Friday, March 4, 2011

~menjaga adab


dulu masa sekolah rendah
subjek akhlak
kita semua mesti belajar bab adab kan
apa itu adab?

membaca blog MALAY STUDENT, memang banyak pengertian adab yang dijelaskan di dalamnya. tapi secara tuntasnya apa yang saya faham, adab adalah seolah-olah satu tingkahlaku, akhlak atau perbuatan yang perlu dipenuhi dengan ciri2 mulia, baik, sopan dan sebagainya.

contohnya, org yang beradab adalah orang yang memulakan makannya dengan bismillah
maka, orang yang tidak beradab pula ialah orang yang memulakan makannya tanpa bismillah

orang yang beradab makan dengan penuh tertib dan sopan
orang yang tidak beradab makan dengan gelojoh dan sungguh kurang sopan!

begitulah kefahaman ringkas saya tentang adab. kerana kalau hendak dirungkai satu persatu dengan selitan contoh tiapnya, subhanallah....tak tertulis dibuatnya...kajilah adab Rasulullah, nescaya anda menangis apabila membayangkan betapa jauhnya perbandingan adab antara kita dengan baginda.....masyaAllah

kenapa saya utarakan tentang adab?

di masa kecil, emak selalu ajarkantentang adab....(sampai sekarang pun sebenarnya) bukan secara teori bernota dan berpapan tulis, tapi lebih secara praktikal. emak mengajar dengan cara tersendiri, 'silibus'nya dengan jelingan, bebelan, cubitan dan marah..... hahaha...lucu untuk dikenang, tapi itu yang memandu saya melihat dan melalui hari ini, esok dan seterusnya

hari ini, apabila saya membuka mata melihat gelagat manusia, saya runsing. ke mana adab mereka??? adakah mereka tidak mendapat 'silibus' pendidikan adab seperti saya dahulu? indahkah hidup mereka tanpa adab? lupakah mereka pada Rasul pada Tuhan? na'uzubillah~

ya Allah
lindungi aku daripada dosa
berkati dan rahmati ibu-ibu dan bapa-bapaku
ingatkan aku selalu tentang adab
semoga aku menjadi manusia beradab
di pertemukan dengan insan beradab
dikurniakan zuriat yang beradab
supaya dapat kami sebarkan ADAB
keseluruh pelusok alam mayaMu
aminn~

No comments: