Thursday, June 17, 2010

~Sebuah pelayaran~

pagi ni heboh di opis saya tentang perceraian Azrinaz dengan Sultan Brunei,
masing2 menggoogle,
mne yg tak kenal sibuk pulak suruh saya search gambo si azrinaz tu,
cun minah tu~~kata dorg...
tak kurang yang tanya
"kenapa dia bercerai"
mudah jawapan saya "dah tak ada jodoh" huhu
sbb saya pun mmg tak tahu punca sbnr (1 dunia pun umumnya x tau)

siang sikit saya tgk sorg akk ni tgh menyusun borang mahkamah rendah
saya tau...
daripada pengalaman saya yg tgh bpraktikal kat mahkamah syariah
tu semua borang minta cerai (fasakh),
saya pandang je dari tepi meja,
hati saya jadi walang, bila dia tanya2 saya,
saya jadi kaku...
x becok menyuarakan pendapat mcm biasa....
dalam hati saya
"jodoh ni kadang2 x panjang,
sekuat mana pun kita berusaha,
kalau takdir kata 'tidak'...maka tidaklah...
tapi saya percaya,
kuasa doa, ikhtiar dan usaha mungkin boleh mengubah 'takdir'...
wallhua'lam~

sepanjang 24 tahun 15 hari menjadi diri 'saya'....
mcm2 saya dah nmpak dlm pelayaran sebuah rumahtangga...
ya, saya belum pun pernah berkahwin,
tapi saya puas melihat org disekeliling saya,
ada yang bercinta kemudian bahagia ke jinjang pelamin,
ada yang bercinta terputus di tengah jalan yang berliku,
ada yang tak bercinta, berkahwin tetapi bahagia rumahtangganya,
ada yang kahwin, bercerai, kahwin lagi, bercerai lagi, kahwin lagi.....
ada yang bercerai mati dan ingin setia sehingga tidak menerima sesiapa selepas itu,
ada yang berpoligami kemudian berantakan,
ada juga yang berpoligami tapi hidup harmoni dan aman....
ada juga yang terus tak percaya pada institusi perkahwinan krn melihat parents dia divorse (na'uzubillaiminzalik)...

di golongan manakah saya akan berada???

~"Ya Allah semoga Engkau golongkan aku dikalangan hambaMu yang dipermudahkan dalam pelayaran kehidupan~

"Kapal yang berlabuh adalah selamat...tapi bukan itu matlamat kapal itu dibina"

No comments: