Monday, May 23, 2011

~yang redha

gambar dari : Delicate

membaca dan mendengar kisah tanah runtuh yang melibatkan rumah anak-anak yatim di Hulu Langat benar-benar meruntun jiwa dan sanubari saya sebagai seorang manusia normal. Dalam hati berdoa, 'Ya Allah kuatkanlah hati mereka2 yang masih terselamat. Kuatkanlah hati waris2 keluarga yang terkorban. Tempatkanlah mereka di kalangan org2 yang beriman".

Ya, redha!
Pagi tadi dalam ulasan fedtri di MHI tentang kejadian tu, satu perkataan itu benar2 melekat di hati saya. redha. antara tingkat tertinggi dalam iman. Redhalah dengan ujian. Bak petikan filem Nur Kasih, "Bila Allah mengambil sesuatu, Dia akan turunkan rahmat yang lain". Jadi redhalah dengan ujian.

Bila sebut tentang redha. Sejauh mana takat redha kita? Jom renungi berapa bakul keluh kesah kita atas ujian Allah? berapa banyak ungkapan "kalaulah tidak begitu, mesti tidak jadi begini..." MasyaAllah... lupakah kita pada rukun iman ke-6 iaitu percaya pada Qhada' dan QadarNya? Astaghfirullah al-azim~ lupakah kita bahawa "setiap sesuatu yang terjadi di dunia ni, tak ada yang sia-sia. Semuanya akan ada hikmah di sebaliknya".

Saya di uji. Kamu pun di uji. Ujiannya kecil. Pun boleh jadi x makan x tidur. Ujian dan masalah diulang-ulang fikir. Sudahnya murung, menangis dan putus asa. Sedangkan Redha mengajar kita menjadi kuat, tabah, cekal dan sentiasa bangkit dari jatuh, keluar dari kegelapan.

jadi, Redhalah.
ya, dalam usaha menjadi yang redha, carilah dan berkawanlah dengan orang yang redha juga. Percayalah, apabila kita redha, jln di depan mata akan terasa lebih luas dan mudah.

Jom kita berusaha menjadi yang redha.
saya redha
kamu redha
moga bertemu dengan yang redha
dan yang Maha Redha

No comments: