Sunday, November 23, 2008

dari puncak cameron part I

hai semua. tak dapat aku gambarkan perasaan dan suasana yang aku alami ketika aku menulis entri ni. tapi yang paling penting, aku tengah sejuk gila. mana tidaknya, melakukan aktiviti surfing internet di anjung hotel, dengan hujan yang sesekali turun rintik dan angin malam yang meniup lembut (sekarang pukul 11.54pm). memang sejuk yang tak terkata. tapi aku sengaja nak menghayati moment ni. bukan selalu dapat rasa, saja..biarlah sejuk sekajap sebab nanti bila da turun ke bawah sure aku tak akan rasa semuanya ni lagi. sesekali sepanjang berada di cameron ni (baru dua hari) aku rasa lapang juga fikiran. itupun kalau tak diganggu dengan penggilan2 telefon dan sms kerja yang sure datang tanpa diundang..huhu..redho jela..adat orang bekerja kn... tapi aku feel free here coz kurang sikit fikir pasal masalah yg aku slalu dok pk. (apa dia??)

kalau ikutkan aku bukan berada di puncak cameron sekarang ni. mungkin aku sedang berada di Kem Bina Negara Tanjung Rhu bersama peserta BTN yg lain, membincangkan senario politik yang semakin celaru..mungkin...tapi sekarang aku di sini. duduk berdiskusi dengan pelbagai lapisan orang yang berlainan genre malah berlainan fikrah tentang usul perbincangan. di sini setiap masa org berbicara soal duit...RM..RM...untung..rugi...huhu..

duduk di sini, jauh dari insan2 yg biasa mengelilingi dan mencambah fikrah aku buat aku berfikir lebih luas, aku mula merenung bait-bait lagu warisan anak kecil yang mengatakan ;

kita hanya cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
lepas tu aku mula fikir lagi bila teringat tinta yang aku pegang ;

jadilah melayu yang bijaksana
memegang tali memegang tima
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka....
pening aku..fuhhh

akhirnya aku kembali meghayati lagu terbaru M Nasir ft. Malique ;

(akan aku selitkan dalam entri berikutnya sebab cuaca sangat sejuk dan aku rasa aku kena masuk semula ke bilik hotel...rahmah sedang menanti..hehe)

entahlah, aku pun tak tahu kesudahan pemikiran aku malam ni. mungkin aku akan menyambungnya di bilik nanti bersama rahmah...(kalau akau tak tidur)

.....jauh kat sini, buat aku makin kenal erti rindu.....setia tak semestinya bersama kan??...

No comments: