Monday, August 25, 2008

Ogos yang akan diingati...

Sekali lagi kita bertemu dengan bulan Ogos. Seperti tahun-tahun sebelum ini, bulan Ogos adalh antara bulan yang sangat diingati oleh kita semua kerana padamm penghujung bulan ini kita bakal menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan nega kita, Malaysia iaitu pada tanggal 31 Ogos.

Namun, apa yang saya sedihkan hari ini ialah tentang semangat rakyat Malaysia yang seakan-akan telah pudar kepada sambutan hari merdeka. Entahlah, masing-masing mungkin ada alasan yang tersendiri untuk dinyatakan atau mungkin masing-masing sudah ada cara sendiri yang mungkin lebih berkesan untuk menyembut hari bersejarah ini.

Namun bagi saya, apa yang saya lalui di kampus hari ini sangat berbeza dari beberapa tahun sebelum itu. Saya masih ingat ketika saya di tahun satu, banyak sungguh aktivi-aktini yang dijalankan oleh pihak kolej dan universiti untuk meaikan hari yang memnwa sejarah dalam negara kita ini. Antara yang saya masih ingat ialah larian merdeka, tayangan filem2 tentang perjuangan dan pengorbanan serta pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan. Mana tidaknya, saya turut menjadi wakil kolej pada ketika itu.

Tapi apa yang saya perhatikan hari ini, sudah hampir tiada aktiviti-aktiviti seperti itu. Saya tidak pasti puncanya. Apakah pihak perwakilan pelajar di peringkat pusat dan kolej sudah ketandusan idea atau mungkin tiada masa yang sesuai untuk melaksanakan apa2 aktiviti lagi. Saya tidak pasti. Jalur Gemilang yang dibanggakan juga hampir kelam dari pemandangan kampus.

Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah apabila mendapati yang dikalangan mahasiswa hari ini (sering dilabel sebagai golongan intelek oleh masyarakat) sudah lupa akan hari yang bersejarah ini. Saya pernah berborak dengan seorang junior dan ada satu ayat beliau yang mengejutkan saya "eh..hujung bulan ni, kita sambut merdeka kan? lupa pulak!!" sampai begitu sekali Ogos dilupakan dan mungkin hampir ditinggalkan. Saya sangat kecewa, kerana sebagai orang yang cintakan negara ini, serta bernaung di bawah persatuan yang berjuang meningkatkan mutu bangsa sendiri, pernyataan seperti itu, amatlah mengecewakan.

Mungkinkah ini semua berlaku akibat pergolakan politik yang berlaku dalam negara kita hari ini??? Apakah kerana itu, kerajaan lupa untuk melakukan kempen kemerdekaan secara radikal seperti tahun2 sebelumnya, atau apakah juga kerana pening memikirkan masalah ini, semua warga universiti pening kepala dan hilang semangat untuk menyambutnya?? Kalau benar, memang pergolakan politik kali ini begitu besar maknanya kepada semua rakyat Malaysia. Ia mungkin akan menjadi sejarah dalam peta Malaysia. Apa-apa pun, saya masih belum pasti.

Cuma sekelumit harapan saya utarakan di sini. Biarpun tiada sambutan yang 'grand' seperti tahun2 dahulu, janganlah sampai rakyat negara ini lupa akan sejarah merdeka, janganlah sampai lupa akan sejarah2 wira bangsa kita, janganlah sampai hilang semangat juang dalam diri kita.

Kepada semua rakyat di Permatang Pauh, lakukanlah kewajipan anda dengan sebaik mungkin. Mintalah petunjuk daripada Allah. Semoga kita semua di golongkan dalam golongan hambaNya yang diberi petunjuk, amin... Sedarlah bahawa anda bakal mengubah nasib negara kita jika salah membuat pilihan....

p/s : tak payahlah gantung bendera terbalik ye...sedih saya melihatnya..
putuscinteputuscintesedihsedih. dan cubalah baca catatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya..http://test.chedet.com

No comments: