Thursday, May 19, 2011

~kerjaya pertama


picture by : Cel-Dreams



Khamis lepas adalah hari yang paling sibuk pernah saya alami. Hari tu, keupayaan saya sebagai seorang traveller memang teruji habis la. Dari Shah Alam saya drive ke rumah Cdot di Rawang. Lepas tido dalam 3 jam, seawal 4 pagi saya dah bersiap untuk temankan Cdot untuk ambil Jajai di Sg. Buloh. Lepas tu baru jumpa dengan Incik Hanafie di tol Bukit Beruntung. then bermulalah journey yg panjang. Bukit Beruntung - Ipoh - LCCT Sepang - Kota Kinabalu!. Fuhh~ Mujurlah Incik Hanafie tu nak jugak tolong menjadi 'pilot'. Thanks si abah!

Kerjaya pertama. Apa kerjaya pertama anda selepas graduasi? petani? kerani? pegawai? apa?

Di Ipoh, selepas keluar dari bilik temuduga, saya di panggil oleh seorang mak cik yg mne anak dia pon sedang dalam bilik temuduga. Dengan semangatnya mak cik tu bercerita tentang anak dia yang baru tamat belajar di UiTM Shah Alam.

mak cik : jawatan apa yang interview tadi dik?
saya : PFE. anak makcik?
mak cik : ntah, dia dtg surug interview aje (dalam hati; eh xkan dtg interview x tau). Anak mak cik tu banyak dapat panggilan interviw. baru-baru ni dia dapat interview di Hartamas. Tapi gajinya RM1600 aje.
saya : Dia terima tak?
mak cik: eh, sikit sangat tu. kalau dapat RM1800 sedap lah sikit (dlm hati : amboi demand). lepas tu dapat lagi kat tempat lain. basic RM1800 tapi kne keje shift malam.
saya : ok la tu. tapi dia tahan x?
mak cik : tak tahan. langsung dia tolak. (saya senyum aje)

kerjaya pertama. kenapalah memilih sangat? orang lain bukan main susah lagi nk dapat kerja lepas graduasi. huhu..

lepas2 tu, saya terus keluar dari bangunan tersebut dan terus berlari mendapatkan Incik Hanafie "Abah, org dah habis. Jom balik!"

dan perjalanan kami pun di teruskan. dalam hati masing2 cuak memikirkan. 'sempat ke nak sampai lcct sebelum pkl 3pm?'


No comments: