Thursday, October 23, 2008

cukuplah sekadar....

"...dah tak ada istimewanya pada dia, Olo. Dia dah sama dengan yang yang lain.."

Chapter 1

Aku tak tahu nak menghuraikan apa yang aku rasa sekarang macam mana. Yang penting aku perlukan seseorang untuk berkongsi tentang nya. Macam-macam perasaan bersarang dalam minda dan dada aku. Sedih, kecewa, kesian dan sekarang aku rasa aku da mula hilang respect. Selama ni, aku selalu anggap dia istimewa, lain dari yang lain, tapi baru aku sedar, dia sama dengan yang lain, tak ada yang istimewanya... Biasalah, ini lah yang dinamakan lukisan hidup.

Chapter 2

Aku faham perasaan dia. Dia tak salah. Sebab aku pn pernah berada di tempat dia walaupun tak lah seteruk dia. Tapi....entahlah...Mungkin aku ni dulu seorang yang berhati-hati. Pernah aku di tempat dia, tapi mujur tembok pertahanan hati aku ampuh lagi. Itu pun sebab aku dah ambil pelbagai langkah berjaga-jaga. Dulu bila aku mengalaminya aku selalu membanyangkan seperti aku berdiri di tepi pantai yang luas. Aku harus berhati-hati sebab pantai atau laut bukan boleh dijangka. Maka aku hadkan diri aku untuk berdiri di gigi pantai sahaja. Sesekali aku mengacah juga ke tengah pantai. Bukan apa, bila ombak besar datang aku dah bersedia untuk lari ke darat. Aku takut...Aku takut lemas, Aku takut sakit, Aku takut kecewa sebenarnya....

Chapter 3

Sekarang dia di situ. Di tengah lautan. Mungkin sedang berjuang untuk naik ke darat semula atau sedang menanti layar menyelamatkannya. Aku tak pasti. Namun maaf sekali, aku tak mampu buat apa-apa lagi. Aku terlalu serik. Terlalu serik.... Aku masih lagi berdiri di gigi pantai. Menjerit dari jauh, memberi semangat. Adalah sekali-sekala aku ke tengah menghulur kayu. Hajat untuk membantu, tapi bila ombak besar datang semula aku segera berlari semula ke darat..... Kejam kah aku sebab tak membantu..?? Teruk kah aku kerana tak mahu lemas bersama. Maaf sekali lagi, aku tak mahu terjerumus lagi, kerana dulu aku pernah..aku takut untuk sakit lagi...

Chapter 4

Aku yakin. Dia mampu melakukannya. Tapi aku, cukuplah sekadar di sini, melihat dari jauh..tapi, kalau dia betul2 memerlukan jeritlah padaku, aku pasti akan membantu, walaupun terpaksa karam di lautan, kerana dia sahabatku, kerana Dia bersamaku..

2 comments:

gentayangan said...

ni blog jiwang ek?hahahhaa

Ecah said...

byk la jiwang