Saturday, March 26, 2011

~lohong yang gelap


ya,
saya nak keluar dari lohong ini
lohong ini sungguh gelap
saya cuma nampak sikit cahaya
dari lubang2 karat yang ada
ya,
saya betul2 sudah bersedia untuk keluar dari lohong ini
kerana saya rasa peluang untuk saya selamat di sini
semakin tipis
saya tiada makanan, minuman, nafas pun semakin sesak
ya,
saya mesti keluar!

habis bagaimana dengan mereka yang masih ada di dalam lohong itu?

tidak,
lohong itu sungguh gelap
mereka dah tak boleh harapkan saya
untuk menarik mereka keluar
tidak,
saya tidak mampu lagi
jangan,
jangan tuduh saya pentingkan diri
walaupun ianya kelihatan seperti itu,
ya,
saya perlukan nafas yang baru
saya mahu bebas daripada kongkongan lohong yang gelap ini

saya mahu berlari di bawah cahaya!!!


No comments: