Wednesday, March 2, 2011

~adakah dia..??

dia
yang tak sempurna
di sini sana cacat dan cela
seperti aku juga

dia
cukup sederhana
parasnya tidak sekacak mana
tapi sedap dipandang mata
pakaiannya tidak mahal bergaya
tapi elok seadanya
berharta tapi tidaklah kaya
beriman, soleh, penyayang tetapi tegas
harap itu peribadinya

dia memang sederhana
hikmah kata-katanya
pedoman buah fikirannya
peringatan tiap tegurannya
tapi dia kekal sederhana

di manakah dia?
adakah dia?
mungkinkah dia?

Ya Tuhan,
aku tahu
aku tidak sempurna
dan mungkin tidak layak untuk sang sempurna
kerana itu aku mohon yang sederhana
aminnn~

ainulanique
020311

No comments: