Monday, April 25, 2011

~Preview : Nama aku N


actually ni buku chicklit pertama yg saya ada/beli/baca. Actually banyak dah buku chicklit kat pasaran tapi semua dari penulis barat (ada yang KarnaDya dah translate) tapi saya saja nak pilih buku karangan Aina Emir ni. just pembuka selera dan rujukan sbb saya plan hujung tahun ni saya nk siapkan manuskrip utk chicklit (ya, saya mesti!)

nama aku N. ye, N... huruf selepas M dan sebelum O dalam alphabet. membaca kisah N membuatkan saya merenung balik diri sendiri. ye, nama panggilan saya Ain....huruf selepas zho dan sebelum ghen dalam huruf2 hijaiyyah....

walaupun latar belakang saya xlah seteruk N, tapi kronologinya hampir sama...kisah N dan Z buat saya percaya dan yakin bahawa cinta pandang pertama memang susah untuk dilupakan. maksud saya, cinta..ye, cinta yang betul2 serius, cinta yang berlandaskan batas-batas agama. Dari N, saya muhasabah balik diri saya sendiri.

N, pemalu..pendiam, suka termenung, berkhayal, kuat berangan, diam apabila dia mahu diam dan ramah bila dia mahu ramah. dan N... pengecut!

ye, saya terima watak N yang 'pengecut' kerana saya melalui dan memahaminya. tapi saya kagum kerana akhirnya N tidak 'pengecut' lagi. Dia keluar dari kepompong takut dengan meluahkan apa yang dia rasa dengan satu ayat yang lancar, tanpa ulangan atau...gagap!

Nama Aku N. Sebuah cerita ringkas tentang orang yang sangat biasa..... extraordinary.... seperti saya, kamu dan kalian. jadi apa salahnya saya belajar menjadi N.

Congrates to writer.... saya bagi ***** (dah lama x bg * kt preview..hehe)

No comments: