Saturday, September 20, 2008

Salam Sesuci Lebaran


Saat entry ini ditulis semua umat Islam di Malaysia da pun melangkah ke hari yang ke-20 dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ni. Alhamdulillah. Mesti sudah banyak amalan yang telah dibuat. Tapi janganlah ianya terhenti setakat di bulan ini sahaja, teruskanlah pada bulan-bulan berikutnya.

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua orang termasuklah sahabat-sahabat, adik-beradik, dan sanak saudara. Sengaja saya menulis entry ini awal kerana saya pun bakal pulang ke rumah esok ataupun lusa. Sudah tentu kesempatan untuk menulis di blog ini menjadi sempit.

Kepada mak dan abah, Ain mohon sembah ampun dan maaf andai terdapat apa-apa salah an silap sepanjang hidup ini. Halalkanlah segala makan dan minum atau apa-apa yang mak dan abah dah sumbangkan dalam hidup Ain. Sesungguhnya tiada mak dan abah yang terhebat di dunia ini, selain dari mak dan abah. I love U.

Untuk K.long dan keluarga, K.ngah dan keluarga, abang, adik-adik, Zue, Dibah, Iwan dan Le'a...Selamat hari Raya. Terima kasih kerana sudi menjadi dahan tatkala aku memerlukan. aku sayang korang semua. Walaupun banyak kenangan yang telah kita ciptakan bersama sepanjang 22 tahun aku hidup dengan korang, InsyaAllah satu pun aku tak kan lupakan. Terima kasih kak Long sebab sudi jadi pendengar dan banyak juga bantu aku dalam buat keputusan untuk hidup aku.

Untuk sahabat-sahabat di jabatan dan fakulti, antaranya Cik Non, Yam, Muna, Zarah, k.Anith, k.Onah, Pjul, Hadi, Anis, Pejal, Acap....(ramai sangat la) aku nk mintak maaf juga ngan korang. Dan terima kasih banyak-banyak juga atas segala pertolongan dan semangat. Semoga korang sukses dalam hidup.

Untuk 'adik-beradik' yang lain....Roy, Napie, Alan, Man, Shah, Zin, Shakeer, Shawal, Zani, Ustaz, Am, Apis, Olo, Eja, K.ecah, Cik Mah, Haf, Jai, Dayah, Eka, Pzah, Yana, Bam, Cdot, Syiera, Zila, Kiera, Nazira, Dada, Madah.....(malek dan Lin..walaupun korang dah tak bersama dalam perjuangan ni, aku tetap anggap korang adik beradik aku)..Tidak lupa semua senior2..selamat hari raya...Ingat perjuangan kita belum selesai. Memori yang terlalu banyak tak akan aku lupakan, InsyaAllah.

Kepada kawan-kawan sekolah yang masih setia berhubung, especially Eg, Ayer, Nad, Sharif dan lain-lain...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eg, kalau ko tak datang raya rumah aku tahun ni siap ko...huhu

Dan untuk 'Dia'....Selamat menyambut Aidilfitri di rantau orang. Tidak kira sehebat mana ujian Tuhan, hadapilah dengan sabar dan redho. Sesungguhnya, orang yang diuji dan tabah menghadapinya adalah hambaNya yang beriman. Ketahuilah, bahawa tidak ramai di dunia ini yang boleh bersyukur atas ujian Allah. Dan terima kasih juga, kerana sudi menjadi teman, berkongsi rasa dan masa, walau hanya di laman maya, terima kasih atas segalanya...kalau 'Dia' membaca...dia pasti tahu siapa 'Dia'...

Akhirnya....Salam Eidulfitri, Maaf Zahir & Batin..