Friday, March 13, 2009

saya ada seorang kawan...

hihi...pernah tak korang tulis tajuk ni masa korang sekolah rendah dulu? tajuk apa? of course la tajuk karangan..haha...actually aku pun dah x ingat sama ada aku pernah tak tls karangan tajuk ni walaupun hobi aku dulu menulis cerpen..keke

ok la, untuk merealisasikannya, hari ini aku akan menulis satu karangan bibliografi tentang sesorang kawan aku.

Aku ada seorang kawan. Namanya Mayram Binti Ahmad a.k.a Yam @ Che Yam. Dia ni sebenarnya muda sikit dari aku. Umurnya 22 tahun. Dia kawan sekelas aku. Orangnya cute tapi suka membebel. Tapi aku suka. Sebab dia membebel untuk nasihat aku. Walaupun kadang-kadang terasa 'bengkek' ngan 'nasihat' dia yang tak pernah putus tu, tapi aku suka sebab aku tau dia sayang aku (hehehe). Kalau tidak, tak kanlah dia nak buang air liur membebel kat aku. Dia selalu berazam nak jadi orang yang kurang bercakap dan jadi pendiam...tapi cita-citanya itu hanyalah sekadar angan-angan apabila dia memulakan bebelannya kepada aku..(kiki). Walaupun 'bengkek' dengar dia bebel, bagi aku itu lebih baik dari tengok dia diam. Sebab kalau dia diam aku rasa mesti dia tengah marah aku, dan nanti aku pula yang penat nak ambil semula hati dia (hihihi). Inilah sahaja cerita tentang kawan aku.


hahaha....entah apa-apa entah kan citer tu. tp ni citer ikhlas aku karang tuk Che Yam tau...

siapa che yam????


look down........


No comments: