Tuesday, June 15, 2010

Kita memang mudah lupa....

Masa entry ni ditulis,
saya baru mula membuka lembaran demi lembaran
buku yang bertajuk
"Palestin Tak Pernah Gentar"
(Hadiah hari jadi dari cik Seceria Warna Pelangi...tenkiu)
air mata pertama menitis di helaian pertama
pada puisi karangan Rusnah Abu Samah
tajuknya 'Secangkir kopi seteguk darah'
Coretnya ;

Malam itu aku masih di kedai kopi,
menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar
bersama teman dan sahabat
sambil duduk aku mengerling pada skrin tv besar
melihat sebuah berita terkini

ooo..lupa aku bahawa
ada insan di bumi palestin
tengah meratap-ratap pilu dan sedih
seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang
dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh
dan peluru bersimpang-siur berdesing di telinganya
dia terus menjerit dan meraung-raung
atas kehilangan itu
dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi
mencari anak lelakinya yang masih kecil
telah terlepas dari pautan tangannya
dan dilihatnya dari gelimpangan celah-celah mayat itu

ada sekujur mayat kanak-kanak
yang masih memegang senapang mainan di tangannya
itulah anaknya
dan dia terus menangis serta manampar-nampar mukanya
mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah
Syahid! Syahid! Syahid! jeritnya

aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah...panas
dan aku kunyah sekeping roti bakar
temanku sibuk mengetip laptopnya
dan TV terus menyiarkan lagi

Setiausaha negara Amerika berkata-kata
sedang mencari formula mahu keamanan
aaah.. berkata atas kuasa veto
hanya sebuah laporan, tidak pernah ada satu pakatan
hanya sekadar mahu buat alasan
biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak berakhir
Obama akan menyambung...
dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi
dan lihat sajalah... peperangan itu...untuk siapa?

aku hirup lagi baki kopi
nikmatnya...rasa..tiada apa nak dirisaukan
TV itu terus menayangkan gambar

seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya
yang berlumuran darah, kepalanya telah terluka
yang lain sedang menjerit-jerit
mencemuh dan memohon pertolongan
dan manusia di bumi Palestin sangat gawat
dentuman bom seakan membelah bumi
peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan

terdengar orang di sebelah meja aku berkata
"biasalah dalam peperangan....
gawat, cedera dan mati
dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai"
sahabat lain tergelak dan tersenyum sinis

aku masih lagi melihat berita akhir
ramainya anak-anak Palestin yang telah menjadi mayat
diatur berbaris.... sebak menyelinap di dadaku
kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak?
Kenapa Zionis lakukan itu? Untuk apa?

mereka mahu bumi Palestin
jangan ada bangsa palestin
bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan
dan aku memandang sekeliling
tiada siapa yang mahu ulas berita itu
itu di Palestin, kita disini
di kedai kopi...aman....

dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai
pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan,
ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah harganya
semurah nyawa anak Palestin
dan aku tinggalkan kaca itu...

dimanakah aku sekarang ini...
apakah aku mahu berkira-kira
bercerita perjanjian autonominya
PLO dengan sejarah Yaser Arafat atau Hamas dan Fatah,
kini semuanya boleh berbicara
tapi siapa yang sanggup menggalas senjata?

dan siapa yang sanggup mati?
siapa yang akan mara?
dan siapa yang akan kecundang?
korban tidak mengenal kawan dan lawan
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa
sebuah percaturan dalam peperangan
dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat
saksi sebuah jihad...apakah di hati atau di mataku?

dan disekeliling saya
jiran tetangga saya
kawan-kawan...di pejabat, di lanam FB, YM...
semua berkata tentang piala dunia
terlupa sudah deritanya Mavi Marmara dan rachel corrie seminggu yang lalu
baru seminggu....
seminggu yang lalu....
bangun disepertiga malam...solat hajat...berdoa untuk keselamatan
krew kapal, sukarelawan dan Gaza
minggu ini, bangunnya demi BOLA!!!!
dulu laungannya
GAZA! GAZA! GAZA!
kini bertukar
GOL! GOL! GOL!
itulah....kita memang mudah lupa
saya, kamu dan mereka...
kembalilah....GAZA menanti doa kita....

~Kita memang mudah lupa~

Share

2 comments:

Pijah Pelangi said...

Aku terfikir mungkinkah World Cup juga agenda israel untuk melalaikan kita...seperti dirancang sedang dunia hangat dangan Gaza seminggu yang lalu tiba2 sepi apabila World Cup bermula...adakah?? Namun xpernah kulupakan Gaza dalam kelekaan menonton bola...So skang aku pun da bole ulas sal buku ni eh...dr start baca da nk tulis tp sebab ko xbaca lg kan...so xjd..hehe

Ecah said...

saya cube mengulas dari sudut pandangan pertama~