Thursday, April 21, 2011

~alahai bondaku


Namaku Anis (bukan nama sebenar). Lebih kurang sebulan lagi 25 la umur aku (tapi selalu perasan baru 17 tahun hehe). Semalam bondaku telefon dari kampung :

Bonda : Tadi bonda jumpa ibunya dan mak cik itu di rumah arwah encik itu. Ibunya kata dia sudah bertunang.

Anis : So?

Bonda : Tak adelah. Ibunya kata dia bertunang dengan orang dari negeri itu. Katanya "dulu teringin juga nak berbesan dengan orang se-usul. tapi tak jadi. yang ini, emaknya tak memilih. senang". dalam hati bonda, "eh, dia ni nak kata bonda memilih ke?"

anis : Habis, bonda kata apa?

Bonda : Bonda diam aje.

Anis : Alah bonda, manalah kita tahu. Entah apa yang dia dah cerita pada ibunya.

Bonda : tu lah. hah anis, kamu bila pula nak bertunang?

Anis : Hahaha.... nak buat ape bertunang?

Bonda : Iyelah, kamu tak ada sesiapa ke? Kalau tak ada nak ke bonda carikan?

Anis : Hahaha...bonda..bonda... TAk adalah bonda. Belum ada masa nak cari. Kalau bonda nak, bonda carikanlah.

Bonda : Tak kan kamu tak nak bercinta-cinta.

Anis : Hurm..tak mahulah bonda. Rasanya macam buang masa, buang duit, buang tenaga.... baik sekali harung aje....ekspres..senang! hehehe

Bonda : kalau macam tu nanti bonda bincang dengan Bonda yang beliau. beliau tu pun nampak ok aje.

Anis : eh, bonda. tak kanlah..kami dah macam adik beradik. Ish, tak kan kot.

Bonda : apa salahnya. hehehe

Anis : hurm..... entahlah bonda. tapi buat masa ni anis betul2 x ada. kalau bonda jumpa mana2 yang sesuai, terpulanglah pada bonda. itu pun klu bonda nak cepat lah...hehehe

Bonda : iye la tu. bonda ni kalau boleh tak nak masuk campur urusan anak-anak. Iyelah cita rasa kamu dengan bonda bukan semuanya sama kan. lagi satu ibu nak tanya. dia dah bertunang, kamu tak sedih ke?

Anis : hahaha....tolonglah bonda. tak kuasa anis nak sedih2 pasal benda ni pulak. ok bonda anis kena sambung kerja. Assalamualaikum.

demikianlah kisah telefon antara aku dan bonda tercinta. kepada ibunya, janganlah nak perli2 bondaku, kerana beliau tidak bersalah. mungkin dia telah memutar belit fakta kisah kami kepada ibunya. yang beliau pulak, hurm...xmolah...hahaha

apa-apa pun, bonda...jom kita sama2 berdoa agar anak bonda ni bertemu dengannya...ameen... sayang bonda!

Dari Kerana Dia :
Sejujurnya saya faham perasaan Anis. Dia bukanlah serik, jauh sekali terhegeh-hegeh apatah lagi desperate. Anis bukan tak mahu, jauh sekali ingin menolak fitrah. cuma baginya masanya mungkin belum tiba. Mungkin belum masanya Allah limpahkan rezeki yang satu itu.

Dan sejujurnya saya juga faham perasaan bondanya. Sebagai bonda tentu sahajalah dia mahu anak gadisnya hidup bahagia bersama org2 tersayang, jauh daripada maksiat seterusnya menjadi isteri solehah insyaAllah...tapi iyelah jodoh kan rezeki dan ketentuan Dia. kalau kataNya "belum...belum tiba masanya" maka tak adalah. Kpd ibu2 diluar sana yang mempunyai anak seperti Anis, bersabar dan teruslah berdoa. InsyaAllah berkat doa ibu....semuanya akan berjalan lancar.

Saya sayang emak saya sangat2!!!!!!!

No comments: