Sunday, September 21, 2008

episod : bila siren berbunyi

Petang tadi saya berbuka dengan kawan-kawan dekat restoren Azura di Petronas. Kami je la sisa-sisa orang yang betah lagi tinggal kat ukm ni. Yang lain semua dah balik ke kampung agaknya.

Balik dari berbuka puasa saya dan Jai terus menuju ke blok di mana bilik kami berada. Semakin kami menghampiri kawasan blok, kami makin gusar apabila melihat kelibat 2 ekor anjing di sekitar blok. Teringat peristiwa di kejar anjing dengan Olo, Jai tidak jadi masuk ke kawasan blok dahulu sebaliknya mengambil masa sedikit dengan berlegar-legar di kawasan sekitar. Mujurlah slps beberapa ketika, anjing2 itu beredar.

Selepas melepaskan lelah beberapa ketika, saya terus menemankan Jai menyidai pakaian yang baru dibasuhnya. Memandangkan kawasan ampaian yang agak gelap maka saya mencadangkan untuk menghidupkan suis lampu di koridor berhampiran.

Sebaik sahaja saya menekan suis tersebut, tiba-tiba satu bunyi seperti bunyi siren yang amat kuat kedengaran. Saya yakin, bunyi tersebut boleh didengar di seluruh kolej. Mungkin kerana terkejut dan takut, Jai terus lari dengan wajah yang amat 'cuak'. Saya yang gugup dan tekejut juga tidak dapat berfikir dengan rasional dan terus berlari mengikut Jai. setelah beberapa langkah barulah kami terfikir untuk memadam semula suis tadi. Fuh...nasib baik siren tadi berhenti.

Kami tidak jadi menyidai baju sebaliknya pulang ke bilik dengan gelak ketawa yang tak boleh di tahan..hahaha....Mujur semua orang sudah balik. Jadi tak lah malu sangat..hahaha

Jaemah...Selamat Hari Raya....

No comments: