untuk bergerak balik kampung seawal pagi yang mungkin sebab emak dan mengecop saya untuk membuat kuih raya. barang2 dan bahan dah siap sedia katanya. tapi memandangkan ayam untuk membuat rendang belumdi beli. so, plan blk terpaksa di delaykan. malangnya pulak, penat saya memusing satu shah alam mencari ayam, tapi semua tempat tiada ayam yang ada hanya papan tanda "stock ayam tiada". Dari pasar sampai ke tesco, sampai ke tesco extra, sampai ke giant semua xde....saya da gelabah. mana x nya, xkan la raya tanpa ayam, maka tiadalah rendangnya...alohai....talian kecemasan disambung kepada emak dan kak long. mujurlah emak kata kat Behrang still ada jual ayam lagi. maka saya pun mintak jasa baik mak untuk menerjah ayam2 tu dulu....fuh..perjalanan saya teruskan....

alkisah sampai di rumah, adik2 melompat2 menyambut saya balik. bukannya apa, sebab dorg dah terpoyo excited nk buat kuih raya tu sebenarnya...so, kesempatan ni saya ambil tuk meragging dorg basuh incik WUF4594 tu..hehe...seharian duduk buat kuih, ahirnya kami berjaya menghasilkan biskut tat nenas (jam mak buat sedap tau) dan almond london..ha...terangkat tau sedapnya..(ceh perasan) habis jersi australia saya jadi warna kelabu dek tepung..hehe..malamnya kami 'menganyam' ketupat palas pulak. tergelak2 bila tgk hasilnya...ade yang gemok...ade yg cinonet..ade yg jantan..ada yang betina..haha apeda..

takbir raya 1 syawal bergema....dak2 yang tak berapa kecik kt umah ni dah mula menadah tanan mintak dwet raya..tapi actually saya pun sme je....n tak sangka gak abang n mak still nk bg gak kat saya...hehe....seb bek saya cumel..(ceh perasan)....raya pertama saya...dull wey....sbb family k.long n k.ngah blk esok ptg...so, kami hanya tgk tv smbil tunggu org dtg je la...dekat petang barulah ade sedara belah abah dtg...itu pun kami tak kenal sorg pon..haha...time tu nk bersuai kenal pon x sempat, ye la...sure2 kena duk dapur buat air la, potong ketupat la, ape2 la...
hurm..jejaka berbaju merah??? jeng3...shhhh...hensem kan zue?? kikiki (jgn gtau mak ktrg tau..hihi)

raya kedua bersilih menggantikan 1 syawal yang dah berlalu. petang ni kami tahu, bau2 ramai tetamu dah mula menerobos ke hidung...dan tidak syak lagi, lepas zohor, halaman rumah dah dipenuhi dengan kereta (sampai ke seberang2 jalan)...ruang tamu, beranda dah penuh ngan org...saya? masih di dapur laa gamaknya....melayan karenah ketupat dan lemang juga rendang2...letih, berlengas dan....zzzz....huhu

raya ke-3, sepatutnya hari ni kami blk kampung di sg. panjang. tiba2 emak mengumumkan bahawa raya de tour hari tu terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. maka banyaklah bantahan2 yangberlaku termasuk dari sy..sebagai langkah memujuk, emak bagi pelepasan kepada saya untuk keluar beraya hari ni...hurm...apa lagi..kebetulan konvoi reunion yang di conduct oleh incik Eg akan berlangsung pg tu..maka saya pon terus bersiap...

ceritera konvoi...tak banyak yang nak diceritakan....tp best gak la dapat jumpa kawan2 sek men yang dah lebih 9 tahun tak jumpa (wah..tuanya aku)

tapi yang plg best ialah, bila balik kampung hari raya ke 4 tu, sebab saya ada misi. nak tahu apa kesudahan misi tu? tunggulah edisi seterusnya...kiki... (dah penat mengarang ni)

sekian...bersambung

Wednesday, September 8, 2010

~Cintaku: Semoga bertemu lagi


Cintaku kian pergi meninggalkan aku
Saat yang berdetik
mendebarkan detak jantungku
waktunya kian hampir
namun
aku Redha Ya Allah
Kerana aku tetap yakin dan beriman
dengan Rukun Iman ke-6
Qhada' dan QadarMu
Duhai Cintaku Ramadhan
datanglah padaku lagi tahun hadapan
aku pasti merinduimu
akan ku sambutmu dengan senyum
dan ucap selamat
Tuhan,
aturkanlah pertemuan kami lagi
semoga pertemuan kami Kau mulakan dengan baik
dan Kau sudahi ia dengan baik...
ameen...
Cintaku....semoga kita berjumpa lagi

Syawal....Hadirmu aku alukan
Kau lambang kemenangan
tapi....apakah aku layak meraikannya??

~Kompilasi Kisah-kisah Ramadhan 1431 H


  1. Seminggu sebelum Ramadhan saya naik Gunung Stong. Time tu jugak dapat berita yang menggembirakan dari Shah Alam.... Loan lulus...Alhamdulillah
  2. Beberapa hari sebelum raya saya dapat kunci WUF 4594 (no yg da byk kali saya terlupa...kiki)
  3. Ramadhan.....banyak azam saya tanam. Target : Khatam 30 juzu' sekurang2nya sekali. Strategi : Sehari 1 juzu'.
  4. Hari2 Ramadhan saya dihiasi dengan catatan2 dari langit Illahi. Sungguh memotivasikan diri saya. Saya menginsafi diri sendiri. BEtapa kerdil dan hina nya saya di dunia ini.
  5. Alan resigned. Fuhh...abisla xde geng nak berkongsi cerita..huhu... last2 sume org tegur... Department saya sunyi...haha
  6. ChloropHyll Drops : 5000 botol buat dalam masa x sampai 5 hari...jawabnya....OT...seminggu gak la saya balik lps kul 10pm....huu~
  7. Project Run Away..... jawoh wooo.... sampai selatan tanah air saya lari.... Cik pizah yang culik...hehe... Tenkiu kepada tuan rumah; Cik pjah, Olo, Che mah, Zin & Amcik
  8. Sedar x sedar Ramadhan dah nak berakhir, saya sgt positif mngatakan yg saya akn pose tahun ni...sume org jeles. hehehe
  9. Balik tarawikh....selalu skodeng dak2 cni men meriam tin yg bunyi nye kauat cket je dari mercun pop pop..haha...ape da...x advanture langsung...
  10. x best.... lagi 3 hari nak raya..tiba2 bendera merah naik...frustnya...lagi frust bila tersekat di juzu' 28....hadoi....x sempat khatam...sedihnya
  11. 29 Ramadhan.....servis kereta...bes...(apa yg bes? ha...ade la...haha)...in the same day g makanan buka pose kt KFC...giler ramai...ayam asik x ada je....isk... sampai waktu berbuka de sorg pakcik ni ckp kuat2 kt sume yg ada "dah azan ye!"...saya hanya mampu senyum jek...sbb kebanyakannya tgh beratur, n xd pe untuk di bukakan...langsung x macam iklan mee segera tu...bagi la cket supaya sme2 dpt bbuka..heh
  12. esok.....balik kampung!!! Hoyay

"Dikesempatan ni, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf daripada semua yang mengenali diri saya walaupun saya tak mengenali anda"

Selamat Hari Raya 'Eidulfitri
Maaf Zahir dan Batin


Monday, September 6, 2010

~Cintaku pergi


28 Ramadhan 1431H

Sekian lama aku menyebut namamu
Sekian lama aku menanti ketibaanmu
Ku baca kisah2 mu
Ku hayati kesukaan2 mu
Aku mula merancang
Merancang rencana agak dapat aku mendampingimu
serapat yang boleh
aku ingin bercinta denganmu

Akhirnya
Saat yang ku nanti tiba jua
Di bawah sinar rembulan yang samar
Aku tersenyum menyambut kedatanganmu
betapa bersyukurnya aku
Kerana Dia menemukan aku jua dengan mu
cintaku

Bersama dengan mu
aku cuba sedaya upaya
menghayati mu
mengimarahkan mu
semuanya demi Dia juga
aku ingin menghargai
setiap detik yang tinggal bersama dengan mu
kerana aku sedar
walau sedalam mana aku cinta pada mu
perpisahan akan menjemput mu jua
semuanya telah tercatat olehNya
Cintaku

Malam ini
aku jadi syahdu
hari perpisahan kita semakin hampir
aku takut
takut tidak dapat bertemu dengan mu lagi
tahun yang akan datang
Kerana Dia tidak menjanjikan aku
tentang itu
kerana aku beriman dengan rukun yg ke-6

Cintaku
di saki baki waktu yang ada ini
ingin aku mendakap mu dengan tilawatul quran
dengan solat, tarawikh, zikir dan selawat ke atas junjungan
aku ingin sempurnakan apa yang camping

Ya Allah
pertemukan aku lagi tahun hadapan
dengan Cintaku
Ramadhan al-Mubarak

Thursday, September 2, 2010

~Kerana Dia...aku hidup


hari ini, cuba anta melihat kalender yang tergantung di dinding atau yang menempek senang-lenang di atas meja. Berapa usia anda hari ini? Belasan? 20-an? 30-an? 60? atau??? berapa?? dari itu cuba kita renungi satiap masa lalu yang kita lalui. berapa juta kenangan telah kita cipta untuk diri sendiri, untuk orang lain. dan berapa juta pula kenangan yang orang lain cipta untuk kita.

~semuanya tersimpan di rongga ingatan~

kenangan manis selalu buat kita tersenyum, buat kita terimbau, buat kita terasa seperti hendak mengulang tayang semuanya di layar kehidupan. lalu skrip2 cerita kian bercambah lebat di dalam fikiran, bunga2 kehidupan kembang berseri di kiri dan kanan, rama2 berterbangan, kicau burung kedengaran, angin pula tidak lepas menyapa....ah..indahnya

kenangan pahit buat kita menangis, buat kita rasa bersalah, buat kita rasa seperti hendak membelah kepala, mengikis sedikit kesan kenangan yang terlekat pada plat memori....setiap terkenang, kita murung, muncung.... ah...kenapalah semua itu terjadi dulu? ah, kenapalah aku teringat lagi dengan perkara itu....kita merungut...mengaduh..menangis...pemandangan sekeliling terasa semak, gelap, kusam, sang gagak seperti merenung marah, udara pula terasa panas sekali...

~kenangan itu bisa membunuh~

ya, sungguh dasyat penangan kenangan. Senjatanya halus tapi berbisa. Bisanya menyengat, meresap ke seluruh urat2 saraf, lalu di hantar ke seluruh anggota jasad. tidak ada satu pun yang terkecuali daripada terkena bisanya...sistem neuron badan tidak gagal menjalankan tugasnya.... sungguh2 berbisa kerana bila sampai di hati, hati boleh luka, berdarah, berkudis, bernanah....kering dan akhirnya mati....

~itulah penangan sebuah kenangan~

oleh yang demikian, sebagai hambaNya yang sering mengharapkan redha dan kasih sayang Allah, berserahlah...kerana sesunguhnya setiap kenangan itu telah Allah catatkan dalam lipatan takdirNya untuk kita. Teruskan berdoa, kerana Allah tahu mana hati yang menangis, mana hati yang gembira. Dia tahu kerana dia yang melorongkan setiap sesuatu. Dia yang menunjukkan jalan kepada kita semua.

Kerana Dia....aku hidup

Alhamdulillah, syukur Ya Allah

"hidupku, matiku...semuanya keranaMU"