Sunday, July 27, 2008

Salam Perkenalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah... saya sebenarnya tidak berniat untuk mencoret dengan panjang lebarnya dalam lemparan maya ini. Almaklumlah, ini adalah post pertama saya dalam blog ini.

Inspirasi untuk membuat blog ini sebenarnya hadir apabila melihat keadaan manusia disekeliling saya. Semuanya dengan pelbagai aksi dan ragam. Kadangkala, bila saya amat-amati, semuanya boleh mengundang tawa dan air mata.

Oleh itu, kewujudan blog yang tidak seberapa ini di harap dapat berkongsi seberapa banyak cerita tentang manusia yang boleh dijadikan teladan dan sempadan.

Sesungguhnya Dia menciptakan kita dengan pelbagai hikmah,
sebagai khalifah,
yang sering dibayangi dengan khilaf dan mehnah....

Namun,
semuanya bermula dari hati,
yang dalam....
renunglah segalanya dengan mata hati...
semoga kita berjumpa dengan yang hakiki.

wassalam..

No comments: