Friday, July 15, 2011

~berjenis-jenis


photo by : neneisme


oh, semenjak terputus dengan dunia maya (internet) ni, saya dah mcm hilang fokus kejap dalam meneliti dan mentafsir kehidupan dalam penulisan. huhu, hari ni saya bertatih semula, merangka draf-draf rangkai ayat agar dapat disusun dalam satu gaya penulisan "gaya saya" sebelum ini.

saya berhijrah.
agak besar dan jauh jugalah penghijrahan saya ni.
bekerja di atas menara kebanggaan malaysia
di syarikat kebanggaan negara.
agak ok lah jugak.
tapi,
saya bukanlah seberani dulu.
makin dewasa,
makin banyak tribulasi melanda,
saya jadi makin takut.

ye,
saya jadi penakut sebenarnya.
sangat takut.
takut nak bercakap
takut nk bertanya
takut nk ke mana-mana
apa yang memaku otak, akal dan mentak saya
entah,
saya tak tahu

mujur,
ada dorongan dari org2 tersayang
mujur jugak,
teringat pesan emak
"campaklah kamu ke mana saja, mak percaya kamu boleh hidup"
kata mak lagi
"kita mampu mengubahnya" (emak tiru ayat iklan)
dan saya selalu beri org semangat
"ye, kita mampu melakukannya!"
huh!!!!

hijrah saya
saya mula belajar
bahawasanya, manusia ni berjenis-jenis
ye,
lebih berjenis-jenis daripada jenis-jenis manusia yang saya pernah jumpa

maha kreatif Allah yang menciptakan~

"semoga saya terus tabah"

No comments: