Tuesday, August 10, 2010

~Salam Ramadhan al-Mubarak

alhamdulillah, atas sambutan pada n3 marathon: 7ulai Challenge, maka saya lanjutkan marathon ni kepada Ramadhan Challenge...ambil berkat ramadhan cket, syaratnya mudah kali ni, cume post n3 yg berbentuk tazkirah (peringatan). ye la disamping berblogging bley juga menambah amal.... harap2 peserta tetap sesi lepas masih giat menyambut cabaran ni.....^_^

bila tiba Ramadhan saya mesti teringat cerita yg disampaikan oleh Ustaz Hafizie lbey krg nam tahun yg lalu. masa tu beliau tengah kuliahkan pasal sejarah pensyariatan puasa. menurutnya, mula2 Allah ajar nabi untuk puasa hanya selama 3 hari dahulu. pd ketika itu, nabi berpuasa bersama isterinya 'Aisyah.. hari pertama dan keduanya baginda dan isteri hanya bersahur dan berbuka dengan air kosong. begitu juga dengan sahur hari yang ketiga. tiba pada waktu berbuka hari ke3, mungkin kerana sudah tidak mampu lagi Aisyah meminta kepada nabi supaya baginda berdoa kepada Allah agar di turunkan sedikit makanan untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma. maka dengan izin Allah, doa nabi Kekasih Allah diperkenankan. jatuhlah sebutir kurma daripada sepohon pokok yang asalnya memang tidak berbuah. maka nabi pun membelah dua buah kurma tersebut lalu diserahkan yang sebelah kepada isteri tercinta. Aisyah terus menyantap sebelah kurma tersebut sedang nabi hanya memerhati. habis yang sebelah, 'Aisyah mengadu masih lapar, lalu nabi membelah lagi kurma yg sebelah menjadi dua lalu di beri kepada Aisyah. kali ini barulah Nabi makan bersama Aisyah.

masih segar, tertitis air mata membayangkan betapa peritnya suasana dan ketika itu. sekarang, makanan berlimpah ruah, kalau nak berbuka, makanan beratur di bazar, masjid....tak pernah sunyi dari sedekah dan kunjungan.....muhasabah la....selamat beramal di bulan ramadhan

wallahua'alam...

No comments: