Saturday, October 3, 2009

masa terus berlalu


terasa lama betul saya tak mencoret apa-apa dalam ruangan ini atau lebih tepat lagi memang dah lama saya tak menulis di mana-mana pun, termasuklah novel saya yang dah tergendala lebih dua bulan. bukan apa, saya memang betul2 tidak punya masa, banyak tanggungjawab lain yang perlu diutamakan dahulu. tambah2 pula dengan laptop yg tiba2 bermasalah. tapi alhamulillah sekarang dah ok dan saya sangat berterima kasih kepada lawrence di atas usahanya membetulkan laptop ni.

masa yang dah berlalu ni, banyak juga perkara yang dah berlaku dalam hidup saya juga orang2 disekeliling saya. ibarat kapal yang terus belayar tanpa hentinya. kadang2 dilanda badai, terhoyong-hayanglah ia ke sana ke mari. apabila tiba dipelabuhan barulah keadaannya tenang sedikit. walaupun perlabuhan itu selamat dan menyenangkan, namun bukan itu tujuan kapal sebenarnya diciptakan. begitu juga manusia. dan begitu juga saya dan begitu juga anda.

kita diciptakan oleh yang Maha Esa, yang Maha Mengetahui segala-galanya. Dia menguji kita namun Dia juga tujukkan jalan keluarnya. hanya terpulang kepada kita mahu melaksanakannya atau tidak. namun walau apapun, semakin banyak ujian yang Allah turunkan buat saya, lagilah saya rasa betapa diri ini disayang Tuhan. Alhamdulillah.

sesungguhnya Sang Maha Pencipta telah menjadikan manusia dengan pelbagai perasaan dan naluri yang sukar dimengerti walaupun kita sudah mempelajari ilmu anatomi berpuluh tahun lamanya. ianya abstrak dan sangat sukar dimengerti. Semua khalifah (manusia) di muka bumi dikurniakan Allah dengan 'hati', namun tuan punya badan sendiri selalunya tidak memahami kehendak hatinya sendiri, tidak mendengar pun suara hatinya sedangkan naluri itu hadir daripada lubuk hati yang mendalam. namun, manusia seringkali sangsi dengannya, begitu juga saya.

dalam hal ini, syaitan pula sering saja datang dan membuatkan kita menjadi was-was. hal ini berlaku kepada semua orang, berlaku juga kepada saya. ia berlaku pada bila-bila masa. walhal dalam solat sekalipun ia bisa menyinggah. dan ia sedang terjadi kepada saya ketika ini. saya keliru, was-was dan tidak pasti dengan bisikan hati naluri sendiri. saya cuba untuk mencerakinkan semua perkara menjadi bahagian2 kecil untuk mudah disusun dan memudahkan saya untuk membuat penakkulan dan keputusan secara logik. namun apabila membiacarakan soal hati dan perasaan, rupanya ia bukanlah seperti menyelesaikan formula matematik. kerana "nilaian"nya tidak pernah malar malahan sentiasa berubah.

ego. ini juga sesuatu yang sukar dihindar oleh manusia. sukar juga dihindar oleh saya. kita selalu mendengar, membaca dan melihat di kaca tv, amatlah sukarnya untuk melunturkan ego seseorang yang lain, tapi bagi saya lebih sukar untuk melunturkan ego sendiri, atau lebih tepat lagi, kenapa saya sukar melunturkan ego saya sendiri? entah saya tidak pasti.

namun, dalam masa yang terus berlalu ni, saya semakin sibuk, semakin jauh perjalanan yang saya lalui, semakin banyak pengetahuan yg saya explore, semakin banyak manusia yang saya perhati dankaji maka semakin banyaklah kisah manusia saya pelajari. tapi adakah saya belajar dari kisah hidup sayan sendiri. itulah formulanya, saya mengkaji diri saya melalui perbandingan dengan kajian ke atas manusia lain (orang2 disekeliling saya). Inilah hobi yang tak boleh saya tinggalkan dari zaman sekolah lagi. setelah sekian lama, saya merasakan kajian ini agak membahayakan diri saya sendiri kerana ia menjadikan ego saya semakin sukar untuk dilunturkan kerana saya tidak mahu kalah. kalah dengan persekitaran, kalah dengan pujukan, atau lebih tepat lagi kalah dengan perasaaan.

sehinggalah kini, walaupun masa terus-terusan berlalu, saya masih tidak menemui sebarang keputusan atau hepotisis untuk diri saya sendiri. apa yang saya mampu hanyalah berdoa kepada yang Maha Esa kerana Dialah yang Maha Mengetahui segala rahsia hati saya. Kerana itu saya yakin bahawa Allah memberi petunjuk yang benar, Amin...

Ya Allah,
tunjukkanlah,
temukanlah,
satukanlah,
bahagiakanlah
dan redhoilah...Amin


No comments: