Monday, September 6, 2010

~Cintaku pergi


28 Ramadhan 1431H

Sekian lama aku menyebut namamu
Sekian lama aku menanti ketibaanmu
Ku baca kisah2 mu
Ku hayati kesukaan2 mu
Aku mula merancang
Merancang rencana agak dapat aku mendampingimu
serapat yang boleh
aku ingin bercinta denganmu

Akhirnya
Saat yang ku nanti tiba jua
Di bawah sinar rembulan yang samar
Aku tersenyum menyambut kedatanganmu
betapa bersyukurnya aku
Kerana Dia menemukan aku jua dengan mu
cintaku

Bersama dengan mu
aku cuba sedaya upaya
menghayati mu
mengimarahkan mu
semuanya demi Dia juga
aku ingin menghargai
setiap detik yang tinggal bersama dengan mu
kerana aku sedar
walau sedalam mana aku cinta pada mu
perpisahan akan menjemput mu jua
semuanya telah tercatat olehNya
Cintaku

Malam ini
aku jadi syahdu
hari perpisahan kita semakin hampir
aku takut
takut tidak dapat bertemu dengan mu lagi
tahun yang akan datang
Kerana Dia tidak menjanjikan aku
tentang itu
kerana aku beriman dengan rukun yg ke-6

Cintaku
di saki baki waktu yang ada ini
ingin aku mendakap mu dengan tilawatul quran
dengan solat, tarawikh, zikir dan selawat ke atas junjungan
aku ingin sempurnakan apa yang camping

Ya Allah
pertemukan aku lagi tahun hadapan
dengan Cintaku
Ramadhan al-Mubarak

No comments: