Thursday, May 5, 2011

~drama sebabak


kelakar pun ada kesian pun ada. sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal cerita. hanya curi-curi jeling dan curi-curi pandang.

alkisah, semalam semasa menunggu 'Burger Ayam Special Ala Ecah' dekat satu stall burger ni (sebab kempunan nk memancuk hempalam), saya telah melihat satu drama sebabak antara seorang emak (saya syak dia emak sbb dia bahasakan diri dia emak) dengan seorang anak teruna (maybe, sbb dia bahasakan nama dia n panggil that woman emak).

antara ringkasan drama tu lebih kurang macam ni. Si emak mungkin telah mencarikan jodoh untuk si anak. Si anak hanya menyerahkan semua tugas2 tersebut kpd si emak. Tarikh dah ditetapkan, tapi mungkin belanja kahwinnya belum cukup. Si emak menyebut2 belanja catering, pelamin dll. Si anak buat muka x sure. Last2 si emak cakap camni " Tu la, dulu lagi emak dah kata. kalau kau bayar sikit2, masukkan dlm akaun emak mesti dah cukup". bila saya jeling lagi, si anak pun jeling kat saya. oopss...terkantoi sudah! haha

lepas tu saya dah tak dengar sangat intipati drama mereka sbb sibuk meneliti si abg burger menyiapkan burger special saya tu. almaklumlah, burger saya tu special sgt...tak mahu perasa tambahan seperti MSG, Black Paper powder atau BBQ sauce . Cukuplah sekadar sos cili dan mayonis. sayur pulak mesti di letak di luar roti...hahaha (banyak songeh x?) keke

*memancuk hempalam (terma bahasa banjar) yang bermaksud satu aktiviti menikmati buah pelam yang kadang2 di cecah dgn garam, kicap, atau kuah rojak. Aktiviti ini lebih enak kalau dinikmati di waktu petang yang damai, di atas pangkin yang didirikan di bawah pohon2 mempelam...wu~ bestnye!!!!!


2 comments:

Hafriz Mohamad said...

ptut lah mcm trbrlit gigi nk bace td.. bhs banjar rupenye.. hihi ^_^

Ecah said...

hehehe...tu baru sket Iklil...hehe