Wednesday, October 21, 2009

Making The Right Choice



We have many choices to make in life. When we lose out at one end, we can catch up with other choices. When one door closes, the other opens. In fact, there is no door, but innumerable doors are kept open which we must discover.

Therefore, if we want to create a reward for ourselves and also for others, we must make the proper choices. If we want happiness, we must first give it to others.

Everything that is happening at present is the result of the choices that we have made in the past. Some choices are consciously made while others are not.

Suppose I insult someone intentionally and he retaliates, then should I learn no react. On the other hand, if I compliment someone, there is a chance that I will be treated in the same manner.

Our responses and reactions are automatically triggered by circumstances and people. When we make a choice, we can ask ourselves what the consequences will be. If it is favourable, we go ahead. It is generally observed that when we make a right choice, we feel comfortable.

The seed of fulfillment is within us. When our attention is combined with goodness, the seed will begin to sprout and grow.

THOUGHT FOR REFLECTION : Know that U have the power to choose to live in the present moment. You deserve to be happy.

By :
Bridget Manezes,
Author of Self-Empowerment.

Friday, October 16, 2009

Cerpen : Angin...Bawa Aku terbang (http://penulisan2u.blogspot.com)



'Tolonglah angin, bawa kapal terbang kertasku...' Lagu nyanyian Kumpulan Exist berkumandang di corong radio. Mulut aku terkumat-kamit ikut menyanyi, Siapalah yang tak tahu hobi aku kalau tak menyanyi. Sebab itulah bilik aku turut digelar sebagai 'karaoke box' oleh ahli-ahli blok.


Peperiksaan akhir semesta tinggal lagi sebulan sahaja. Aku yang memang 'rajin' pergi kelas ini sudah semestinya tengah sibuk mengumpul nota dari kawan-kawan. Almaklumlah kalau nak di harapkan dengan apa yang ditumpukan dalam kelas sahaja, confirm exam nanti aku fail. Almaklumlah banyak yang tak datang dari datang.


Tengah sibuk-sibuk macam sekarang inilah juga, Kimi selalu sahaja menghubungi aku. Dia bukan tak tahu aku sedang bertungkus-lumus untuk melakukan yang terbaik pada semester aku yang terakhir ni. Kadang-kadang aku sampai rimas. Sudahlah tanya soalan yang sama sahaja. 'Dah makan?' 'Busy ke?' 'Sorrylah kalau ganggu....' 'Saya ni membosankan ea?'....Aduh boleh pitam aku macam ni.


******************************************************

"Kimi, tak boleh ke kalau kita jadi kawan je?" Itulah ayat yang pernah keluar dari mulut aku suatu ketika dulu sewaktu Hakimi mula-mula 'melamar' aku menjadi teman wanitanya.

"Anis, aku memang betul-betul sayang pada kau. Sayang Kimi lebih dari kawan, Anis" Hakimi tak berputus asa.

"Berilah aku masa" Tegasku.


Sebenarnya waktu tu aku benar-benar takut. Takut untuk membuat apa-apa keputusan pun. Aku pernah berazam dulu, sejak zaman sekolah lagi. Kalau boleh, aku tak mahu bercinta, nak kahwin terus je. Sebab nanti bila bercinta macam-macam yang tak baik boleh jadi. Aku teringat pesan emak. Kakak aku yang dua orang tu pun tak bercinta, kahwin je. Alhamdulillah setakat ni, aku nampak bahagia.


Aku dah rasa macam satu prinsip pula. Lagipun aku rasa bila bercinta, seserang tu jadi tak jujur. Sanggup menipu demi nak jaga hati pihak yang satu lagi. Sedangkan masa berkawa, telus je, jujur.... Sebab tu lah aku tak pernah terfikir pun untuk bercinta. Tambahan, persahabatan aku dengan Hakimi dah menjangkau lebih 15 tahun. Sejak kami di sekolah rendah lagi sampailah di alam universiti ni. Cuma rezeki Hakimi lebih sikit, dia sudah ditawarkan kerja sebelum masuk ke universiti. Jadi, dia memlilih untuk terus bekerja.


Aku membiarkan permintaan Hakimi itu tanpa sebarang jawapan. Zarul yang menjadi 'penasihat' tak rasmi aku berkali-kali menasihati aku agar membuat keputusan. Aku masih berdiam diri. Kata Zarul, "Terus terang je la Anis. Kalau kau nak atau tak nak sekala pun. Kalau kau biar dia tertunggu-tunggu macam ni, kau akan buat dia berharap tau".


"Tapi aku takut la Zarul. Aku memang sayang dia. Tapi sayang aku tak lebih dari kawan. Aku tak boleh terima dia untuk jadi yang lebih dari sahabat baik."


"Ha, kau terus teranglah macam tu. kan senang"


"Bukan senang Zarul, Aku takut. Kalau aku terima dia, aku seolah-olah memaksa diri aku. Tapi kalau aku tolak pula,aku takut akan kehilangan kawan baik aku pulak".


"Anis, satu je nasihat aku. Cinta tu boleh di pupuk." Itulah nasihat Zarul yang akhirnya membuatkan aku berani untuk membuat keputusan. Tanpa berbincang dengan seorang pun dari ahli keluarga aku, aku 'menolak' Hakimi secara baik. Aku nyatakan yang aku sayangkan dia sebagai seorang sahabat. Dan aku tak mahu kehilangan seorang sahabat hanya kerana sebuah percintaan.


Natijahnya sudah aku jangkakan. Hakimi menjauhkan diri dari aku. Lama....terlalu lama. Telefon tidak, sms tidak, ym tidak, email tidak, semuanya tiada. Aku terpaksa akur.


Hampir setahun semuanya berlalu dengan tenang. Aku mengharungi kehidupan aku yang sangat 'menyibukkan' di universiti. Lupa seketika aku pada perihal Hakimi. Bagi aku, biarlah Hakimi mencari seseorang yang lebih baik yang boleh membahagiakan hidupnya. Daripada Mia, sepupu Hakimi aku dengar dia sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang kawan sekerjanya. Aku berdoa, agar dia bahagia.


"Anis, raya tahun ni kita konvoi nak. Pergi beraya kat rumah semua kawan-kawan." Pelawa Zarul pada satu hari di bulan Ramadhan.


"Amboi, puasa tak sampai setengah bulan, dah plan nak beraya" Kami sama-sama ketawa. Dan pada Syawal tahun itu, pada hari yang dijanjikan aku bersiap untuk beraya dengan Zarul.


"Anis, tu ha kawan kamu datang". Panggil emak dari ruang tamu sewaktu aku siap bertudung. Aku tersenyum. Awalnya Zarul sampai. Aku mempercepatkan kerja-kerjaku. Setelah selesai, aku mengintai di tingkap bilik. Senyum di bibirku hilang. Aku tak tahu untuk menunjukkan respon wajah yang bagaimana ketika berhadapan dengan kedatangan Hakimi.


Walaupun terasa agak janggal, aku tetap melayan Hakimi sebaik mungkin. Almaklumlah, hari baik bulan baik kan. Lagipun dia tetamu aku. Kami hanya bertanya khabar dan bercerita tentang perkembangan masing-masing. Tak lama kami berbual, aku sudah terdengar bunyi enjin kereta. Apabila ku jenguk, wajah yang ku nanti-nanti kan muncul. Wajah yang selalu muncul di depan mata bila aku betul-betul memerlukan seseorang. Zarul memberi salam sebelum aku menyambutnya di muka pintu.


"Eh, Kimi. Kebetulan pulak. Apa khabar kau?" Zarul riang bersalam dan memeluk Zarul. Pasti mereka sudah lama tidak berjumpa. Kehadiran Zarul benar-benar mengubah suasana ruang tamu rumahku. Ceria dengan lawak jenaka den senda gurau Zarul dan Hakimi. 'bilanya nak pergi beraya kalau macam ni?' Aku bermonolog.


"Anis, dah siap ke? Jomlah kita gerak, nanti tengahari tak best pulak nak berjalan." Zarul memulakan bicara seolah-olah dia faham saja dengan gerak hati aku.


"Korang nak pergi mana?" Soal Hakimi.


"Kitorang nak pergi beraya. Kau nak ikut sekali tak?" Pelawa Zarul. Mukaku berubah sedikit. Aku bukan tidak suka kalau Hakimi ada bersama tapi....nanti aku jadi kekok.


"Korang nak pergi rumah siapa je?" Soal Hakimi.


Zarul memandang wajah aku sebelum menjawab soalan Hakimi. "Kalau ikut plan asal nak pergi rumah kawan sekampus. Ye la ni raya last jadi student, so nak raikan ngan dorang. Tapi kalau kau nak ikut tak apalah, kita pergi rumah kawan-kawan lama kita je."


Hakimi mula berkira-kira. "Kalau korang dah plan, tak apalah. Korang ikut jelah plan asal korang tu. Lagipun aku nak balik rumah nenek aku petang ni." Jawapan yang sangat melegakan hati aku.


Emak, menghantar aku sampai ke kereta Zarul. "Korang ni pergi berdua je ke?" soal emak.


"Tak lah mak cik, nanti kami pergi ambil Mia dengan Reza sekali. Jangan risau, saya jaga Anis nanti" Jawab Zarul sopan.


"Mak cik ni bukannya tak percaya dengan kamu, tapi berjalan berdua ni tak baik nanti orang kata. Kamu ni belum ada apa-apa ikatan pun lagi." Pesan emak berbisa. Merah padam muka aku. Aku tak sanggup menghadap wajah Zarul. Yang aku dapat dengar cumalah ketawa kecilnya.


"Apasal kau buat muka macam tu tadi?" Soal Zarul semasa di dalam kereta.


"Muka macam mana?" Soalku keliru.


"Muka cuak. Kau tayang masa aku pelawa Kimi ikut kita tadi". Zarul ketawa besar. Aku hanya tersenyum.


Semester baru telah dibuka. Aku melangkah ke kampus dengan semangat baru. Mana tidaknya seperti semester-semester yang lepas, azam tak mahu 'tuang' kelas tak berjaya aku laksanakan denga jayanya. Harap-harap tahun ini menjadi. Hubungan aku dengan Hakimi pula nampaknya semakin baik. Dia seolah-olah mula memahami 'rentak'ku. Dalam diam, perasaanku terhadapnya seakan-akan terpupuk. Dia nampak sangat berusaha untuk memahami diriku. Mungkin kerana dia tahu, syarat utama ingin menjadi pasanganku adalah harus memahami aku dan menerima aku apa adanya.


Sehinggalah emak menelefonku pada suatu tengahari. " Anis, kamu dengan Kimi tu macam mana sebenarnya?" Soal emak benar-benar mengelirukan aku.


"Macam mana mak? kawan je lah"


"Tadi dia telefon emak, mintak kebenaran nak kawan dengan kamu. Emak pelik juga, bukan ke kamu memang dah berkawan. Tapi mak faham maksud dia tu." Gulp! terkejut aku.Beraninya mamat ni.


"Emak tak kisah Anis. Mak tengok Kimi tu pun baik orangnya. Boleh tahanlah." Emak memberi kebenaran. Terkejut juga aku. "Mula-mula emak ingatkan kamu dengan Zarul, rapat je...alih-alih Kimi pula. Mana-manalah Anis, dua-dua pun mak suka."


Tergelak aku mengingatkan percakapan emak. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Zarul.


"Ada berita baik nak sampaikan pada aku tak?" Soal Zarul selepas salamnya aku jawab.


Aku gelak. "Berita apa? Kau ni ada-ada je lah"


"Alah....amacam gentlemen tak dia?" Aku gelak.


"Ni sure kau yang bagi nombor telefon rumah aku kat dia kan, Zarul?" Giliran Zarul pula yang ketawa.


Semenjak hari itu, hubungan aku dan Hakimi bertambah intim. Bagiku dia seorang yang sangat mengambil berat dan kini aku benar-benar pasti yang dia sayangkan aku. Sikapku jadi berubah sedikt sebanyak. Dari seorang yang sangat berdikari menjadi orang yang mula bergantung, dari seorang yang agak 'kasar' menjadi 'lembut' apabila bercakap dengan Kimi. Aku betul-betul berubah menjadi seorang yang agak feminin. Hakimi benar-benar 'menjadikan' aku seorang 'wanita'. Aku juga sudah mula menjaga pertuturan ketika bercakap dengan Kimi. Kalau dulu aku memang akan bercakap mAnis 'lepas' je. Tapi sekarang tidak lagi. Hakimi ni sensitif orangnya, jadi kenalah aku menjaga hatinya.


"Anis, nanti awak tak payahlah join program yang lasak-lasak tu. Mendaki gunung lah, berakit lah. Nanti jadi apa-apa awak, saya risau tau." Ujar Hakimi pada suatu hari.


"Awak kan memang tahu, itu memang minat saya."


"Iyalah tapi bahaya, dah tak yah join lagi" Arah Hakimi tegas. Begitulah yang terjadi kepada aku kebelangan ini. Itu tak boleh, ini tak boleh.


"Anis, program mendaki Gunung Tahan ni, ko join kan?" Soal Zarul pada aku. Aku monyok.


"Tak kot, Zarul." kataku ringkas.


"Alah kau ni, hari tu kau yang beriya-iya sangat nak naik, ni dah nak dekat, tak jadi pulak. kan ke cita-cita ko nak tawan semua puncak kat Malaysia ni, poyo je la kau ni" Aku tidak mengeluarkan sebarang respon. Mataku hampir bergenang. Tiba-tiba aku teringat akan diriku sendiri. Hati aku, diri aku. Cepat-cepat aku berlalu meninggalkan Zarul. Entah apa reaksi Zarul ketika tu, aku tidak tahu.


Seminggu telah berlalu, kini peperiksaan semester akhir makin hampir. Hati aku makin parah. Aku tak tahu mengapa, bila memikirkan fasal Hakimi, hati aku 'dingin'. Tak lagi sehangat dulu. Aku memohon petunjuk dari Tuhan. Kini, telefon atau sms dari Hakimi jarang aku jawab. Aku tak tahu mengapa, tiba-tiba aku merasa tawar.


Zarul pun sama. Mungkin kerana kecil hati dengan kata-katanya tempoh hari. Aku tidak tahu. Aku sendiri keliru dengan persoalan-persoalan yang timbul dalam diri aku. Tiba-tiba timbul persoalan-persoalan aneh, 'betulkah aku cintakan Hakimi?' 'betulkah Hakimi menerima aku seadanya?' 'Fahamkah Hakimi dengan sifat dan sikap aku?' 'Aku akan berkahwin dengan Hakimi?' segala-segalanya muncul.............


Hakimi sudah mula complAnis. Dia tanya aku dengan soalan yang bertubi-tubi sampai aku tiada hati untuk membalas satu pun. Mungkin aku kelihatan kejam, tapi aku benar-benar perlukan masa untuk mencari diri aku yang hilang. Aku benar-benar perlukan tempoh. Dan Hakimi benar-benar tidak faham dan akhirnya menjadikan aku seorang yang sangat tertekan. Otakku menjadi serabut dengan tesis, asignment, kajian lapangan dan kes-kes yang banyak untuk di ingat butirannya. Ditambah lagi dengan masalah Hakimi. Aku benar-benar tertekan.


Akhirnya aku bertemu Mia. Aku bercerita kepadanya segala-galanya. Tentang apa yang aku lalui, apa yang aku rasai. Segala-galanya. Aku tak dapat bercerita langsung dengan Zarul, kerana aku rasa seperti belum bersedia untuk berhadapan dengannya. Aku berkecil hati dengan sebenar-benarnya.Adakah aku mengharapkan Zarul memujukku?' Ah, tak mungkin, aku bukan jenis perempuan yang cair dengan pujukan!!!!


Beberapa hari selepas berbicara dengan Mia, Kimi menghantar sms yang berbunyi 'Mungkin saya belum mengenali 'awak', belum cukup memahami awak, saya mungkin tidak sesuai dengan awak, maka dengan itu, lebih baik kita putus. Saya bebaskan awak'. Aku tersandar di dinding. Hatiku luntur. Kalau aku boleh ibaratkan, betul macam belon yang diisi dengan air kemudian di goyangkan, longlai.....


Kenapa sampai jadi begini kesudahan cinta kami? Aku tidak menyangka Hakimi sampai sanggup memutuskan hubungan ini. Aku cuma berharap dia memberi kami ruang untuk bernafas dan berfikir dimana silap masing-masing. Kami tak pernah berbincang lagi, dia sudah membuat keputusan ini. Aku menghela nafas panjang. hatiku? Gembita tidak, sedih pun tidak, tapi hiba mungkin....


Hakimi langsung tidak menghubungi aku selepas itu. Berkali-kali aku mencuba untuk menghubunginya namun, seakan ada kuasa lAnis yang menghalang aku. Aku menjadi senyap selama seminggu. 'Karaoke box' ni seakan-akan sudah menjadi sebuah perpustakaan yang sunyi dan 'menakutkan'. Inikah balasan untuk aku? Aku mengorbankan azam dan prinsip yang telah bersemadi dalam diri aku sejak berbelas tahun dulu hanya untuk kehibaan seperti ini?


Hari ini hari Sabtu. Aku cuba keluar dari kepompong kehibaan yang aku tanggung. Dari pagi tadi, aku berjoging di sekeliling stadium, selesai berjogging aku ke pusat akuatik untuk 'berendam' seketika. Sekarang, aku berada di depan tasik yang berada di belakang rumah Kak Long. Mungkin Kak Long pelik juga melihat aku dalam seminggu ni. Asyiklah aku diam dan termenung. Aku bukannya apa, aku cuba menyelami di mana silapnya atas semua yang terjadi ini?


"Jauh termenung?" Aku terkejut mendengar suara itu. Zarul.


"Mana kau tahu aku ada kat sini?"


"Aku bukan kenal kau semalam, Anis. Kau ok?"


"Eh, kau bukan ke sepatutnya ko berada kat Gunung Tahan sekarang ni?" Soalku tanpa menjawab soalan Zarul tadi.


"Tak kan aku nak pergi, kalau 'buah hati' aku ni tak pergi..." Zarul ketawa. "Ko ok tak?"


"Hurm....tengah berusaha..." putus.


"Aku tahu kau kuat, Anis." Zarul memberi semangat.


"Entahlah Zarul, salah aku kot. Aku yang tak sesuai untuk bercinta dengan sesiapa pun. Salah aku juga terburu-buru masa terima dia dulu. Kimi tak salah, Zarul. Aku sedar, mungkin aku yang tak menghargai dia, aku...." jari telunjuk Zarul sudah berada di bibirku.


"Sorry. Stop blaming yourself, Anis."


"Cara ni je aku dapat build up balik diri aku sendiri dan dengan cara ni je aku dapat positifkan balik semua perasaan negatif aku, dan dengan cara ni jugaklah aku dapat kembali tenang." suaraku berubah. Suasana menjadi sunyi seketika.

"Dahlah Zarul, aku dah ok!!!" Aku menjerit riang. "Jom lawan lumba lari ngan aku nak? kita keliling tasik" Aku bangun.

"Tak aci, aku pakai selipar je, surela ko menang." Aku terus berlari laju. Tapi selaju-laju aku dapat juga budak Zarul ni kejar aku.

"Zarul, kau bila lagi nak kawin?" soalku sewaktu berlari beiringan dengannya.

"Entah, tak ada calon la. Ko, dah ada plan nak cari baru ke?" Aku ketawa.

"Lepas ni kalau aku jodoh, aku nak kahwin sebab aku berkawan dengan dia,bukan bercinta. bercinta ni tak menjamin apa-apa la Zarul, aku da serik....lagipun kalau kita berkawan, kita lebih telus dan senang nak faham hati budi, tak lah macam bercinta lebih bunga je..."

"Kalau macam tu, kita kawan jela, Anis. Sampai masa kita kahwin,nak?" Kata Zarul. Aku berhenti berlari. Zarul juga.

"Kau kalahkan aku dulu!!!" Aku terus memecut meninggalkan Zarul yang terpinga-pinga di belakang.

Angin...bawalah aku terbang jauh.....

Monday, October 12, 2009

tiba2~~

my heart beat 'running' again....why??

(Prolog) Sabar kan aku, Tuhan~~


Terlalu banyak yang terpaksa aku tempuh, semenjak dua menjak ni. Kadang-kadang tak tertanggung rasanya. sekeping daging yg bergelar hati dalam tubuh ini seakan-akan sudah hilang keanjalannya, lemah daya rintangannya, lesu...tak bermaya, mujur ianya tersimpan jauh di dalam dan tersorok daripada pandangan manusia... kalaulah ia mampu menunjukkan wajah....

Aku mohon ya Allah, tabahkan hatiku...Kuatkan pendirianku, teguhkan jiwaku... semoga aku tergolong di antara hamba2Mu yg sabar...amin...

Sunday, October 11, 2009

One Last Cry... by : Brian Mcknight


My shattered dreams and broken heart
Are mending on the shelf
I saw you holding hands, standing close to someone else
Now I sit all alone wishing all my feeling was gone
I gave my best to you, nothing for me to do
But have one last cry

One last cry, before I leave it all behind
I've gotta put you outta my mind this time
Stop living a lie
I guess I'm down to my last cry

Cry......

I was here, you were there
Guess we never could agree
While the sun shines on you
I need some love to rain on me
Still I sit all alone, wishing all my feeling was gone
Gotta get over you, nothing for me to do
But have one last cry

One last cry, before I leave it all behind
I've gotta put you outta my mind this time
Stop living a lie
I know I gotta be strong
Cause round me life goes on and on and on
And on.....

I'm gonna dry my eyes
Right after I had my
One last cry

One last cry, before I leave it all behind
I've gotta put you outta my mind for the very last time
Been living a lie
I guess I'm down
I guess I'm down
I guess I'm down...
To my last cry...

Friday, October 9, 2009

suara hati kecilku ini

skang ni hanya lirik2 lagu yg bley nk gmbrkan apa yg ak rasa
so, segala2nya yg ad dlm ati ak, aku link kan pada lagu2 'terpilih'
sbb tu, sorryla klu n3 ak lps2 ni akan byk lagu2 je..hee

Thursday, October 8, 2009

Cinta Pertama by : Aiman


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

raya di sana sini

(dlm n3 ni, xd gambar coz mls nk select yg mne nk mls gak nk upload)

Alhamdulillah. Pada tarikh n3 ini dinukilkan, kita semua sudah melangkah ke minggu ke-3 bulan syawal. Tapi bg saya, x mcm thn2 lps, thn ni mcm byk sgt plak jemputan ke rumah terbuka. boleh dikatakan setiap weekend memang tak boleh lekat di rumah. sudahlah begitu, penat seminggu berhari raya di kampung belum hilang lagi..huhu..walau apa pun semua tu tetap saya lalui dengan gembira...terima kasih kpd yg menjemput.

just nk share the sequel of my hari raya:

raya pertama : semua org pn x blk kmpg lagi. yg tinggal di rumah hanya saya, abang, dibah dan emak. sbb boring, sempat lagi pagi raya saya bakar kuih raya...hehe. lepas tu baru la bz ngan baraan...

raya ke-2 : k.ngah + K.long sekeluarga balik. terBz la plak sbb mmg rmi gler org dtg termasuk family Mak Long. Sorrylah memang tak terlayan semua org coz dah penat gler keje 'catering' dari pagi..huhu

raya ke-3: kengkawan masa sek rendah dulu datang beraya. janggal gak sebenarnya sbb dah lama lost kontek ngan dorg n cam dah lain je sumer..hehe... hajat nak ikut dorg beraya x kesampaian sbb mak ajak g Gedangsa..(wat2 sdey dpn dorg, sbnrnya suka je....haha...sbb segan la)

raya ke-4 : balik kampung tuk maraikan pernikahan my uncle. saya telah menjadi jurufoto terbaik on dat day..kiki (padahal amik brp keping je ntah...mood ilang coz pengantin monyok~~)

raya ke-5 : beraya sakan ngan kengkawan sek selisek. best woo dapat beraya rumah ustaz + ustazah...walaupun ad bbrp 'kes' yg x bes, tp saya pn memainkn watak sbg budak yg rasa semuanya best je..haha (xmo spoil).. tp yg plg best ialah dpt jumpa baby Fiddah. spe ntah nme dia, yg ingat ada perkataan "anique" (camtu ke ntah ejaan?) sbb sme ngan my nickname

raya ke-6 : beraya di Shah Alam plak. dan malamnya terpaksa plak menemankan dak Zue tu g beli laptop dia kat low yatt...penat gler dah time tu, tp sbr kan je la, nasib dia dah nk blk sabah esoknya..haha

raya ke-7 : Zue blk sabah (tp rasa mcm dia nk blk asrama yg bley g ngan nek bas je..haha..jahat gler)..petangnya beraya di Klang plak..n malamnya saya telah kembali ke Subang~~

raya ke-8 : pepagi buta lagi dah kena ready untuk konvoi bersama dak2 batch UPSM... jauh kami pergi sampi pukul 12 tgh mlm bru sampi rumah semula. malam tu mcm dah niat x nk g opis je esknya...haha (tp pergi gak tau dgn penuh semangatnya)

raya ke- 9 & 10 : xde event

raya ke-11 : open house umah K.nor... kami adalah skuad membakar satay (kononnya)..haha

raya ke 12, 13 & 14 : no event

raya ke 15 : Beraya ke umah Azmina di Puchong. lepastu pergi Mines plak temankan Pak Lan beli suit konvo dia...walaupun beraya 1 rumah je, penat nya....hadoiii.... tp best coz dah lme x g mines~~

raya ke 16-20 : No event ( belajar dengan penuh kesungguhan tau..hehe)

raya ke-21 : Beraya ke rumah nenek Hamizah

raya ke- 22: Kenduri ruman Alane Japare. Actually ada open house UPSM, tp cam x ley g je coz rahmah blk kampung n pizah ad kerja, jd sbg org yg xd transport ni, i just follow the driver la.. n driver saya nnti ialah Cik Azlina yg xde sangkut paut dengan UPSM..haha

untuk hr2 yg seterusnya...belum ada planning lagi..tinggal 8 hari je lagi Syawal dah nk hbs...pe yg best ialah aku dah habis ganti puasa...hoyay!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Tuesday, October 6, 2009

ku percaya ada cinta...by : Siti Nurhaliza



Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi….

Saturday, October 3, 2009

Rindunya....


even though i am unskilled artists, but i always love the art of drawing, sketching, painting etc..

miss my sketch book...

masa terus berlalu


terasa lama betul saya tak mencoret apa-apa dalam ruangan ini atau lebih tepat lagi memang dah lama saya tak menulis di mana-mana pun, termasuklah novel saya yang dah tergendala lebih dua bulan. bukan apa, saya memang betul2 tidak punya masa, banyak tanggungjawab lain yang perlu diutamakan dahulu. tambah2 pula dengan laptop yg tiba2 bermasalah. tapi alhamulillah sekarang dah ok dan saya sangat berterima kasih kepada lawrence di atas usahanya membetulkan laptop ni.

masa yang dah berlalu ni, banyak juga perkara yang dah berlaku dalam hidup saya juga orang2 disekeliling saya. ibarat kapal yang terus belayar tanpa hentinya. kadang2 dilanda badai, terhoyong-hayanglah ia ke sana ke mari. apabila tiba dipelabuhan barulah keadaannya tenang sedikit. walaupun perlabuhan itu selamat dan menyenangkan, namun bukan itu tujuan kapal sebenarnya diciptakan. begitu juga manusia. dan begitu juga saya dan begitu juga anda.

kita diciptakan oleh yang Maha Esa, yang Maha Mengetahui segala-galanya. Dia menguji kita namun Dia juga tujukkan jalan keluarnya. hanya terpulang kepada kita mahu melaksanakannya atau tidak. namun walau apapun, semakin banyak ujian yang Allah turunkan buat saya, lagilah saya rasa betapa diri ini disayang Tuhan. Alhamdulillah.

sesungguhnya Sang Maha Pencipta telah menjadikan manusia dengan pelbagai perasaan dan naluri yang sukar dimengerti walaupun kita sudah mempelajari ilmu anatomi berpuluh tahun lamanya. ianya abstrak dan sangat sukar dimengerti. Semua khalifah (manusia) di muka bumi dikurniakan Allah dengan 'hati', namun tuan punya badan sendiri selalunya tidak memahami kehendak hatinya sendiri, tidak mendengar pun suara hatinya sedangkan naluri itu hadir daripada lubuk hati yang mendalam. namun, manusia seringkali sangsi dengannya, begitu juga saya.

dalam hal ini, syaitan pula sering saja datang dan membuatkan kita menjadi was-was. hal ini berlaku kepada semua orang, berlaku juga kepada saya. ia berlaku pada bila-bila masa. walhal dalam solat sekalipun ia bisa menyinggah. dan ia sedang terjadi kepada saya ketika ini. saya keliru, was-was dan tidak pasti dengan bisikan hati naluri sendiri. saya cuba untuk mencerakinkan semua perkara menjadi bahagian2 kecil untuk mudah disusun dan memudahkan saya untuk membuat penakkulan dan keputusan secara logik. namun apabila membiacarakan soal hati dan perasaan, rupanya ia bukanlah seperti menyelesaikan formula matematik. kerana "nilaian"nya tidak pernah malar malahan sentiasa berubah.

ego. ini juga sesuatu yang sukar dihindar oleh manusia. sukar juga dihindar oleh saya. kita selalu mendengar, membaca dan melihat di kaca tv, amatlah sukarnya untuk melunturkan ego seseorang yang lain, tapi bagi saya lebih sukar untuk melunturkan ego sendiri, atau lebih tepat lagi, kenapa saya sukar melunturkan ego saya sendiri? entah saya tidak pasti.

namun, dalam masa yang terus berlalu ni, saya semakin sibuk, semakin jauh perjalanan yang saya lalui, semakin banyak pengetahuan yg saya explore, semakin banyak manusia yang saya perhati dankaji maka semakin banyaklah kisah manusia saya pelajari. tapi adakah saya belajar dari kisah hidup sayan sendiri. itulah formulanya, saya mengkaji diri saya melalui perbandingan dengan kajian ke atas manusia lain (orang2 disekeliling saya). Inilah hobi yang tak boleh saya tinggalkan dari zaman sekolah lagi. setelah sekian lama, saya merasakan kajian ini agak membahayakan diri saya sendiri kerana ia menjadikan ego saya semakin sukar untuk dilunturkan kerana saya tidak mahu kalah. kalah dengan persekitaran, kalah dengan pujukan, atau lebih tepat lagi kalah dengan perasaaan.

sehinggalah kini, walaupun masa terus-terusan berlalu, saya masih tidak menemui sebarang keputusan atau hepotisis untuk diri saya sendiri. apa yang saya mampu hanyalah berdoa kepada yang Maha Esa kerana Dialah yang Maha Mengetahui segala rahsia hati saya. Kerana itu saya yakin bahawa Allah memberi petunjuk yang benar, Amin...

Ya Allah,
tunjukkanlah,
temukanlah,
satukanlah,
bahagiakanlah
dan redhoilah...Amin