Thursday, September 3, 2009

renungan : Gelatin daripada Babi

Adakah anda peminat makanan ringan seperti mashmallow, yogurt atau apa-apa softdrink? Atau pada musim2 perayaan seperti ini pastinya anda sedang sibuk membuat atau membeli kuih raya yang antara bahan asasnya adalah marjerin?
Dan saya juga amat pasti bahawa anda pasti tidak terlepas daripada bahan kosmetik, tidak kiralah anda wanita mahupun lelaki, kan? Persoalannya adakah semua benda yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita di atas adalah HALAL di sisi agama Islam?

Secara ringkasnya, gelatin adalah bersifat translucent, tidak berwarna, tiada rasa dan ianya dihasilkan daripada collagen binatang seperti anak lembu, kuda dan kebanyakannya daripada babi. Gelatin terhasil daripada proses hidrolisis separa dan amat banyak digunakan dalam pengelan makanan, pharmaceuticals, kosmetik dan fotografi.

Adakah gelatin HALAL?
Dalam industri, gelatin boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis A dan B. Gelatin jenis A iaitu yang terbaik adalah yang berasaskan kulit babi manakala jenis B adalah yang berasaskan tulang-belulang dan kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.

Dalam penggunaan seharian, kita seharusnya boleh mengelak daripada menggunakan produk makanan yang berasaskan gelatin, khususnya gelatin babi kerana sebagai pengguna biasa kita biasanya tidak mengkaji sumber asas sesuatu gelatin itu samaada daripada haiwan halal atau haram. Namun, bagaimanakah pula isu penggunaan gelatin babi dalam penghasilan kapsul yang menjadi kelonsong ubat dalam perubatan? adakah ubat tersebut halal atau haram dimakan?

Dalam isu ini, kita perlulah mengambilkira aspek al-auluwiyat. Buat masa sekarang, teradapat juga gelatin yang dibuat daripada tumbuhan namun sifatnya masih mempunyai kekurangan dan pengeluarannya masih belum meluas yang mana gelatin daripada babi masih mendominasi pasaran antarabangsa. Berdasarkan prinsip al-auluwiyat, adalah halal memakan kapsul tersebut hanya dalam keadaan yang mana sangat memerlukan kepadanya dansekiranya tidak megambil kapsul tersebut mungkin boleh mengakibatkan kematian atau darurat yang lebih teruk lagi.

Beberapa fakta untuk dikongsi:
  1. Syarikat Yassin Gelatin Co. Ltd di China antara syarikat yang mengeluarkan gelatin daripada babi.
  2. Di Qatar, oatmeal yang dikeluarkan oleh syarikat Lucky Charms & General Mills dipercayai mengandungi gelatin daripada babi.
  3. Antara syarikat yang menghasilkan dan menggunakan kapsul daripada tumbuhan adalah seperti Syarikat Abott Laboratories (M) Sdn Bhd, Syarikat Halagel (M) sdn Bhd, Kilang HOVID dan HAGECAPS (M) Sdn Bhd.
  4. Terdapat penemuan baru dalam penghasilan gelatin iaitu daripada rumpai laut (karragenan) dan ikan (Ocean Caps).
"Sesunggunya makanlah makanan yang halal lagi baik.."

5 comments:

Anonymous said...

suka ek ko ngn gelatin2 ni..hahahaha

Ecah said...

bkn mslh ske,
maslahah ammah ni tau x?
huuhu

Anonymous said...

ammah tu apa?

Ecah said...

'ammah...
ain, mim, ta

= umum

Anonymous said...

ooo...ckp lah 'ammah....hehehe