Thursday, January 20, 2011

~cerita abah: rumah hantu!!!

alkasihnya begini, dek kerana kegilaan melampau pada gambar dan penggambaran maka saya dan cik pijah pun berpakat nak menerjah satu lokasi yang dah lama kami usha tp x berani nak pergi. Dekat mana??? ha sini...

Inilah dia...Kellie's Castle kat Batu Gajah, Perak

bukan apa, sebab pertama, jauh..perak kot...agak jauh la untuk diredah pakai terjah macam selalu. kedua, tempat tu sendiri..hurm..paham2 la...huhu

tapi dek kerana tekad dan nekad dan membara, maka kami pun memelan dengan baik punya. mengumpul info, study photo shoot photographer terdahulu, kumpul material and gadget2, and jangan lupa kira budget...kecing! kecing!

nak cerita pasal Kellie's Castle ni pun dah x larat dah, iye la sebab dah ramai org cerita benda yg sama aje kan, so, kami just enjoy the photo shoot session aje la. 3 jam lebih kitorang kt situ, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hasilnya....pewitt..pewwitt (perasan sendiri ni)

sebelum balik, tiba2 ada plan gila lagi. entah apa punya plan, kami boleh naik lagi terus ke Taiping??? semata2 nak juga try mee udang yang special kt sne n nak jugak shoot kat taman tasik Taiping (lokasi filem sepi....) walaupun dah dekat senja dan ala2 ujan....tp hasil gambar kami pon...ala2 cun jugak ape.... hehe

Taman Tasik Taiping

2, 3 hari blk dr Perak baru kami tengok balik gambar2 ritu. Itu pun lepas cik pijah upload kt fb. dan mula la cerita pelik dan misteri kami keluar...ha, klu nak ikuti kajian dan analisis gambar yang kami buat (ala2 seekers tau) klik sini.

2, 3 minggu lepas tu pulak masa kat kampung, bila buka pasal cerita ni, tiba2 k.long kata "eh, takkan x ingat masa kecik2 tiap kali nak pergi Tambun abah mesti bawak kita lalu. Abah kata 'Itu rumah hantu' tak kan x ingat?" penat aku perah otak sampi dah kering dah...ade ke??? ke aku dah hilang ingatan...tettt...tett....tuttt......erk!

last2 mse nk blk Shah alam baru aku ingat siap jerit kuat2 dlm kete."Ha, aku dah ingat!!!!" masa tu dalam tahun 1991. saya baru berusia 6 tahun x silap. kami naik kereta mazda abah warna biru. suasana dia cam petang2. saya ala2 mamai time tu. kita lalu jalan tu. Abah kata 'kejap lagi kita lalu rumah hantu'. time ala2 mamai tu pun saya boleh tunggu....ada sungai...and las sekali abah kata "Ha, tu rumah hantu". saya pandang kejap aje, sebab takut. sampai situ aje memori yang ada tentang cerita abah. lepas tu saya terus tidur kot...haha

ok klu nak enjoy some of the pic bley tgk cni jugak!!! babai!!!!

No comments: