Tuesday, October 5, 2010

~Hai...nak berkenalan?


ha....
siapa diantara anda pernah dapat soklam cepu emas ni?
ha..ngaku cepat...ngaku cepat?
ataupun anda pernah mengajukan soalan ni
pernah?
kikiki ^_^ malu lah tu

teringat saya
masa di sekolah rendah
ada sorang cikgu BM
namanya cikgu Shahadan
dia pernah cakap
"kamu ni sibuk nak ajak org berkenalan, kamu dah kenal ke siapa diri kamu tu?"
lalu adalah sorang classmate yg jawab
"apa pulak tak kenal, cikgu?"
cikgu shahadan jawab,
"ha, berapa panjang telinga kamu?"
maka terpinga-pingalah si budak tadi

oops,
jangan salah sangka
saya tak bermaksud jahat di sini
saya berniat baik
saya nak ajak anda berkenalan
berkenalan dengan siapa?

mari kita berkenalan dengan diri kita sendiri

berapa umur anda?
20an? 30an? 50an?
berapa?
berapa lama anda telah hidup bersama diri anda?
berapa banyak yang telah anda tahu
tentang diri anda?

kata orang,
'orang lain adalah cermin kepada siapa diri kita sebenar.'
is it true??

sekarang perhatikan diri anda?
siapa anda?
anda tahu?
atau tidak tahu?

sebenarnya bukan susah untuk berkenalan dengan diri sendiri
dan saya tak pula katakan ianya mudah
semuanya bergantung kepada
daya pemikiran kreatif dan kritis anda
asyik org lain je yg buat ujian personaliti buat kita
sekarang buat sendiri
tak perlu questionnaire berkajang2
tak perlu analisa panjang lebar
cuma perlu perhatikan sahaja diri anda sendiri

setiap hari kita akan lalui pelbagai perkara dan peristiwa
dari situ anda boleh cuba menguji diri anda
kalau anda tak cuba anda tak kenallah
cuba perhatikan apa yg org lain kata pasal anda
esok lusa bila anda terberada dalam situasi yg sama
cuba perhatikan diri anda
pastikan betulkah apa yang mereka kata tentang anda
kalau betul, buat 1 kesimpulan
kalau tidak, pon cuba buat 1 kesimpulan

semuanya macam eksperimen yg kita buat dulu2
masa kat sekolah
ada inferens, hipotesis dan...ape2 ntah lagi tu
last skali kan kne buat conclusion
ha..camtu lah

tapi secara jujurnya bila saya apply benda ni
hasilnya taklah kita dapat setiap hari
semuanya berlaku berulang-ulang kali

testimoni

sekarang saya tahu
saya elergi kepada makanan atau udara yg mcm mana
saya tahu reaksi yg wajar dan sesuai apabila berdepan dengan situasi tertentu
lagi..... saya tahu macam mana nak berdepan dengan certain2 problem..
lagi....saya tahu saya boleh kalah dalam situasi yang macam mana
yang lebih penting saya tahu dimana
kekuatan dan kelemahan saya ^_^

Sekian
(entah apa-apa kot n3 ni hehe)

No comments: