Sunday, November 16, 2008

iklan..


ha..korang nak tau tak?? Taman Cahaya Seri Alam yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam merupakan satu kawasan percutian berbentuk rekreasi yang amat menarik, selain anda dapat menikmati keindahan alam yang menghijau, anda juga turut boleh melawat ke taman-taman (atau di sebut rumah2) yang disediakan. Antaranya taman herba, rumah cendawan, rumah haiwan, dan banyak lagilah..(sawah padi pun ada)...tapi bagi saya apa yang sangat istimewa kat tempat tu ialah dengan kewujudan rumah 4 musim (musim panas, musim bunga, musim luruh, musim salji).

kebetulan baru-baru ni (pagi tadi sebenarnya) saya berpeluang ke sana. dan kebetulan juga sekarang tengah musim awal musim sejuk. saya dan keluarga telah mengambil kesempatan untuk ke rumah 4 musim tersebut dan menikmati suasana awal musim sejuk yang.....menyejukkan..
haha..al maklumlah suhu dalan rumah tu seperti yang di tulis di pintu masuk adalah antara -2 sehingga -7 darjah celcius...pergh..memang tak tahan lama la kat dalam tu...
kepada anda yang teringin sangat nk merasa dunia bersalji, bolehlah melawat ke sana. Musim sejuk yang sebenar akan bermula pada Disember ini sehingga Februari nanti...
p/s :- dlu teringin gak nak stadi kt oversea konon...nk rasa main salji je padahal..haha..apa2 pun...SSSEJUKKK@$#^!!!




2 comments:

Haf said...

xajak aku pong!!!

Arejent said...

waaa....meanriknye aku bru pasang niat aritu nk gi ko dah gi dlu dah ish ish ish..... penguin tu hidup x? huhu...yg tempat bermusim u dia duk kt dalm satu dewan ker?...